Salah satu restoran paling best, sedap dan unik di Kota Bharu
Jika anda melawat ke satu-satu tempat anda pasti akan tercari-cari tempat makan yang paling best dan sedap di tempat itu. Ya lah.. Dah datang dari jauh pastilah kita inginkan kedai makan atau restoran untuk kita makan. Dan restoran tersebut kalau boleh biarlah yang paling best, sedap, terkenal atau unik di tempat tersebut. Jika tidak merebut peluang ini, entah bila pula kita akan berpeluang sampai di situ lagi.
Jika anda ke Kota Bharu Kelantan, ada satu restoran yang anda mesti cuba. Restoran yang saya maksudkan ialah Kedai Kopi Din Tokyo (KKDT). Saya berpeluang singgah di sini sewaktu mengikuti lawatan bersama Destination Malaysia ke Kota Bharu di bawah tajaan Hotel Perdana.
Jika anda nak senang, anda terus saja menginap di Hotel Perdana Kota Bharu. Ini adalah kerana KKDT ini termasuk di dalam senarai tempat menarik yang dilawati di bawah program Perdana Trail anjuran Hotel Perdana. Tetamu Hotel Perdana akan dapat mengikuti program ini secara percuma apabila mereka mendaftar masuk ke hotel ini.
Apa yang menarik di KKDT
Nampak dari luar kedai kopi ini seperti restoran biasa sahaja. Saiz premisnya pun tidaklah besar. Apa yang menjadi sedikit kelainan adalah kemeriahan di restoran ini. Setiap masa ada sahaja pelanggan yang bersilih ganti masuk dan keluar dari restoran ini.
Apabila saya pertama kali menjejakkan kaki di restoran ini, saya sudah pun menyedari keistimewaan yang terdapat di sini. Susun atur meja makan di restoran ini agak unik. Tidak seperti restoran lain, meja makannya dibuat seperti bar yang melengkung separa bulatan bujur. Di hujung tengah bulatan bujur inilah Pak Din, tuan punya restoran ini beraksi menyediakan menu pesanan pelanggan setianya.
Di kawasan luar ataupun di muka pintu masuk diletakkan juga 4 – 5 buah meja makan. Ia sebagai pilihan untuk pelanggan yang tidak mahu duduk di meja melengkung di dalam restoran ini.
Pak Din
Yang lebih menariknya lagi ialah Pak Din amat mesra dengan pelanggannya. Pelanggan baru seperti kami para peserta Perdana Trail memang terasa seperi sudah lama mengenali Pak Din.
Celotehnya tanpa henti sambil beraksi menunjukkan demo menyediakan menu pesanan pelanggan kadangkala mencuit hati. Memang Pak Din amat mesra dan suka bercerita. Senang untuk dapatkan maklumat daripada orang macam Pak Din. Kita tanya satu soalan sepuluh dia akan jawab.
Daripada celoteh beliaulah saya dapat maklumat bahawa restoran KKDT ini hanya dibuka 11 bulan dalam setahun. Sepanjang bulan puasa KKDT akan ditutup kepada pelanggan. Ini adalah kerana Pak Din dan isteri akan berpuasa dan menyambut hari raya di Mekah.
Sungguh murah rezeki Pak Din. Insan terpilih ini diizinkan oleh Allah saban tahun untuk menunaikan ibadah puasa sambil menunaikan ibadah umrah di sana.
Apabila ditanya asal usul nama restoran ini yang cukup unik, Pak Din memberitahu bahawa kedai kopi diwarisi turun temurun sejak daripada datuknya. Nama Din Tokyo terhasil daripada gabungan nama datuknya yang juga mesra dipanggil Din dan nama sebuah hotel yang dibina berdekatan dengan restoran ini pada masa dulu.
Menu KKDT
Telur Taliban
Mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan kita tertanya-tanya. Taliban biasanya merujuk kepada kumpulan yang terlibat dalam peperangan di Afghanistan. Apabila sampai di sana dan mendengar cerita Pak Din barulah tau yang Telur Taliban ini adalah telur suku masak.
2 biji telur ayam suku masak di sediakan di dalam piring ataupun mangkuk kecil. Cara makannya ialah dengan cara mencampurkannya dengan lada hitam dan kicap. Memang sedap rasanya. Khasiatnya juga tinggi.
Telur Ping Pong
Menu ini sebenarnya adalah telur separuh masak. Pengunjung yang tidak menggemari telur suku masak bolehlah memilih Telur Ping Pong yang lebih masak untuk dinikmati.
Cara makannya juga sama dengan Teur Taliban iaitu dengan mencampurkannya dengan lada hitam dan kicap masin.
Teh Halia Telur Puyuh
Menu ini anda tidak akan dapat jumpa di restoran lain. Ia adalah menu signature restoran ini. Teh Halia dibancuh di dalam air masak yang cukup panas. Kemudian 2 biji telur Puyuh dipecahkan dan dimasukkan ke dalam Teh Halia. Telur Puyuh ini akan menjadi masak dan berketul halus panjang.
Kombinasi rasa telur Puyuh dan Teh Halia ini memang sedap. Saya terus jatuh hati dengan menu ini walaupun baru pertama kali mencuba.
Tidak dilupakan khasiatnya. Teh Halia Telur puyuh ini mampu membuang angin di dalam badan sambil memberi tenaga tambahan kepada peminum. Ia juga baik untuk memanaskan badan.
Teh Tarik Dangdut
Teh Tarik ini ditarik tinggi-tinggi oleh Pak Din. Ia sama sama dengan teh tarik yang kita biasa minum cuma nama diberi agak unik menambahkan lagi keunikan restoran ini.
Menu tradisi kelantan yang lain
Nasib Dagang, Nasi Berlauk, Nasi Lemak, Nasi Kerabu, dan Nasi Tumpang juga ada dan sudah siap dibungkus. Menu-menu ini ada yang dihantar oleh peniaga perseorangan di mana KKDT menjual dengan mengambil sedikit keuntungan yang telah dipersetujui olehnya dan pengedar.
Komen explorasa
Jika anda ke bandar Kota Bharu, singgahlah di restoran ini. Kelainan suasana dan menu yang ditawarkan akan menggamit anda untuk datang lagi di lain masa. Malah saya berani katakan rugi jika sudah berada di Kota Bharu tetapi tidak bertandang ke sini.
Kebersihan pun memang tip top. Makanan disediakan di depan pelanggan (jika memilih untuk duduk di meja melengkung di dalam kedai). Jadi kita tidak akan meragui faktor kebersihan sewaktu menu disediakan kerana kita melihat sendiri ianya disediakan di depan kita.
Menu-menu yang terdapat sedap dan berkhasiat. Semuanya adalah makanan tradisi negeri Kelantan.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Amboi nama telur pun telur taliban? tapi best konsep kedai ni, design seperti restoran Jepun sebab tu kot namanya kedai kopi din tokyo?
Noriza Rahman recently posted…Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
memang best. tp nama din tokyo tu diambil sempena sebuah hotel yang ada disitu 2 generasi sebelum ini
Oo gitu rupanya..ingatkan sebab susun atur dalaman kedai yang macam restoran jepun
Noriza Rahman recently posted…Implanon Kaedah Perancang Kehamilan
hahahha.. tak der kena mengena kan?
Weekend ni nak kena pergi cari telur puyuh lah. Mau bikin teh halia telur puyuh mcm pak din
Masuk to-do-list ni kalau balik rumah mertua.Nama je kawen orang kelantan.Sekali pun tak pernah pi lagi
roslina mohd sobri recently posted…Review Buku I Need A Helicopter
hahahaha.. pasni boleh la pergi ya. kim salam kat pak din tu
Nampaknya…. kena cari telur ayam organik barulah kurang skit kadar kolestrol lagi….
hazman aka species1980 recently posted…3 Festival Makan-Makan yang perlu anda terjah minggu ini !!!
telur ayam tak kick mcm telur puyuh yeop. khasiat telur puyuh pun bagus
unik konsep restoran nie. nama menu pun menarik..
Oja Samid recently posted…3 Langkah Cerahkan Kulit Secara Semulajadi dan Selamat
yup.. mmg unik… menu pun sedap
Pi Kelantan mesti mau rasa apa explorasa kata.
mesti terjah kedao kopi pak din ni. ambik tempat duduk kat dalam. blh tgk secara live pak din sediakan menu. pastu blh borak2 ngan pak din. best!!!
saya ore kota bharu pun x rajin g lg kedai kopi pok din nie…. blk cuti jer semeta2 xder nak jalae cari make…. huhu,,,, nice info…. thanks so much….
Sheila Adziz recently posted…Hasil lukisan dari sudut pandang si anak
hok aloh demo ni.. kelik nnti silo gi yer..
aku suka minum kopi waktu malam.
pagi..aku lebih suka minum teh.
tengah hari atau petang, aku suka minum cendol.
titan recently posted…Nak income BESAR, modal kena besar.
hahahaha.. cendo, tak leh missed tu.. cissss!
tinggi tarik. boleh masuk raja tarik ni hehe
Uncle Zuan recently posted…Seharian Lawatan ke Mekong Delta, Vietnam
hahahaha.. pak din ni mmg otai.. sambil cerita zaman jepun jer tu leh tarik tinggi cam tu
Restoran ini nampak best dan mengujakan dengan resepi resepi yang menarik..Kalau lalu mesti rasa nak singgah ni.
memang best and recommended
Bagi saya,rasa makanan disini indah khabar dari rupa.tiada apa yang istimewa.layanan pun dingin,tak mesra pelanggan.walaubagaimanapun,alhamdulillah dah cuba.
lain org lain citarasa.. di KL tak ada menu2 rare mcm ni…
Ha ni tempat wajib kena singgah
kaaannn.. kedai rare ni