ini adalah antara pokok-pokok kurma yang terdapat di bulatan jam. anda boleh melihat pokok-pokok ini yang sedang mengeluarkan buah jika anda mengikuti program perdana trail yang diajurkan oleh hotel perdana khas untuk tetamu hotel.
di dalam program ini, para peserta akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar kota baru. yang menjadikan program ini lebih menarik adalah peserta akan berjalan kaki untuk ke tempat menarik tersebut.
PT akan membawa para peserta singgah sebentar di bulatan jam ini untuk melihat fenomena luar biasa iaitu kurma hidup subur dan berbuah di negeri kelantan.
jadi kepada sesiapa yang ingin melihat pokok kurma ini anda bolehlah menyertai program ini. tetapi anda perlulah menginap di hotel perdana dahulu ya.