
eXplorasa meneruskan lagi pencarian restoren yang menawarkan harga yang murah di samping menu yang sedap dan best. Kali ini aku singgah di Restoren Ayam Penyet yang terletak di Seksyen 16 Padang Jawa Shah Alam. Aku bertandang ke restoren ini kerana dicadangkan oleh blogger yang suka bermain dengan lastik iaitu Melastik Bintang. Malah beliau sendiri yang turut serta menunjukkan tempat restoren tersebut.
Aku, selain daripada MB, turut ditemani oleh sifu SEO bro Eizil dan pereka logo eXplorasa yang belum siap-siap lagi Bro Anarm telah ke restoren ini untuk menikmati makan tengahari beberapa hari yang lepas. Lokasinya tidak jauh dengan Seksyen 7 tempat tumpuan para pelajar UiTM. Padang Jawa dan Seksyen 7 hanya dipisahkan oleh Lebuhraya Persekutuan. Jadi tidak hairanlah mengapa restoren ini memang sesak dengan pengunjung. Kebanyakannya adalah daripada pelajar-pelajar UiTM seksyen 7 Shah Alam.

Setelah berjaya mendapatkan meja untuk kami makan, aku terus ke kaunter pesanan untuk memesan menu untuk dinikmati pada tengahari itu. Pertama kali aku terpegun apabila melihat senarai menu dan harganya. “Murahnya harga makanan kat sini” getus hati kecilku. Sebelum ini aku ada beberapa kali makan di restoren ayam penyet, tetapi harganya tak ada la murah macam ini.


Setelah berfikir sejenak aku memilih menu Pecal Bebola. Sebabnya bunyinya agak lain daripada yang lain. Manakala minuman pula aku pilih jus mango sebagai pembasah tekak pada petang itu. Bro Eizil dan Bro MB memilih Pecal Lele manakala Bro Anarm memesan Pecal Ayam.

Seterusnya aku ke periuk kuah. Satu periuk diisi dengan kuah sup dan satu periuk lagi diisi dengan kuah kuning. Rasa sup agak unik kerana rasanya persis kuah Ikan Singgang masakan negeri Terengganu. Kuah Kuning tu aku tak pasti rasa macamana kerana aku tak suka mencampurkan 2 kuah serentak semasa menikmati sesuatu masakan. Ini adalah kerana paa aku ia akan mengganggu rasa sesuatu masakan tersebut.

Servis di restoren ini sangat cepat walaupun pelanggan ramai. Pekerjanya yang agak ramai membantu memberikan perkhidmatan dengan cepat dan cekap ini. Lebih kurang 5 minit sahaja minuman yang dipesan telah sampai ke meja. Tak sempat pun mata mengu”usha” awek di sebelah meja. Selang beberapa ketika selepas itu makanan pula sampai.

So apalagi, kami pun santaplah dengan manu yang dipesan yang semuanya sudah sampai ke meja. Tiba-tiba aku terpandang menu tambahan Begedil yang Bro Eizil pesan awal tadi. Macam best je. Memang Begedil adalah makanan kesukaan aku. Lantas aku segera ke kaunter pesanan untuk menambah satu lagi pesanan yang tertinggal iaitu Begedil kesukaan. Biasanya kalau kita pesan satu menu tambahan secara berasingan, ia akan lambat tiba ke meja. Tapi tidak di restoren ini. Selang beberapa minit saja Begedil yang dipesan tadi sudah sampai. aku baru je mulakan santapan aku beberapa suap. Kagum sungguh aku dengan servis restoren ini.




Secara kesuluruhan menu yang aku pesan memang sedap lah. Pecal Bebola daging. Menu ini dimasak menjadikannya seperti keopok lekor. Bezanya keropok lekor rasa ikan dan berbentuk panjang tapi menu ini rasa daging dan dibentuk bulat. Kalau anda tanya, memang aku rekomenlah makan kat sini. Rasanya memang sedap. Yang paling berbaloinya ialah harganya yang murah.
Minumannya pula memang terbaik. Kalau anda ke sini aku cadangkan supaya memesan Jus Mango restoren ini. Rasa jus ini sungguh berlainan daripada jus mango di restoren lain. Hingga hari ini masih terasa kehebatan rasa jus mango tersebut. Menurut MB jus jambu pun terbaik juga. Cuma masa kami pergi itu hari, jus jambu sudah habis stoknya.



Oh ya. Kepada orang muda. Anda pasti suka ke restoren ini. Ini kerana pencuci mata yang terdiri daripada awek-awek UiTM memang ramai makan kat sini. Boleh la jeling-jeling ya tak?
Jom ke Restoren Ayam Penyet Kampung Jawa. Anda pasti akan datang lagi.

Nota:
Dengar cerita Top Food Blogger Melayu Bro Hazman Fadzil akan datang ke restoren ni sedikit masa lagi…
No wonder si MB nak rekomen sangat tempat nie… memang MURAH laa dari sarapan pagi KL tu….
hazman aka species1980 recently posted…Promosi 3 PCS CRISPY CHICKEN BURGER @ RM6 NETT
heheheh.. faktor lokasi mempengaruhi harga. di tgh bandaraya rm5 tu kira murah la..
Begedil tu la yg paling berkenan.. dah lama tak ke seksyen 7
amir zahari recently posted…#DeviantFood : Kerang Ada Baik Ada Buruknya
hahahaha.. best gak begedil dia
Bergedel adalah kegemaran saya juga. 🙂
akubiomed recently posted…Menang OtterBox Defender Galaxy S4
Memang berbaloi.dulu bealajr mmg port.
org s alam tau le kisahnya
faizalpj recently posted…WW : Minum 1 Orang Enjoy 2 Orang
Ya la. Mmg ramai student lepak situ
haha..gambar memang cantek. cayalah.
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 96 dan 97
bro perli yer.. gambar tak sharp tuuu
gambar cantek. cuma kurang jelas je. sekurangnya, leh faham la. Itu lagi penting.
titan recently posted…Menang Giveaway Pertama Coretan Anuar
Ok la ok la. Aku tukar gambo lain. Huhuhu 😉
Rasa nak pergi lagi cuba menu lain pulak. Memang sedap makanan kat restoren ni..
Anarm recently posted…Pengurusan Kata Laluan Akaun Internet
alaaa.. kalau anarm nak pergi bkn sbb makanan kot.. faktor aweks aku rasa.. hahahaha
memang murah berbanding di kk ni..
Mus recently posted…Malaysia Airlines Memenangi Kategori Asia’s Leading Airline – World Travel Awards
kat KK makanan mahal ek?
memang berbaloi sangat ni walaupun datang dari jauh. mesti ramai pengunjung, nak cari tempat duduk pun payah agaknya…
Denaihati recently posted…Malaysia Social Media Week 2014
Mmg kena tunggu utk dptkan tpt duduk kalu dtg masa peak hour
Harganya masih berpatutan.
akubiomed recently posted…Dapat tiket Pratonton Churpremiere RoboCop
Mmg berbaloi
Wow! Tak sabar nak pekena hari ahad nih 🙂
Firdaus Azizi recently posted…Dari Facebook – Kurangkan Text Update, Banyakkan Share Link
Jom pegi ahsd ni
muroh dooh ni boh..
klu ayam penyet tempat lain, ada RM10 set macam tuh
aih,terliur pulok tengok
penaberkala recently posted…ARTSPHERE @ The Atmosphere, Seri Kembangan : 80 mural yang memukau!
Mari la shah alam. Kawe bawok gi situ
Aku cukup sering makan pecel lele tapi belum yang pecel Bebola daging, jadi penasaran nih. Ntar dah mau searching …
fauzie recently posted…Free Download : Metro Magazine Responsive Premium WordPress Themes
cuba la.. mungkin kamu suka. tp saya lebih suka pecal lele (ikan keli)
Rasa macam best je lah.. begedil tu pasti jadi pilihan..!!
KiD recently posted…Snowdrop Cloth Pad untuk Isteri
Aik. Begedil jugak yg dipilih?
Kena try ni
Razifredz recently posted…Maulid 4 The Love
Yup. Kena cuba. Kitorg td pi lunch situvlg
Wahhh..masih ada kedai yang murah lagi ekk..
Sis kalau pecal lele tu mmg fav , selalu makan kat tmn tun , lps ni nak gak cuba kat sini..:)
hannyabdullah recently posted…Kes Perceraian Yang Tiada Kesudahan
Ada. Sbb kat sini area student uitm. Maybe sbb tu harga dia murah kot
Hehe…nampak sedap ni bro… tak pernah pergi lagi ni…nak try jugak nanti…
Doctor Blogger recently posted…Khasiat Pati Dan Jus Delima
Oooo. Blom pernah pegi ek? Nnti aku bawak bro pegi. Hehehehe
Amacam? Berbaloi baloi kan…puas hati..pakej terbaik tu…
Melastik Bintang recently posted…Wordless Wednesday – Platform Buat Blogger Malaysia
Hehehehe. Mmg puas hati bro
Nampak sedap dan yang paling penting harga dia berpatutan…Boleh cuba ni
recommended utk tuan dee cuba
huh padang jawa, baru ku tahu…padahal dok shah alam jer 🙂
Cikgu Bola recently posted…Pemakanan Sukan – Mengapa ia Penting
hahahahaha.. aku pun hari tu baru tau
kat mana tmpt ni yee. . .
Kat padang jawa shah alam.
memang sedap dan murah
Sbb tu ia menjadi pilihan ramai esp student
jadi lapar melihat foto-fotonya hehehe
junan recently posted…4 Hal Penting Untuk Diketahui Sebelum Periode Sewa Anda
memang best makanan kat situ