Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai “Masjid Tengku Tengah Zaharah,” merupakan salah satu mercu tanda yang paling mengagumkan di Malaysia. Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, masjid ini memikat hati pengunjung dengan keunikan dan keindahan seni bina kristalnya.

Masjid Kristal Kuala Terengganu ini bukan hanya tempat ibadah, tetapi juga merupakan satu-satunya masjid berbentuk kaca yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Seni bina masjid ini menggabungkan keagungan seni bina Islam dengan keindahan seni tempatan Terengganu.

Masjid Kristal ini dibina di atas Sungai Terengganu. Ia membuatkan ianya seolah-olah terapung di atas air.

Masjid Kristal kuala terengganu dibina di atas permukaan air menjadikannya nampak seakan terapung
Masjid Kristal dibina atas air (Amazing Terengganu)

Selain datang ke Taman Tamadun Islam untuk melihat sendiri dengan lebih dekat, kalian boleh juga menaiki cruise di Sungai Terengganu untuk melihat keindahan Masjid Kristal ini dari sungai. Dari sungai pemandangan lebih “rare” terutama pada waktu tengahari di mana matahari sedang sedang menegak di atas kepala, kalian akan dapat melihat pantulan cahaya matahari ke atas kubah-kubah kaca yang membuatkan masjid ini seolah-olah berwarna kuning keemasan dari luar. Pemandangan ini begitu indah jika dirakam di dalam foto kamera ataupun smartphone kalian.

Jika tidak berkesempatan untuk datang ke Taman Tamadun Islam dan menaiki cruise di Sungai Terengganu untuk melihat keindahan Masjid Kristal, kalian boleh melalui Jambatan Sultan Mahmud, untuk melihat pemandangan Masjid Kristal dari kejauhan. Waktu yang terbaik untuk melihat keindahannya dari jambatan ini ialah di waktu malam di mana Masjid Kristal ini dilimpahi dengan lampu-lampu neon berwarna-warni. Warna kubahnya yang sentiasa berubah warna yang menambahkan lagi keistimewaan senibina Masjid Kristal.

pemandangan masjid kristal kuala terengganu yang sangat menakjubkan di waktu malam
Pemandangan Masjid Kristal di waktu malam (foto: bankami)

Sejarah dan Latar Belakang Masjid Kristal

Perasmian

Pembinaan Masjid Kristal bermula pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2008. Masjid ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad BadawiYang Di-Pertuan Agong pada ketika itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Sultan Terengganu bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

masjid kristal pulau wan man kuala terengganu
Masjid Kristak Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia (kredit foto)

Masjid Kristal mempunyai seni bina yang menggabungkan elemen-elemen seni bina Islam dengan seni bina tempatan Terengganu yang kaya. Pembinaannya melibatkan pelbagai seniman tempatan yang mahir.

Pembinaan

Masjid yang dibina daripada kaca dan keluli ini merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Ia adalah mercu tanda utama di Taman Tamaddun Islam (TTI) disamping replika masjid-masjid lain yang indah yang terdapat di situ.

Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada  satu-satu masa  dan dilengkapi  dengan prasarana  teknologi maklumat dan liputan wifi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Projek   pembinaan   TTI   melibatkan   34   kontraktor   tempatan   dan proejk ini dipantau rapi oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu ( PMINT ). Bahan asas TTI keseluruhannya menggunaka bahan buatan tempatan.Kira-kira 65%   pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakalaselebihnya menggunakan khidmat professional pakar pertukangan daripada luar Negara.

Fungsi dan Seni Reka Masjid

1. Kubah

Kubah pada asalnya untuk sistem akustik / bunyi meliputi ruang sembahyang di bahagianatas. Masjid ini mempunyai 51 kubah dengan pelbagai saiz. 1 kubah yang paling besar , 8 bersaiz sederhana dan 42 kubah kecil. Masjid ini adalah antara masjid yang mempunyai paling banyak kubah.

kubah masjid masjid kristal
kubah Masjid Kristal dihiasi kaligrafi ayat Al-Quran (foto: Harian Metro)

2. Ruang masjid

Ruang masjid ini boleh menampung seramai 700 jemaah pada satu-satu masa dan digunakan untuk solat 5 waktu setiap hari di masjid ini.

3. Sudut pameran

Di Masjid Kristal ini terdapat sudut pameran umtuk memudahkan orang ramai mendapatkan info atau risalah-risalah percuma.

4. Mimbar 

Ia adalah tempat imam / khatib menyampaikan khutbah ketika sembahyang jumaat berlangsung. Juga digunakan sewaktu melakukan solat hari raya. Mimbar ini diperbuat daripada kayu dan dihiasi dengan ukiran bunga – jejari buaya

5. Menara

Menara merupakan di antara ciri umum setiap masjid. Menaralah yang membezakan masjiddaripada bangunan-bangunan lain. Masjid ini   mempunyai 4 menara utama yang mempunyai ketinggian 35 meter dan menara sekunder dengan ketinggian 12.37 meter. Fungsi menara ini adalah untuk melaungkan azan.

6. Mihrab

Mihrab dihiasi dengan ukiran bunga-bunga nusantara. Bentuknya membantumemantulkan semula suara imam ke arah Jemaah. Lokasi mihrab   ditengah-tengah, menunjukkan arah kiblat.

Mihrab ini juga dihiasi dengan ukiran kaligrafi ayat Quran dan surah al-Bayyinah. Mesejdari ayat tersebut adalah Islam mengajar penganutnya menyembah tuhan dengan ikhlas, bersembahyang dan memberi zakat.

7. Kubah (bahagian dalam)

Bahagian kubah ini dihiasi dengan gantungan lampu Kristal, juga dikelilingi dengan kacadan dikenali sebagai kesan Kristal. Tulisan kaligrafi arab   yang   melingkari   bahagian dalam kubah dipetik dari Quran. Ayat yang digunakan ialah bacaan Basmallah yang sering dibaca sebelummelakukan sesuatu kerja.

8. Bilik wudhu

Berwudhuk adalah wajib sebelum melakukan solat. Ini adalah proses menyucikan dan mempersiapkan diri sebelum menghadap tuhan yang esa. 

9. Program mingguan, bulanan dan tahunan.

-Ceramah

-Kelas bimbingan

-Sukarelawan masjid Kristal

-Program tahfiz

-Akad nikah

Keunikan dan Kepelbagaian Seni Bina Masjid Kristal

Apa yang menjadikan Masjid Kristal begitu istimewa adalah seni bina kaca dan kristalnya yang menakjubkan. Dengan lebih dari 200 kubah kaca yang indah dan panel kristal, ia menghasilkan fenomena cahaya yang luar biasa ketika matahari bersinar. Setiap kubah kaca adalah seperti sebutir berlian yang menaikkan keindahan masjid ini. Kubah-kubah ini juga melambangkan 99 nama Allah dalam Islam.

Sekiranya kalian masuk ke dalam Masjid Kristal di Terengganu ini, cuba lihat ke atas melalui kubahnya yang lutsinar. Kalian akan nampak terus langit yang membiru terutamanya pada waktu tengahari.

Selain itu, seni bina masjid ini turut menunjukkan pengaruh seni tempatan Terengganu melalui ukiran kayu cendana dan seni ukiran tradisional Melayu yang memukau. Keunikan seni bina ini mencipta kombinasi yang indah antara seni bina Islam dan budaya seni tempatan Malaysia.

Kontroversi Masjid Kristal

Masjid ini pernah dilanda dengan pelbagai kontroversi.

Antara kontroversi yang hangat diperkatakan di statu ketika dahulu ialah tentang kos pembinaannya yang dikatakan mencecah sehingga 360 juta. Ini adalah disebabkan kiblat asal masjid ini salah. Jadi kos meningkat tinggi apabila diputa renovasi untuk membetulkan Arah kiblat.

Satu lagi kontroversinya ialah ada desas desus yang mengatakan masjid ini tidak pernah cukup bilangan jemaah untuk solat Jumaat iaitu paling minima seramai 40 orang makmum. Ini adalah dikatakan disebabkan lokasinya yang beredda di Pulau Wan Man yang jarang dikunjungi orang ramai. 

Kontroversi lain ialah masjid yang begitu gah dan indah dari luar ini lebih kepada untuk lawatan daripada memakmurkannya untuk ibadah.

Itu adalah antara kontroversi yang pernah melanda Masjid Kristal Pulau Wan Man Kuala Terengganu ini.

Apa-apa pun, di sebalik kontroversi tersebut ia tetap berdiri teguh dengan keindahannya yang tersendiri dan menjadi salah satu mercu tanda utama bandar Kuala Terengganu. Mungkin hikmah di sebalik kontroversi tersebut menjadikan Masjid Kristal Kuala Terengganu sangat popular menjadi tumpuan ramai bukan sahaja daripada pelancong dalam negara, malah daripada luar juga.

Pengalaman Melawat Masjid Kristal

Bagi pengunjung, Masjid Kristal menawarkan pengalaman yang benar-benar unik. Terdapat rangkaian lawatan yang disediakan bagi mereka yang ingin mengetahui lebih banyak tentang sejarah dan seni bina masjid ini. Selain itu, pengunjung juga berpeluang merasai keindahan seni bina kaca dan kristal melalui pameran yang menarik.

Melawat Masjid Kristal bukan sekadar pengalaman fizikal, tetapi juga pengalaman rohani yang mendalam. Ketenangan dan keindahan masjid ini mencipta suasana yang sesuai untuk merenung, berdoa, dan mencari keinsafan.

Lokasi dan Aksesibiliti Masjid Kristal

Masjid Kristal terletak di pulau kecil Pulau Wan Man yang terletak di pusat Kuala Terengganu. Ini menjadikannya mudah diakses oleh pengunjung. Pengunjung boleh menggunakan peta atau aplikasi pemandu arah untuk mencari alamat masjid ini.

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke sini. Untuk pilihan lain, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan bas daripada Kuala Terengganu.

Terdapat juga tempat letak kereta yang luas dan selesa bagi pengunjung yang ingin menggunakan kenderaan peribadi.

Peta Masjid Kristal

Fasiliti dan Kemudahan di Sekitar Masjid Kristal

Sebagai pusat ibadah dan tarikan utama di Kuala Terengganu, Masjid Kristal menyediakan pelbagai kemudahan kepada jemaah. Terdapat tempat rehat yang selesa dan kawasan wuduk yang bersih. Selain itu, terdapat kedai cenderamata yang menjual barang-barang yang berkaitan dengan masjid untuk dijadikan kenang-kenangan.

Masjid Kristal Terengganu ini juga sering menjadi lokasi untuk photoshoot perkahwinan. Pemandangan masjid dengan senibinanya yang indah itu menjadi latar belakang penceritaan dan kenangan terindah untuk diabadikan di hari bersejarah dua mempelai.

Zon Monumen

Selain daripada Masjid kristal, di Taman Tamadun Islam ini terdapat juga Zon Monumen di mana terdapat banyaknya monumen dan replika masjid serta tempat ikonik Islam dari seluruh Dunia. Untuk masuk dan melihat replika dan monumen ini dengan lebih dekat, pengunjung dikenakan bayaran masuk.

Harga Tiket Zon Monumen

Harga TiketDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara158
Pelancong Asing2515
Nota : Tiket ini untuk kawasan Taman Monumen sahaja. Tiada bayaran untuk ke masjid Kristal.

Waktu Terbaik untuk Melawat

Waktu terbaik untuk melawat Masjid Kristal adalah di waktu matahari terbit atau terbenam. Pada waktu-waktu ini, cahaya matahari memantulkan keindahan kubah-kubah kaca dan kristal, mencipta pemandangan yang memukau.

Waktu malam juga adalah waktu yang terbaik untuk kalian ziarahi masjid ini. Ini adalah kerana kalian akan dapat menyaksikan memandangan yang menakjubkan di mana kubah-kubah masjid kristal akan bertukar warna bersilih ganti. Kesan cahaya tersebut di waktu malam yang gelap akan lebih terserlah.

Selain itu, waktu solat juga merupakan masa yang sesuai untuk merasai suasana rohani masjid ini.

Amalan Etika Semasa Melawat Masjid

Semasa melawat Masjid Kristal, pengunjung perlu mengamalkan etika yang sesuai dengan tempat ibadah. Ini termasuklah berpakaian sopan, membuka kasut sebelum masuk ke dalam masjid, dan menjaga kebersihan. Pengunjung juga perlu berdiam diri dan menghormati ibadah yang sedang berlangsung.

Impak dan Kesan Lawatan

Lawatan ke Masjid Kristal adalah pengalaman yang akan dikenang sepanjang masa. Pengalaman melihat keindahan seni bina kaca dan kristal yang memukau akan meninggalkan kesan mendalam pada hati pengunjung. Selain daripada aspek fizikal, lawatan ini juga dapat memberi kesan mendalam secara rohani.

Pengalaman peribadi semasa melawat Masjid Kristal juga dapat merangsang minat dalam seni bina, seni Islam, dan seni tempatan Terengganu. Ini adalah satu-satunya masjid berbentuk kaca di Malaysia, menjadikannya satu dari jenisnya, dan hal ini pasti akan memperkayakan pengetahuan pengunjung tentang seni bina dan seni budaya.

Cadangan dan pandangan mengenai kemudahan dan pengurusan masjid juga penting. Ia membantu dalam pemeliharaan dan peningkatan masjid untuk manfaat generasi akan datang. Pengunjung boleh memberikan pandangan mereka mengenai kemudahan yang disediakan, dan cadangan untuk meningkatkannya.

Kenangan di Masjid Kristal

Kesimpulannya, Melawat Masjid Kristal Kuala Terengganu bukan sekadar lawatan biasa. Ia adalah perjalanan untuk mengejar keindahan seni bina, merenungkan keagungan sang Pencipta, dan merasai kehadiranNya yang mendalam.

Dalam kunjungan kalian ke masjid ini, kalian akan mendapati keindahan yang mengagumkan dalam setiap inci seni bina, dalam sejarah yang terkandung di dalamnya, dan dalam ketenangan yang dihadirkan oleh tempat ibadah yang hebat ini. Sebuah pengalaman yang pasti akan meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa anda.

Kalau datang ke Kuala Terengganu tetapi tidak rebut peluang untuk ke sini memang rugi. Pemandangan sekitarnya yang cantik, bangunannya penuh seni dan yang paling penting, masuk pun percuma. Tiada harga tiket yang perlu dibayar melainkan jika kalian masuk ke Taman Tamadun Islam Terengganu. Kalau setiap hujung minggu atau cuti sekolah, kawasan sekitar Masjid Kristal Terengganu ini memang cukup meriah dan penuh dengan pengunjung.

Lokasi masjid ini yang tidak jauh daripada bandar Kuala Terengganu menjadikannya senang untuk dilawati. Untuk ke sini dengan kenderaan sendiri, kalian akan melalui kampung Losong. Jadi bolehlah singgah di gerai-gerai berhampiran untuk membeli keropok Lekor Kampung Losong yang femes tu.

Baca juga: Kampung Cina Kuala Terengganu

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ