Aku memang penggemar masakan Ikan Patin. Paling aku suka ialah Ikan Patin Masak Tempoyak. Kena pulak Patin yang dipilih adalah Patin Liar ataupun Patin Buah. Memang terangkatlah rasanya. Walaupun harganya agak mahal namun kepuasan menikmatinya memang tak dapat digambarkan.
Patin sangkar juga tidak kurang sedapnya. Patin jenis inilah yang biasa menjadi pilihan ramai kerana harganya yang lebih murah walaupun rasanya tidak boleh menandingi Patin Buah.
Masakan Patin Masak Tempoyak ini masakan terkenal negeri Pahang. Temerloh dan Lipis adalah dua daerah yang terkenal dengan masakan ini. Aku pernah ke Temerloh daripada Kuala Lumpur ini semata-mata kerana ingin menikmati masakan ini.
Tapi kini aku tidak tidak perlu lagi ke Temerloh hanya semata-mata untuk menikmati masakan Patin ini. Dah ada beberapa restoran di Shah Alam yang menyediakan masakan ini. Yang penting tuan punya restoran adalah orang Temerloh dan Lipis yang memang resipinya adalah resipi asli daerah masing-masing.
Salah satunya adalah Restoran The Rodongs. Semalam aku bersama Sifu WordPress, Sifu FB Ads dan Pakar Grafik mendapat jemputan melalui Top Food Blogger Melayu. Kami yang kebetulan sedang menelaah ilmu wordpress di Kelas Advance Akademi Denaihati bergegas ke sana pada waktu makan tengahari.
Restoran The Rodongs yang bermaksud kawan-kawan dalam loghat Pahang terletak betul-betul di belakang Giants Seksyen 7 Shah Alam. Di sini adalah tempat tumpuan para pelajar UiTM Shah Alam untuk bersantai dan makan-makan. Memang strategik lokasinya.
Menu utama restoran ini adalah masakan ikan Patin. Namun ada juga lauk pauk lain seperti ayam masak merah dan sebagainya.
Ada juga Sambal Hitam yang aku suka. Sambal hitam ataupun Sambal Belimbing adalah hasil daripada Ikan Bilis dan Belimbing kecil yang digoreng dan dijadikan sambal. Memang sedap sambal ini.
Biasanya Ikan Patin akan dipotong kepada 3 bahagian iaitu bahagian ekor, badan dan kepala untuk dimasak. Dan kebiasaan harga untuk satu bahagian Ikan Patin tersebut adalah di antara RM10 – RM12.
Namun di restoran ini, Ikan Patin dipotong kepada 2 bahagian sahaja menjadikan satu bahagian agak besar daripada tempat lain. Yang menariknya, harga satu bahagian tersebut hanya RM8. Sungguh murah…!
Strategi bijak ini memang berkesan di kawasan yang banyak dikunjungi oleh pelajar. Atas faktor ini juga restoran ini tidak menyediakan masakan Patin buah. Harga Patin Buah yang mahal pastinya kurang mendapat sambutan di tempat ini.
Ada satu lagi menu menarik di restoran ini yang aku tak jumpa di restoran yang menyajikan masakan Ikan Patin yang lain. Menu yang dimaksudkan adalah Pais Patin Tempoyak.
Aku pernah merasa menu Pais ini. Tetapi ikan yang dibakar dengan rempah pais tersebut adalah ikan biasa. Pais Patin yang diadun dengan Tempoyak ini adalah pertama kali aku rasa.
Rasanya? Memang best! Sedap! Tak sangka pulak Ikan Patin pun boleh dibuat pais.
Menu istimewa ini terhasil dengan rempah Pais yang digaul pada Ikan Patin, seterusnya ditambah pula tempoyak sebagai adunan tambahan. Ia dibakar di dalam lingkaran aluminium (aluminum foil) untuk menjadikan semua bahagian ikan tersebut masak secara keseluruhan.
Kesimpulannya memang berbaloi jika anda datang untuk menikmati menu Patin masak Tempoyak dan Pais Patin Tempoyak di sini. Menu Patin Masak Tempoyak ala Lipis ini memang akan membuatkan anda kembali lagi ke sini.
Tambahan pula dengan adanya menu istimewa Pais Ikan Patin Tempoyak di restoran ini, anda pasti menyenaraikan restoran ini sebagai restoran yang bakal anda kunjungi lagi di masa hadapan.
Jom ke Restoran The Rodongs…!
THE RODONGS ( landmark Restoran Lawang Sari )
No XG2 ,Jalan Plumbum X7/X,Pusat Komersial
40000 Shah Alam, Malaysia
Tel : 012-3596838
Waktu operasi : 11 pagi – 4 petang
Instagram : http://instagram.com/therodongs
Facebook : https://www.facebook.com/TheRodongs
Review oleh eXplorasa pada .
Rating:
Nampaknya sekarang kita ada satu lagi masakan ikan patin yang sedap selain gulai tempoyak kan…. pais ikan patin tempoyak ni memang sedap – berbaloi dengan harganya
Hazman Fadzil recently posted…Resepi Nasi Arab istimewa Chef Ammar di Restoran Aroma Hijrah TTDI Jaya
ya.. nnti nak pi lagi lagi..
assalamualaikum.. tumpang iklan ye admin..
kami menyediakan tempahan pais tempoyak ikan patin bakar (frozen) penghantaran PERCUMA utk seluruh kawasan temerloh dan mentakab.. harga cuma rm35 hingga rm40 SEEKOR.. lawati fb kami utk maklumat lanjut “Paih Patin Bakar Tempoyak”
blh jg wsp kami utk tempahan.. 0123897434..
terima kasih admin…