Air minuman yang sesuai diminum sesuai di mana saja pada bila-bila masa
Jika ditanya kepada saya kenapa saya memilih minuman Yeos pasti faktor diatas menjadi pilihan jawapan saya. Minuman yang simple, dalam kotak atau botol, boleh didapati di mana sahaja di Malaysia ni. Ia sesuai diminum pada sebarang masa, dalam keadaan sejuk atau di suhu yang biasa, yeos tetap enak untuk dinikmati.
Yeos memang sudah menjadi sebahagian daripada hidup rakyat malaysia amnya dan saya sendiri khasnya. Apabila dahaga fikiran terus teringat yeos. Sewaktu mengikuti program Perdana Trail baru baru ini, cuaca panas dan letih berjalan membuatkan hati meronta untuk mencari minuman yeos. Sebab itu sesampai sahaja di Hotel Perdana saya terus sahaja ke belakang hotel mencari seven eleven yang saya pasti ada menjual air yeos.
Program Beramal bersama bintang oleh Yeo’s
Yeos bukan sekadar air minuman biasa. Ia amat prihatin dengan masyarakat dan budaya tempatan. Setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadhan Yeos pasti tampil dengan program khidmat masyarakatnya.
Tahun ini Yeo’s tampil lagi untuk sekian kalinya dengan program khas Ramadhan “sinari kemuliaan ramadhan bersama yeo’s: Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya. Program mesra Ramadhan ini akan dapat menggalakkan orang ramai membeli sambil beramal dan bersedeqah.
Program yang telah dilancarkan pada 25 Mei di Hotel Aloft baru-baru ini turut dimeriahkan dengn kehadiran En Ong Chay Seng, Ketua Pegawai Operasi Yeo’s dan bintang-bintang terkenal seperti Akim ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi.
Macamana nak sertai program ini
Senang saja. Beli air minuman Yeo’s macam biasa. Cuma kali ini sila simpan resit pembelian. Snap resit pembelian tersebut dengan smartphone dan hantar gambar tersebut ke WeChat Yeos. Jika terpilih anda akan mendapat hadiah-hadiah lumayan yang dijanjikan. Mudah kan?
Menang Duit Raya Lumayan
Pemenang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah utama dengan sejumlah Rm30,00. Hadiah ke-2 juga menarik dengan sejumlah RM15,000. Pemenang ke-3 pulak akan membawa pulang wang tunai RM10,000. Di samping itu, para peserta turut boleh merebut 42 hadiah harian yang ditawarkan iaitu duit raya berjumlah RM3,000 untuk setiap pemenang. Dalam masa yang sama, 10 pemenang bertuah juga boleh mengaut sebanyak RM300 yang ditawarkan sepanjang 42 hari itu.
Masa Program berlangsung
25 Mei – 5 Julai 2015
Program Beramal Bersama Bintang
Setiap bintang yang terlibat mewakili satu produk minuman Yeo’s dan rumah kebajikan yang bakal menerima bantuan hasil daripada program ini nanti.
Pasukan 1
Artis: Akim Ahmad
Produk: Yeo’s Yeogurt
Rumah Kebajikan: Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Artis: Atikah Suhaime
Produk:Yeo’s Yeogurt
Rumah Kebajikan: Teratak Nur Barakah, Shah Alam
Pasukan 2
Artis: Nad Zainal
Produk: Yeo’s Krisantimum
Rumah Kebajikan: Pertubuhan Nur Kasih, Klang
Artis: Ajak Shiro
Produk: Yeo’s Teh Kundur
Rumah Kebajikan: Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang
Pasukan 3
Artis: AG
Produk: Yeo’s Laici
Rumah Kebajikan: Rumah Aman, Sungai Buloh
Artis: Heliza Helmi
Produk: Yeo’s Soya
Rumah Kebajikan: Rumah Opah Hasnah, Klang
Jadi jumlah sumbangan kepada rumah kebajikan di atas bergantung kepada sokongan orang ramai kepada program istimewa ini. Setiap satu unit minuman Yeo’s mewakili satu nilai derma yang diperolehi. Dengan 50,000 mata yang diperolehi oleh mana-mana pasukan bintang, mereka dapat mengumpul RM3,00 yang akan tersu disalurkan kepada rumah kebajikan yang mereka wakili. 100,000 nilai mata bakal memperolehi sumbangan sebanyak RM5,000, manakala 250,000 nilai mata akan memberi sumbangan berjumlah RM10,000.
Jadi anda boleh membeli produk Yeo’s mengikut pasukan yang anda minati untuk membantu mereka mencapai nilai derma yang paling tinggi.
Aktiviti “Jumpa dan Salam”
Anda berpeluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan bintang-bintang yang mewakili produk Yeo’s tersebut di tempat dan masa seperti berikut:
1. MYDIN Mall USJ, Subang Jaya
Tarikh: 6 Jun 2015
Masa: 2.00 pm – 4.00 pm2. MYDIN Mall Gong Badak, Terengganu
Tarikh: 30 Mei 2015
Masa: 2.00 pm – 4.00 pm3. MYDIN Mall Parit Buntar, Perak
Tarikh: 7 Jun 2015
Masa: 2.30 pm – 4.30 pm4. MYDIN Mall MiTC, Melaka
Tarikh: 13 Jun 2015
Masa: 2.30 pm – 4.30 pm
jom sama-sama menjayakan program ini. Sambil berbelanja air minuman Yeo’s yang lazat, kita sebenarnya membantu untuk menderma kepada rumah-rumah kebajikan yang amat memerlukan bantuan kita.
Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s: Beramal Bersama Bintang dan Menang Duit Raya
Rajin Yeo’s buat program amal macam ni..Tahniah pihak Yeo’s dan para bintang yang turut serta..
Taukeh Pemanggang Ajaib recently posted…Pemanggang Ajaib
memang yeos akan buat program sinari ramadhan ni pada setiap tahun
kalau air kotak yeos tu, aku suka yang yogurt perisa asli tu je.
yang lain..kureng sikit.
titan recently posted…Yeo’s Sitkom Blog Contest
aku pun suka yg asli.. yg epal hijau pun ok jugak