Nasi Kukus Ayam Berempah RM3 dan Menu Sedap di U-Cafe Wangsa Walk Wangsa Maju

restoran-sedap-wangsa-maju
Restoran U-Cafe

Ada beberapa faktor sesebuah kedai ataupun restoran menjadi pilihan pelanggan. Faktor seperti kebersihan premis, kelazatan dan keunikan makanan, perkhidmatan yang cekap, pantas dan mesra pelanggan, serta harga makanan merupakan antara faktor yang sering diambil kira oleh pelanggan dalam menentukan kualiti sesebuah restoran yang mereka ziarahi.

Satu-satu faktor itu pula boleh menampung faktor yang lain. Contohnya jika makanan di sesebuah restoran itu biasa-biasa sahaja, tetapi sikap mesra pekerjanya yang sentiasa senyum dan melayan pelanggan dengan baik pasti akan membuat pelanggan akan datang semula ke situ. Begitu juga jika makanannya biasa-biasa sahaja tetapi harga yang ditawarkan lebih murah daripada tempat yang lain, pelanggan mungkin tidak akan bersungut tentang kualiti makanan di situ. Begitulah faktor yang saling berkait di antara satu sama lain.

Apabila menyentuh tentang harga makanan di restoran, susah untuk mencari restoran yang menawarkan harga yang rendah dewasa ini. Dengan perbelanjaan yang semakin meningkat, dengan adanya GST, mustahil harga makanan yang ditawarkan rendah seperti dulu. Kena pula restoran tersebut terletak di dalam shopping kompleks yang semestinya di sewa dengan sewa yang tinggi.

eXplorasa pernah membuat review tentang sebuah restoran yang terletak di dalam Pasaraya Giants tetapi masih boleh menawarkan harga makanan yang sangat berpatutan. Dan kali ini eXplorasa dijemput untuk sesi food review bersama rakan blogger yang lain di U-Cafe.

Restoran U-Cafe

Restoran U-Cafe Wangsa Maju
Restoran U-Cafe Wangsa Maju

Restoran ini sudah dikenali ramai dan mempunyai beberapa cawangan di KL. Terletak di dalam premis shopping mall Wangsa Walk Mall Wangsa Maju, restoran ini sedang mempromosikan menunya yang amat berpatutan. Ya memang murah. RM3 sahaja untuk satu set hidangan. Menunya adalah Nasi Kukus Ayam Berempah.

Namun, tawaran harga murah ini hanya ditawarkan di dalam masa yang terhad sahaja. Promosi hebat ini hanya untuk masa terhad dari pukul 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang sahaja. Jadi jika anda ingin nikmati menu murah ini, rancanglah masa anda untuk datang ke sini ya.

Nasi Kukus Ayam Berempah

nasi-kukus-murah
Nasi Kukus Ayam-Berempah ni boleh tahan rasanya

Rasa menu ini boleh tahan. Dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan, ia memang melebihi jangkaan saya. Set hidangan terdiri daripada Nasi Kukus bersama Sambal Cili dan Ayam Berempah yang lazat. Cukup mengenyangkan perut anda sebagai santapan makan tengahari. Jika anda tidak kenyang juga ataupun memang anda ingin mencuba menu yang lain, ada banyak lagi menu yang sangat menarik dan sedap di sini.

model-nasi-kukus
Omey angat! Model segera Nasi Kukus Ayam Berempah

Menu-menu lain di restoran ini

Banyak menu-menu yang lain yang memang menarik hati saya sebagai food blogger dan juga sebagai pelanggan. Jom kita tengok menu-menu yang dihidangkan kepada para bloggers di sesi review hari tersebut.

Combo Platter

menu-best-u-cafe
Combp Platter U-Cafe

Seafood Platter

makanan laut
Seafood Platter Restoran U-Cafe

 

Italian Beef Carbonara with Egg Yolk.

Italian Beef Carbonara with Egg Yolk

Lamb Rack

lamb chop
Menu Lamb Rack di Restoran U-Cafe

 

Flying fish rice with soy sauce

ikan goreng
Flying fish rice with soy sauce

 

Combo Egg Yok Butter Chicken & Season Vegetable in Yam Basket

Combo Egg Yok Butter Chicken & Season Vegetable in Yam Basket
Combo Egg Yok Butter Chicken & Season Vegetable in Yam Basket

 

Nasi lemak dengan kari ayam

Nasi lemak dengan kari ayam
Nasi lemak dengan kari ayam

 

Chicken Chop with Green Curry

Chicken Chop with Green Curry
Chicken Chop with Green Curry

 

Info tentang U-Cafe

Alamat U-Cafe Wangsa Walk.(sebelah dengan George Town White Coffee)

GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 03 41319686

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi:

Rachel:+6019-3133668

Facebook: U-Cafe

Komen eXplorasa

Bagi yang mencari menu yang pelbagai di dalam satu restoran, saya rekomen anda untuk singgah di restoran ini. Rasa menu-menunya sedap dengan harga yang amat berpatutan. Promosi Nasi Kukus Ayam Berempah tu memang gila lah. RM3 sepinggan. Memang amat sesuai dengan sesiapa yang sedang berjimat cermat. Walaupun harganya murah, rasa enu ini tidak menghampakan.

Singgahlah di restoran ini untuk mencuba menu pilihan anda. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa restoran ini adalah antara restoran yang sedap dan best di sekitar Wangsa Maju.

Peta Lokasi

Restoran ini terletak di dalam Wangsa Walk Mall Wangsa Maju. Jadi untuk Waze atau GPS, anda boleh mencari dengan kata kunci Wangsa Walk Mall.

Rating:

Restoran U-Cafe Wangsa Maju
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Note: Sebahagian foto disumbangkan oleh Jamar Bahar

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • yup.. apa yang penting diorg dapat tarik org untuk masuk ke restoran mereka. bila dah masuk, mesti ada menu biasa yang pelanggan akan order. very good strategy

  1. Memang murah dan berbaloi untuk mencuba. Jangan lupa ada juga menu lain yang menarik perhatian. Kalau rasa dan kualiti yang setimpal harga adalah perkara yang kedua..
    Taukeh Pemanggang Ajaib recently posted…Pemanggang AjaibMy Profile

    • haah owner chinese. sijil halal tak der lg kot walaupun ada dgr cerita dia tgh apply. tp sy yakin makanannya halal. apa2 pun terpulang pada masing2 ya…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ