
Bila berbicara bab makan ni, beberapa faktor biasanya diambil kira. oleh pelanggan dalam memilih restoran. Paling mendapat perhatian ialah rasanya yang sedap, kemudian harganya yang diambil kira. Seterusnya adalah layanan daripada pekerja restoran. Kebersihan restoran dan lain-lain lagi juga turut memainkan peranan dalam pemilihan sesebuah restoran untuk disinggah.
Jika harga yang diambil kira sebagai faktor utama, makan di Restoren ataupun Cafe Uncle Jack Fried Chicken (UJFC) memang puas hati. Harganya memang murah. Satu set hidangan paling mahal pun baru RM5.00. Siap dengan minuman tau..!! Dan set makanan ala KFC di sini mampu mengenyangkan pengunjung.

Oh ya, kepada yang tidak pernah mendengar nama Cafe UJFC ataupun tidak perasan akan kewujudan cafe ataupun tempat makan murah ini, ia adalah cafe yang terletak di kebanyakan Pasaraya Giants di Lembah Kelang. Tidak perasan pula adakah Cafe UJFC ini terdapat di Giants di luar Lembah Kelang.
Makanan di sini memang disediakan ala restoran makanan segera KFC. Makanan dijual secara ala carte dan secara set, bergantung kepada pilihan anda.

Ada set makanan untuk kanak-kanak dan ada set untuk orang dewasa. Dessert seperti ais krim juga ada disediakan sebagai hidangan penutup.
Menu utama di sini adalah berasaskan ayam goreng. Nugget dan nasi juga turut disediakan sebagai pilihan kepada ayam goreng ataupun untuk dinikmati bersama ayam goreng.
Satu set menu mengandungi ayam goreng (kuantiti bergantung kepada set yang dipilih), nasi, minuman berkarbonat dan ais krim. Ada sesetengah cawangan UJFC menyediakan sup bersama-sama dengan set menu.
Bersesuaian dengan harganya yang amat murah, set yang ditawarkan amat ringkas. Cuma nutrisinya aku rasa seperti kurang lengkap dengan ketiadaan coleslaw, mashed potato ataupun salad untuk melengkapi set tersebut. Tetapi hidangan ringkas tersebut sudah mampu mengenyangkan perut anda.
Rasanya? “Not bad”lah kepada lidah aku. Rasa yang mirip KFC. Ok la. Bolehlah aku habiskan set menu tersebut. Kalau ikutkan anak-anak aku, diorang suka dengan rasa menu restoran ini.
Restoren ini amat sesuai untuk diziarahi oleh orang-orang yang sedang berjimat cermat dalam perbelanjaan seperti pelajar kolej dan sebagainya. Sebab itulah jika UJFC ini ada berdekatan dengan kawasan universiti ataupun kolej, ia menjadi antara cafe yang dipilih oleh pelajar untuk mengisi perut.
Kepada yang tiada masalah dengan perbelanjaan juga tiada halangan untuk berkunjung ke sini. Aku dan keluarga pernah beberapa kali ke UJFC ini selepas membeli barangan keperluan dapur di Pasaraya Giants. Alang-alang membeli di Giants, teruslah makan kat sini. Tak perlu nak pergi ke tempat makan yang lain lagi.

Satu lagi yang bagusnya dengan restoran ini ialah ia tidak mempunyai masalah dengan tempat parkir. Oleh kerana ia berada di dalam kawasan Pasaraya Giants, parkir Giants juga merupakan parkir restoran ini. Dan parkir di Giants sememangnya PERCUMA.
Begitu juga dengan aspek kebersihan cafe. Ia mesti memenuhi garis panduan Pasaraya Giants kerana ia beroperasi di di dalam Giants. Jadi sudah pasti restoran ini tidak tercemar dengan kekotoran.
Jadi kepada anda yang selalu membeli barangan keperluan di Pasaraya Giants, anda boleh lah mencuba makan di restoran ini sekali sekala. Membuat kelainan dalam memilih tempat makan bersama keluarga ada kalanya menjadi satu keseronokan bersama.
Kepada yang sedang bajet juga, makan di sini adalah satu pilihan yang bijak. Objektif kewangan anda mungkin lebih mudah tercapai dengan berjimat cermat di sini.
Review oleh sohoque pada .
Rating:
dengan ayam sebesar camtu memang kenyang
Adi recently posted…Yamaha FJ-09 Di Pasaran Dunia 2015?
ya la kaan.. unless org tu mmg jenis makan byk. hehehe
yeapppp…. aritu perasan gak kat GIANT KAJANG…. sememangnya pilihan menu makanan sedap pada harga ekonomi… janji perut kenyang kan….
hazman aka species1980 recently posted…Restoran WESTERN FOOD No.1 di Bandar Nilai tukar waktu operasi demi kepuasan pelanggan
memang murah kat sini.. rasa ok la..
Hai, i have look over this and i have found interestening on this uncle jack fried chichken.
i have an outlet at kl i wish to open this has a franchasing business. iwould like to get more about this
price? of opening this has a franchasing business.
i would like to have a feedback soon from you.
can contact me 0102724626 aishu.
hi… i am a food blogger and i reviewed restaurant for my readers referrence. for the business purpose you should contact the management