Tidak banyak tempat yang memaparkan kehidupan haiwan laut dan sungai di Malaysia tercinta ini. Antaranya ialah Underwater world di KLCC dan Underwater World Langkawi.
Kedua-dua tempat yang menarik di Malaysia ini aku pernah lawati. Di antara keduanya, Underwater World Langkawi lebih dahulu dibina. Dan ia adalah tempat pameran hidupan air yang pertama aku lawati.
Pertama kali aku ke sana adalah pada 5 tahun yang lalu. Masa itu Iffah (anak aku yang kedua) berusia 2 tahun. Kami ke sana menggunakan jalan udara dengan menggunakan khidmat syarikat penerbangan MAS sebagai pilihan. Pengalaman pertama kali memasuki Underwater World tersebut memang amat berharga bagi aku. Sayangnya pada masa itu aku belum lagi menceburkan diri dalam arena blogging ini.
Tahun ini aku sekali lagi berpeluang ke sana. Kali ini aku ke sana sebagai seorang blogger. Dan hasil usaha daripada blogging ini, aku dapat ke sana secara PERCUMA. Bersama beberapa orang blogger lagi, pemergian kami ke sana ditaja oleh MHTT dan Santai Travel dalam rangka mengikuti pelayaran bersama Pak Nil ke Langkawi dan Phuket dengan Star Cruise. Aku pernah ceritakan tentang pelayaran hebat ini di entri Pengalaman Berlayar Bersama Pak Nil Dan Star Cruise Hari Pertama dan Hari Kedua sebelum ini.
Dalam program pelayaran itu kami dibawa melawat Pulau Langkawi sebelum dibawa berlayar ke Kepulauan Phuket. Di langkawi kami dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di Langkawi yang menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Di antaranya ialah Makam Mahsuri, Dataran Lang, Underwater World, Kilang Gamat dan beberapa tempat menarik yang lain selain daripada dibawa untuk membeli belah di zon bebas cukai di situ.
Lawatan aku yang kedua kali ke Underwater World ini menggamit kembali lawatan aku pada suatu ketika dulu Underwater World Langkawi ini sudah semakin dimakan usia. Ia agak berbeza dengan 5 tahun lepas. Ia nampak agak usang walaupun hidupan air yang dipamerkan di dalamnya masih seperti dulu.
Ada banyak hidupan air masin dan tawar yang dipamerkan di sini. Ada yang biasa dilihat dan ada yang amat jarang boleh dilihat di zaman sekarang. Ketam berkaki panjang adalah antara binatang yang menarik perhatian aku.
Penguin juga menjadi tumpuan pengunjung dalam negara. Mungkin kerana binatang tersebut memang tidak mempunyai habitat di Malaysia.
Selain daripada lawatan biasa, pengunjung juga boleh turut sama merasai pengalaman memberi haiwan air di sini makan. Ada masa-masa tertentu yang dibenarkan untuk pengunjung berbuat demikian. Aktiviti ini dikenakan caj bayaran tambahan.
Secara keseluruhan, lawatan ke sini untuk kali kedua ini masih lagi menyeronokkan. Tambah-tambah lagi semuanya ditaja. Cuma aku agak sedikit terkilan dengan pemandangan yang aku rasakan agak usang berbanding 5 tahun yang lepas.
Cadangan aku agar pihak pengurusan Underwater World Langkawi ini berbuat sesuatu untuk mengelakkan pengunjung lain berasa seperti yang aku rasa seperti mengecat dan mengindahkannya semula. Biarlah ia nampak seperti baharu. Tambahan Hidupan air masin dan tawar yang baru mungkin boleh ditambah dari masa ke semasa untuk memberi pengunjung pengalaman baru.
Jika anda ke Langkawi, Underwater World Langkawi adalah antara tempat menarik di Langkawi yang anda patut singgah selain daripada banyak tempat menarik yang lain. Harga tiket Underwater World yang berpatutan memang tidak menjadi masalah kepada anda untuk ke sini.
Selamat datang ke Underwater World Langkawi…!
setuju part “usang” tue..hehe..
saya n family pernah pergi dalam 2 tahun lepas. rasanya bab maintenance tu patut boleh diperbaiki lagi kot..yang lain ok, anak2 pun suka. =)
ya la kaaan… kalau dicantikkan lagi mesti lg best
Puas hati baca artikel ni. Huraian dengan gambar lagi. memang terbaik le. Hihi…
Anyway, banyak tempat menarik lagi yang ada di Langkawi. Bagi pembaca yang ingin bercuti ke sana, artikel dibawah ada senarai tempat yang boleh dilawati dan tips yang berguna. Semoga membantu.
Percutian bajet recently posted…Pakej 3hari 2 malam ke Pulau Perhentian Kecil
moga sama2 dpt manfaatnya