Durian digelar Raja Buah. Ia sememangnya buah yang unik dan menjadi kegemaran bagi penggemarnya. Kulitnya yang berduri dan isinya yang lembut dan sedap memang menjadi tarikan bukan sahaja kepada rakyat tempatan malah kepada pelancong asing yang bertandang ke malaysia juga.
Suatu ketika dulu, untuk menikamti durian, kita terpaksa menunggu musim durian kerana buah ini ini berbuah mengikut musimnya yang tersendiri. Musim durian hanya tiba setahun sekali sahaja.
Dulu durian tidak banyak jenis dan gred. Yang banyak hanyalah durian kampung yang mempunyai isi yang agak nipis dan rasa yang biasa-biasa saja.
Sekarang, dengan teknologi pertanian yang terkini, buah ini boleh didapati di sepanjang tahun. Teknologi pertanian ini terlebih dahulu dipelopori oleh negara Thailand. Durian yang didapati dijual di Malaysia di luar musim durian kebanyakannya diimport daripada Thailand yang lebih maju dari segi teknologi pertanian. Negara tersebut telah berjaya menghasilkan durian walaupun di luar musim durian. Kualiti dari segi rasa dan ketebalan isi juga bertambah baik.
Sekarang durian ada pelbagai gred mengikut rasa dan ketebalan isinya. Ada durian kampung, D24, Udang Merah dan yang paling mahal, best dan sedap adalah Durian King.
Bagi penggemar durian dan inginkan harga yang murah, anda bolehlah ke gerai-gerai yang banyak terdapat di SS2 Petaling Jaya Selangor. Lokasi di sekitar Public Bank SS2, berdekatan dengan KFC SS2. Gerai-gerai durian tersebut menjual secara buffet, iaitu bayar dengan harga tertentu untuk satu kepala dan makan sehingga anda tak terdaya.
Memang untung makan di sini. Jika anda membeli di gerai-gerai lain yang banyak terdapat di pasar malam ataupun di tepi-jalan, harga untuk sekilogram adalah lebih kurang RM8 – RM12 (mengikut gred). Berat satu kilogram durian hanya sebiji durian yang bersaiz kecil sahaja. Tetapi jika anda ke gerai-gerai buffet durian ini dengan membayar RM12, anda boleh menikmati seberapa banyak durian yang anda boleh muatkan ke dalam perut anda. Dan anda boleh mencuba pelbagai gred durian. Memang berbaloi..!
Beberapa tahun dulu, harga buffet di sini bukanlah RM12 satu kepala. Kalau tidak silap aku, ia sekitar RM8 sahaja. Sekarang harga dah naik. Mungkin disebabkan sambutan daripada orang ramai yang menggalakkan. Ataupun mungkin kos durian sudah semakin meningkat naik selari dengan faktor inflasi.
Jika anda ke sini membawa anak-anak, penting untuk anda memilih gerai di kalangan gerai-gerai yang terdapat di sini. Ada gerai yang tidak mengira umur. Jika nak makan di sini tidak kira makan sedikit atau makan banyak, tidak kira dewasa ataupun kanak-kanak, caj RM12 tetap dikenakan. Terasa rugi juga jika membayar RM12 untuk anak-anak yang hanya memakan beberapa ulas sahaja. Jadi rajinkanlah diri untuk bertanya terlebih dahulu.
Ada gerai di sini yang tidak mengenakan caj untuk kanak-kanak. Pilihlah gerai yang ini. Anak-anak kita yang makan sedikit dikira seperti menumpang kita sahaja. Jika anak-anak kita makan banyak, kita bayar sajalah RM12 untuk mereka.
Kepada penggemar durian, datang ke sini akan memberikan kepuasan untuk anda. “Eat all you can” memang akan membuatkan anda teruja untuk mencuba sebanyak mungkin pelbagai gred durian yang ada di sana.
Jom makan durian!!!
perghh…gambar2 pun dah menggiurkan. best kalau dapat terjah ke sana. tapi jauh la pulak.. 🙁
Oja Samid recently posted…Berjaya Hamil Walaupun Diuji dengan Tumor, Kanser, Cyst Pada Rahim
ooo jauh ek? tak per nnti ada jodoh boleh datang
musim durian sekarang nie ek.ker durian thailand.
Norhayati Suaib recently posted…Set Sendi Shaklee Melegakan Kesakitan Di Bahagian Lutut
durian thailand tu. hehehehe
memang terbaik durian kat ss2 tu…selalu ngak makan kat situ sebab dekat dengan rumah…
owh.. bestnya dkt ngan rumah. sy setiap hr ahad akan ke sana sbb htr anak belajat taekwondo kat sana
Isnin lepas Majalah Tiga ada buat coverage pasal BUFFET DURIAN kat sini… memang dah terkenal la sekarang kan…. kelebihan diorang nie sebab ianya dibuka setiap hari….
hazman aka species1980 recently posted…Tawaran 7 Slot Advertorial Promosi Bisnes / Produk Makanan dengan Korban Aqiqah Online
tp skrg dia tak bukak buffet tau. sbb stok durian kurang. nak mkn boleh tp dia kira timbang kilo. so tak murah juga la. kena tunggu stok byk nnti baru best!
belanja gua makan durian buleh bro…haha
boleh bro.. hehehe
best nya durian!!!!dah lama gak tak makan durian….ada lagi ke tempat macam ni sekarang?
farisya recently posted…#27: Pengedar Shaklee Area Kampung Melayu Subang, Selangor.
ada.. tempat ni still ada.. last sy makan buffet kat sini RM12 satu kepala. dulu RM8 jer
biasa tempat macam ni masa perniagaan sampai pukul brapa ek?
sy tak pasti. tapi ikuyt kebiasaan dalam pkl 10 malam tutup
sy tak pasti. mungkin pkl 10 malam
hari ni ada x?
tak pasti.. lama dah tak pegi. tapi biasanya ada jer. cuma kalau musim durian tak banyak mahal la sikit harganya
Boleh tanya bagaimana cara pergi kesana kalau dari KL sentral.. terima kasih
kalau guna sy tak pasti pulak stesen yg terdekat… kalau dgn kenderaan sendiri senang, blh guna waze je