EXplorasa Di Bloggers Award 2014

blogger award 2014
blogger award 2014

Blogger Award 2014

Milik siapakah hadiah-hadiah lumayan yang dijanjikan tersebut?

Award ini ialah anugerah yang akan diberi kepada peserta yang berjaya menjadi pemenang untuk contest penulisan review makanan di Pak John Steamboat & BBQ yang diadakan sempena Majlis Iftar Ramadhan 2014 Pak John Steamboat BBQ bersama Blogger pada bulan Julai yang lepas.

Contest ini dianjurkan oleh Kelab Komuniti Hai Blogger! dan ditaja oleh restoren steambot yang tidak asing lagi iaitu Pak John Steamboat & BBQ. Manakala rakan media yang turut menyokong ialah Exbuzz Media, Voxscape Studio dan eXplorasa sendiri.

Majlis pengisytiharan pemenang dan penyampaian hadiah kepada pemenang ini sepatutnya berlangsung pada 3 September yang lalu ditunda kepada tarikh 23 September 2014 (besok). Jika Majlis Iftar dulu diadakan di Restoran Pak John Steamboat & BBQ di eCurve Mutiara Damansara, majlis kali ini diadakan pula di Restoran Pak John Steamboat & BBQ cawangan Wangsa Walk Wangsa Maju.

Aku mendapat berita bahawa 3 pemenang utama telah pun dipilih. Malah ada pula hadiah tambahan iaitu pemenang istimewa.

Pemenang Pertama : RM1500
Pemenang Kedua : RM1000
Pemenang Ketiga RM500

Selain daripada makan-makan, penyampaian award kepada pemenang, yang paling bestnya majlis ini ada segemn blogger icon. Dan eXplorasa telah dijemput ke majlis ini sebagai salah seorang blogger icon.

EXplorasa – Blogger Icon Blogger Award 2014

Logo eXplorasa
Logo eXplorasa

Aku pun belum tahu macamana segmen Blogger Icon itu. Cuma aku memang terharu la sebab eXplorasa diberi penghargaan ini. Walaupun blog ini belum pun mencapai usia setahun, sudah ada yang memberi penghargaan. Jutaan terima kasih dirakamkan kepada Hai Blogger! dan Pak John Steamboat & BBQ kerana kepercayaan ini.

Seorang lagi blogger icon adalah Saudara Azfar – Youtuber daripada Geng #Cubatry.

Sesungguhnya jemputan ini merupakan satu penghargaan untuk Food Blogger Melayu. Food blogger di kalangan blogger Melayu yang betul-betul menumpukan niche makanan agak kurang. Antara food blogger lain yang tidak kurang hebat ialah sifu HazmanFadzil, Mahamahu dan MySelera.

Niche Food Blog

Menceburi niche food ini ada keunikannya tersendiri. Setelah hampir setahun eXplorasa dibina, ada beberapa perkara yang aku perasan tentang niche ini. Antaranya ialah tentang trafik. Trafik eXplorasa agak cepat meningkat. Dan ia agak stabil. Mungkin juga ini terjadi kerana setiap entri di dalam eXplorasa ada keyword yang tertentu yang aku optimasikan. Dan kebanyakan keyword tersebut jika ditaip di ejin carian Google, kebanyaknnya menduduki mukasurat pertama.

Satu lagi uniknya tentang niche ini, ia tidak memeningkan kepala untuk mengemaskinikan entri-entri di blog. Cuma ia memerlukan penulisnya betul-betul minat dengan niche ini. Jika tiada minat dan terikut-ikut dengan orang lain, kemungkinan ketidakikhlasan akan terpapar di dalam tulisan.

Dari segi review berbayar pula, aku lihat niche ini masih sukar untuk mendapatkan bayaran. Mungkin pengusaha-pengusaha restoran masih belum nampak akan keberkesanan membuat pengiklanan melalui blog. Perkara ini perlu diperjelaskan kepada mereka.

Restoran Pak John Steamboat adalah antara segelintir restoran yang nampak keberkesanan pengiklanan melalui blog
Restoran Pak John Steamboat adalah antara segelintir restoran yang nampak keberkesanan pengiklanan melalui blog

Banyak di kalangan pengusaha restoran juga tidak sanggup untuk mengeluarkan bajet untuk membayar review yang dibuat oleh food blogger. Mungkin pada pandangan mereka menghidangkan pelbagai menu untuk di review oleh blogger itu sudah memadai dan dikira sebagai bayaran kepada blogger. Pandangan sebegini perlu dikikis oleh pengusaha restoran.

Mereka perlu sedar, dengan menggunakan medium blog sebagai perantara pengiklanan, banyak kelebihan yang akan mereka perolehi. Yang paling jelas ialah kesan SEO. Jika food blogger pandai bermain dengan SEO, pasti carian pelanggan yang menaip keyword yang menjurus kepada restoran tertentu akan muncul di mukasurat pertama. Ini jelas memberi keuntungan kepada mereka.

Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada blogger mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Ini juga menjadikan pengiklanan dengan menggunakan khidmat blogger adalah antara medium yang paling baik masakini.

Bayangkan jika perkongsian di blog tadi dikongsi di media sosial. Dan perkongsian tadi menjadi viral dengan turut dikongsikan oleh ribuan pengikut. Ini jelas akan menaikkan branding sesebuah restoran ataupun menu makanan yang sedang diiklankan.

Dan yang paling best, artikel di dalam blog tersebut tidak akan dipadam oleh blogger. Jika SEOnya kuat, keyword yang dirancang dan dioptimasikan akan berada di mukasurat pertama selam-lamanya. Untung bukan?

Ilmu Blogging

Ini yang pengusaha restoran perlu nampak. Dan jika mereka nampak akan kesan pengiklanan cara ini, aku rasa mereka tidak akan ragu-ragu untuk mengeluarkan bajet untuk pengiklanan di blog.

Semua ini adalah tugas food blogger untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengusaha restoran. Dan untuk memberi perkhidmatan pengiklanan terbaik, blogger mestilah melengkapkan diri dengan ilmu blogging yang mantap.

Carilah guru yang mahir dalam perkara ini. Alhamdulillah Allah temukan aku dengan Akademi Denaihati. Banyak ilmu blogging yang aku pelajari di sini. Memang tidak menyesal aku mendaftar sebagai pelajar Akdemi Denaihati suatu ketika dahulu. Dan pembelajaran itu masih berjalan sehingga sekarang.

Sesiapa yang rasa ingin memantapkan ilmu blogging dalam diri masing-masing anda boleh dapatkan info di sini:

>> Kelas Belajar Blog MysCreative <<

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • tu la kan.. sbb bg makan tu mmg mereka kena bagi makan utk review menu2 mereka. jd kalau bg makan saja tanpa bayaran maknanya mcm review percuma la juga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ