Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai yang dijadikan kuah Nasi Dagang.

Ya.. Rasanya sedikit lain daripada gulai biasa. Sebabnya gulai lauk Nasi Dagang ni bahan dan cara masaknya berbeza dengan gulai yang biasa tu.

Ikan Aya dikukus terlebih dahulu sebelum digulai. Lama kukusannya. Berjam-jam. Sehingga tulang ikan aya menjadi rapuh.

Kemudian barulah dimasak lagi bersama kuah gulai. Bahan untuk kuah juga istimewa kerana ia ditambah manisan (gula melaka) secukup rasa untuk menjadikan rasanya lebih unik dan enak.

Ikan Aya bersaiz besar lebih sesuai dan enak berbanding dengan yang bersaiz kecil. Ini kerana rasa dan tekstur ikan aya yang besar lebih lazat dan sedikit kenyal.

nampak tak saiz seketul tu.. besar kan?

Lauk ni memang menjadi feveret Abam Hoq. Selain daripada rasanya yang terbaik, ia juga boleh dipadankan dengan 3 menu tradisional. Ia boleh jadi lauk Nasi Dagang, lauk Nasi Kunyit (pulut kuning), dan juga boleh dimakan dengan Nasi Himpit. Semuanya sedap..!

selain sedap dimakan dengan nasi dagang dan nasi himpit, lauk ini sedap juga dimakan bersama nasi pulut kuning

Kalau di Bukit Jelutong ni, Restoran Mak Uda ada sediakan lauk dan menu-menu ni untuk sarapan pagi.

Tengok sajalah saiz ikannya. Besar..! Jarang restoran yang sediakan ikan aya bersaiz besar macam kalau kat Lembah Kelang ni…

Begitulah kisah Gulai Ikan Aya kuah Nasi Dagang. Kalian mesti cuba..!

Baca juga: resepi untuk ibu dalam pantang

Loading

Related Stories

Discover

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

HUAWEI KICKS OFF THE HOLIDAYS WITH ITS BIGGEST YEAR-END...

From 12th until 14th December 2025 enjoy exceptional year-end savings, special first-day deals, and...

JBL BandBox: Amplifier dan pembesar suara berkuasa AI yang...

Dengan teknologi pemisahan vokal dan instrumen AI, BandBox dibina untuk pemuzik KUALA LUMPUR, 03 DISEMBER...

JBL perkenal Siri Bar generasi baharu untuk hiburan yang...

Bawa pulang pengalaman pawagam dengan siri bar bunyi JBL yang paling mengasyikkan dan berprestasi...

HUAWEI nova 14 SERIES AND HUAWEI FREEBUDS 7i NOW...

Experience next-level creativity and sound with the all-new HUAWEI nova 14 Series and HUAWEI...

OMS Energy Technologies Inc. Meterai Kontrak Rakan Kongsi Perkhidmatan...

Meluaskan Kehadiran dan Tawaran Perkhidmatan dalam Pasaran Pertumbuhan Strategik. MALAYSIA, OKTOBER 30, 2025 - OMS...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ