Selamat Ulangtahun Ke 5 Boat Noodle

Nama Boat Noodle dah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Restoran makanan jalanan Thai (Thai Street Food) yang mula dibuka di Malaysia pada tahun 2014 ini terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang selepas itu. 

Kini restoran ini sudah mempunyai 48 cawangan di seluruh Malaysia. Cawangannya yang terbaru adalah Boat Noodle Gardens Mall Mid Valley. Boat Noodle juga merancang untuk membuka cawangannya di i-City dan Kluang Mall dalam bulan Mei tahun ini.

Terima kasih kepada perkembangan dan kepantasan penyampaian maklumat melalui media social dan internet. Kebanyakan pelanggan setia Boat Noodle akan berkongsi pengalaman mereka melalui media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Pada 17 Mac 2019, restoran yang terkenal dengan aktiviti “menyusun mangkuk” (stacking) selepas makan ini telah menyambut ulangtahunnya yang ke 5..! Sambutan telah dibuat di Boat Noodle cawangan terbarunya iaitu cawangan yang terletak di Garden mall.

Ramai press dan penggiat media sosial telah panggil untuk turut menjayakan majlis tersebut. Aku adalah salah seorang yang hadir. 

Dalam majlis tersebut juga Boat Noodle turut mengumumkan bahawa signature noodlenya Ayutthaya 2.0 akan diperkenalkan semula. Ini berikutan permintaan peminat-peminatnya di media sosial selepas ia dibuang daripada senarai menunya selama 9 bulan sebelum ini.

pertandingan makan turut menyerikan majlis

Ayutthya 2.0

Resepi yang telah dipertingkatkan ini disediakan bersama Cendawan Enoki Goreng dan pilihan ayam ataupun Daging Hancur sebagai topping. Setiap mangkuk Ayutthya 2.0 ditambah dengan sesudu bawang putih yang digoreng bersama minyak, potongan Daun Coriander dan secubit cili hancur.

Manakala supnya pula berkrim dan berperisa herba secukup rasa. Ia amat bertepatan dengan selera rakyat Malaysia. campuran bahan-bahan seperti kayu manis yang diadun bersama Santan Kelapa menjadikan rasanya begitu unik. Pendek kata semangkuk memang tak cukup..!

Noodle Master Card

Dalam majlis tersebut, restoran yang terkenal dengan budaya #makanstackrepeat ini turut membuat pengumuman tentang Noodle Master Card.

Ia adalah “loyalty stem card” yang boleh diperolehi di semua restoran Boat Noodle di seluruh Malaysia. Kad ini akan membolehkan pemegangnya mendapatkan cop stem apabila mereka makan, stack dan repeat sehingga 20 Mangkuk dalam satu hidangan.

Big Boss Boat Noodle umumkan pelancaran Noodle Master Card

Apabila banyak stem berjaya dikumpulkan, peminat boleh redeem 5, 10 dan 20 mangkuk di lawatan seterusnya.

Baca juga: goodies birthday

Tahniah Boat Noodle. Moga terus mengorak langkah ke hadapan. Jom makan, stack dan repeat di Boat Noodle.

Baca juga: resepi tauhu bergedil

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ