Tips Macamana Nak Pilih Agensi Travel Terbaik Supaya Tak Tertipu

120 pelancong terkandas di KLIA

terkandas.. ejen agensi travel tak dapat dikesan (kredit: kosmo)

KUALA LUMPUR – Impian kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin dipercayai akibat ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Kesemua mangsa yang tiba dari negeri di utara dan selatan tanah air turut mengalami kerugian lebih RM810,000 selepas dimaklumkan nama mereka tiada nama senarai penumpang untuk pener­bangan ke Turki, Paris serta Santorini.

Selain itu, tiada wakil agensi pelancongan ber­kenaan di lokasi sebalik­nya rata-rata mereka yang menunggu sejak tengah hari telah menerima panggilan pada pukul 9.35 malam daripada agensi itu memaklumkan pe­nerbangan mereka dibatalkan.

kredit: Kosmo Online

Dewasa ini, Kerap pulak kedengaran tentang kes penipuan macam ni kan? Kes-kes macam ni lah yang membuatkan orang ramai semakin susah nak percaya kepada agensi travel yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di luar sana.

Agensi travel terutama yang menawarkan perkhidmatan kembara ke luar negara dikehendaki orang ramai kerana mereka memudahkan proses yang hendak melancong ke luar negara. 

Apa tidaknya, dengan membayar sejumlah wang yang tertentu, kita tidak perlu lagi memikirkan tentang perbelanjaan di sana, pengangkutan, tempat tinggal, ittinerary, urusan imigresen dan lain-lain hal yang berkaitan. 

Bayar sahaja harga yang ditetapkan, dan tunggu masa saja untuk travel. Mudah bukan?

Tips macamana nak pilih agensi travel terbaik supaya tak tertipu

Dalam memilih agen travel untuk keluar negara ni kita kena bijak sikit. Jangan main pilih jer.. Kena cek beberapa perkara dulu.

Berikut adalah ciri-ciri agensi travel yang perlu anda pertimbangkan sebelum membayar mereka sejumlah wang untuk melancong ke luar negara.

1. Agensi Travel yang dipercayai

Dapatkan rujukan daripada rakan atau kenalan yang pernah mengikuti trip kembara yang dianjurkan agensi travel tersebut. Tanya mereka tentang layanan dan ‘input’ yang mereka dapat daripada agensi travel tersebut.

Lihat macamana respons peserta travel selepas balik daripada trip luar negara. Jika banyak pujian daripada mereka, sudah pasti syarikat agensi travel itu bagus. Pasti akan ada seorang dua yang tidak berpuashati dengan syarikat agensi travel setelah mereka mengikuti trip. Itu biasa..!

Tapi kita tengok juga adakah itu ‘kes terpencil’ ataupun kes regular. Jika kes terpencil kita boleh simpan tepi kerana ia hanya mewakili peratusan kecil sahaja daripada respons keseluruhan.

contoh review yang bagus di FB Page oleh pelanggan

Kalau agensi travel tersebut ada media sosial, tengok komen followers mereka. Kalau kat Facebook Page kita boleh tengok bahagian review page tu. Tengok apa komen orang yang pernah pergi dengan mereka.

Tengok juga berapa ramai yang sudah menjadi regular customer dan sudah buat trip ulangan dengan agensi travel tersebut. Jika ramai yang buat trip ulangan, ia memberi maksud bahawa syarikat travel tersebut benar-benar bagus.

2. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

Periksa lesen mereka. Pastikan mereka berdaftar sebagai syarikat yang sah untuk perniagaan pelancongan mereka. Ini boleh memastikan mereka dipercayai.

Agensi Travel yang jujur dan kukuh akan pamerkan lesen mereka

Ini adalah kerana apabila mereka telah berdaftar dengan Kemeterian Pelancongan Malaysia, mereka akan dikawal selia oleh badan kerajaan tersebut. Segala masalah yang timbul, kita boleh mengadu kepada kementerian pelancongan. Mereka sekurang-kurangnya dapat membantu kita menyelaesaikan masalah yang timbul (jika ada).

Lesen ini juga menandakan agensi travel tersebit benar-benar serius dan mempunyai kewangn yang bagus kerana mereka perlu memperbaharui lesen tersebut secara tahunan.

3. Berpengalaman menguruskan pakej pelancongan

Lagi lama pengalaman syarikat tersebut ditubuhkan lagi bagus. Ada sesetengah syarikat agensi travel adalah syarikat baru. Tetapi tuan punya dan staff syarikat tersebut sudah mempunyai pengalaman yang lama. Ini juga boleh diambil kira.

Pengalaman mereka yang lama memberi gambaran tentang keseriusan mereka dalam perniagaan mereka. Lamanya syarikat mereka di pasaran memberi gambaran bahawa syarikat mereka mendapat sokong pelanggan yang ramai. Jika tidak mana mungkin mereka dapat bertahan dalam industri.

4. Tour leader yang bagus layanan dan pengalamannya

Ini juga penting kerana tour leader ni lah orang yang akan sentiasa bersama-sama kita di luar negara nanti. Segala maklumat tentang tempat yang dilawati akan disalurkan kepada kita melalui mereka yang banyak pengalaman. Pengalaman mereka juga akan memudahkan perjalanan kita di sana nanti.

tour leader bukan sahaja perlu ada pengalaman, pengetahuan dan cekap, malah kesabaran menghadapi karenah peserta trip juga amat penting

Kalau tour leader ada ilmu agama pun bagus juga. Boleh la dia bagi tazkirah sedikit sebanyak dalam kembara nanti. 

5. Pilihan airlines, hotel dan makanan yang terbaik.

tempat tidur yang selesa membantu badan kita rehat secukupnya

Tengok juga pilihan penerbangan, hotel dan makanan yang disediakan untuk anda semasa di sana. Jika perkara-perkara ini adalah yang terbaik untuk kita, maka bolehlah pilih agensi travel ini.

Faktor penentuan harga Pakej pelancongan

Ingat..! Jangan putuskan untuk mengikuti trip sesebuah syarikat agensi travel hanya kerana mereka menawarkan harga yang rendah. Satu-satu harga pakej trip ke luar negara diletakkan berpandukan dengan banyak faktor.

Antaranya adalah penerbangan, hotel dan makanan. Ketiga-tiga benda ni agak penting semasa di sana. Jangan kerana harga yang murah, keadaan dalam penrbangan, makan minum dan tidur kita di sana terabai. 

Pilihan penerbangan amat penting. Pilihlah penerbangan yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik dari segenap segi termasuklah rekod keselamatan. Syarikat penerbangan seperti Emirates, Turkish Airline, Qatar Airlines adalah antara penerbangan yang dipercayai dan biasa menjadi pilihan.

Makan dan tidur yang tidak cukup boleh memberi kesan kepada kesihatan kita di sana. Ingat! Kos perubatan di sana amat mahal jika kita mendapat sakit semasa melancong di luar negara.

Insurans, Tips, dan tambang masuk ke satu-satu tempat di sana juga akan membezakan harga sesuatu pakej pelancongan. 

Jadi pastikan anda tahu semua tentang perkara-perkara di atas untuk menjustifikasikan harga yang ditetapkan.

Moga tips ini dapat memberi anda gambaran macamana nak memilih agensi travel terbaik untuk anda melancong ke luar negara.

Note: jika tanya saya agensi travel yang manakah terbaik di Malaysia.. Saya tanpa ragu mencadangkan Flyword Travel

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ