Bosan Dengan Buffet Untuk Berbuka Puasa, Cuba Kelainan di Restoran Grandmama’s

Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur terkenal sebagai tempat untuk shopping barangan yang berjenama. Biasanya untuk hari raya barangan-barangan macam ni lah yang kita nak shopping untuk digayakan di hari raya. So pencariannya kebiasaannya dibuat di bulan puasa.

Bila melibatkan bulan puasa ni, satu benda yang wajib kita kena tahu adalah tempat berbuka puasa. Ya la tengah-tengah shopping nanti tiba pulak waktu berbuka puasa kelam kabut nak cari tempat makan nanti. 

Paling bagus kena cari tempat berbuka puasa kat situ jugak. Sebab kalau nak pergi tempat lain, risau takut tak sempat. Bulan puasa macam ni, petang-petang jalan memang sangat sesak.

So korang tau tak kat mana restoran untuk berbuka puasa yang best kat pavilion ni selain daripada Food Court bawah tu?

Restoran Grandmama’s Pavilion KL

Aku cadangkan korang try Restoran Grandmama’s ni. Dah 3 tahun berturut-turut aku datang sini menikmati menu Ramadhan dia. 

Pada aku restoran ni ada keunikannya yang tersendiri. Menu-menunya pelbagai dan yang paling penting menu melayunya memang terasa kemelayuannya. Tak menghampakan…

Untuk pengetahuan korang, restoran ni tak buat buffet tau. Datang sini korang boleh la cari kelainan sikit. Takkan asyik nak berbuka puasa dengan buffet jer kan..

Tapi sempena Ramadan ni, restoran ni ada menyediakan set menu khas untuk pengunjungnya yang datang untuk berbuka puasa.

Bertemakan “Santapan Bersama”, Ada 4 set daripada set A hingga set D khas untuk korang pilih. Set-set ni adalah mengikut kapasiti berapa orang yang nak makan.

Semasa sesi review tempohari kami sempat menjamu selera dengan set B dan set C.

Set B

Set B

Set B ni khas untuk 4-5 orang makan. Antara menu yang terdapat dalam set B adalah

  • Kerabu Mangga dan Betik Muda 
  • Fish Head Curry Hot Pot 
  • Lamb Shank Gulai Kawah 
  • Crispy Butter Prawns 
  • Ayam Masak Merah ala Kampung 
  • Stir-Fried Mixed Vegetables 
  • Steamed Rice 
  • Kurma Dates 
  • Traditional Kuih 

Harga untuk set B ini ialah RM168 sahaja.

Set C

Set C

Manakala untuk set C pula, ia dikhaskan untuk 6-8 orang. Menu-menu yang diselitkan dalam set C adalah:

  • Kerabu Mangga dan Betik Muda 
  • Seafood Curry Hot Pot 
  • Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal 
  • Sambal Petai Prawns 
  • Ayam Masak Merah ala Kampung 
  • Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce 
  • Braised Egg Beancurd with Minced Meat 
  • Paku with Sambal Belacan 
  • Steamed Rice 
  • Kurma Dates 
  • Traditional Kuih

Harga untuk set ini ialah RM288.00++

Menu Ala-Carte

Selain daripada set-set tadi, korang juga boleh juga order menu ala carte. Manalah tau korang nak tambah lauk ke, ataupun ada antara korang yang tak berapa gemar lauk dalam set tu.

Antara menu ala-carte yang korang boleh pilih ialah

Kerabu Mangga dan Betik Muda RM12.00++ 

Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal RM23.00++ 

Ayam Masak Merah ala Kampung RM29.00++ 

Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce RM29.00++ 

Lamb Shank Gulai Kawah RM39.00++ 

Crispy Butter Prawns RM45.00++ 

Seabass Masak Tempoyak RM78.00++ 

Tapi serius cakap, menu-menu dalam set yang disediakan tu sebenarnya dah cukup kenyang dah korang makan. Tambah dengan air lagi nanti, dengan dessert lagi, confirm perut korang jalan ke depan. Hehehe.

Waktu Promosi

Promosi untuk buka puasa di Restoran Grandmama’s ini bermula dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019 sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Cuma nak bagitau, hanya dua cawangan restoran Grandmama’s sahaja yang menyediakan promosi yang Aku cerita tadi (Set B, Set C dan Ala Carte Dishes – Ayam Masak Merah Ala Kampung, Seabass Masak Tempoyak dan Lamb Shank Gulai Kawah). Cawangan yang dimaksudkan adalah Restoran Grandmama’s cawangan Pavilion KL dan Intermark Mall.

Manakala outlet Restoran Grandmama’s di KLIA dan Genting Highlands hanya menyediakan hidangan Individual Set sahaja.

So untuk korang yang nak cari kelainan untuk menu berbuka puasa korang selain daripada berbuka puasa secara buffet, restoran ni memang aku rekomen. 

Lokasi restoran dan nombor untuk dihubungi:

Grandmama’s Pavilion KL 
Lot 6.01.02, Level 6, 
Pavilion Kuala Lumpur
Tel: 03 – 2143 9333 

Lokasi Outlet Restoran Grandmama’s yang Lain

Grandmama’s Intermark
G-12, The Intermark Mall, 348, Jalan Tun Razak, 50400. Kuala Lumpur

Grandmama’s KLIA
Lot a, Mezzanine Level, South Wing, Satelite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor.

Grandmama’s Genting Highlands
Lot T2-06, Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands, 69000, Pahang.

Media Sosial Restoran Grandmama’s

Untuk update terkini daripada restoran ni, korang boleh follow mereka di social media berikut : 

Laman web :  http://grandmamas.com.my

Facebook :  https://www.facebook.com/grandmamas.com.my

Instagram : https://www.instagram.com/grandmamasmsia

Komen eXplorasa

Recommended..!!! Nampak harga macam agak tinggi tapi dengan set menu yang banyak dan sangat mengenyangkan, harga tersebut memang berbaloi. 

Yang paling penting lauk pauk yang dimasak sedap sangat. Menu-menu ni wajib korang cuba:

Ayam Masak Merah Ala Kampung – menu ni nampak macam biasa tapi bila dah cuba, fuuuh terangkat..! Memang terasa masakan ala kampungnya. Sedap!!!

Seabass Masak Tempoyak – Seabass ni Siakap la orang kita panggil. Biasa kalau masak tempoyak ni kita biasa makan Patin masak Tempoyakkan? Haaa kali ni Restoran Grandmama’s menyediakan kelainan sikit. Pertama kali Aku cuba Siakap masak tempoyak ni. Sedap rupanya..! Dia punya masakan tak terlebih bahan. Tempoyak dia rasa tak rasa jer. Kalau orang yang tak suka durian pun boleh cuba ni.

Lamb Shank Gulai Kawah – menu ni pun terbaik.. Kuahnya yang pekat tu boleh bikin kita lagi syiok.. Kuah ni kalau cicah roti pun best ni..! Kena pulak dengan Lamb Shank yang lembut. Pergghhh terus teringat lagi menu ni..!

Selamat menjamu selera..!

Loading

Related Stories

Discover

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Gunung Kinabalu – Bukan Sekadar Puncak Hendak Ditawan

Gunung Kinabalu, yang terletak di Negeri Sabah, Malaysia bukan sekadar sebuah gunung tetapi ia...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ