Nak Pekena Naan Cheese Best Kat Shah Alam? Cuba Restoran Naan Lounge

Aku ni biasa jugak lepak-lepak kat section 7 kat kedai-kedai sekitar jakel tu. Tapi tak perasan pulak ada satu restoran naan yang best kat situ. Nak kata baru bukak tak baru jugak. Dah 6 bulan dah diorang beroperasi.

Ni tau pun sebab bebaru ni kami sekeluarga mencari kelainan sikit untuk berbuka puasa. Rasa nak makan Naan Cheese. So dengar cerita kat Seksyen 7 ni ada restoran Naan Cheese. So terus la sampai sini.

Restoran Naan Lounge

Haaa aku suka nama ni. Ada kelainan sikit daripada nama-nama yang biasa restoran gunakan. Dengar pun macam eksklusif sikit.

Restoran yang menampilkan menu berkonsepkan resepi asli Pakistan ini terletak di bangunan bahagian belakang sedikit, sederet dengan Old Malaya Kopitiam. Senang jer nak cari sebenarnya. Masuk jer lorong belakang Jakel tu, ataupun lorong sebelah stesen Petronas tu. Terus jer. Then jumpa la restoran ni.

Nak lagi senang Waze or Google Maps jer Naan Lounge. Korang akan dibawa terus ke depan restoran ni.

Masa kitorang pergi itu hari, agak ramai orang yang datang untuk berbuka puasa. Mungkin sebab hari tu restoran ni turut menyajikan Nasi Mandy Kambing kot. 

Kami datang awal. So dapatlah pilih tempat duduk kat dalam.

Menu-menu Restoran Naan Lounge

Antara menu-menu yang dapat korang nikmati kat restoran ialah:

  • Beryani
  • Steam rice
  • Cheese naan
  • plain naan
  • tandoori roti
  • chicken masala
  • lamb keema
  • chicken tandoori
  • dhal tarka
  • alu gobi
  • pakora
  • samosa
  • spring roll
  • kuih kaswi
  • kuih melaka
  • kheer
  • watermelon
  • nuggets
  • chips
  • salad
  • mint sauce
  • sirap
  • lemon mint
  • Teh tarik
  • Teh o
  • kurma

Haaa banyak kan?

Tapi dalam banyak-banyak menu ni, korang patut cuba Naan Cheese dia. Fuuuh antara yang terbaik setakat ni. Memang kaya dengan cheese. Penggemar makanan berasaskan cheese wajib cuba ni. 

Naan Cheese yang kaya dengan cheese, Terbaik!

Lagi satu menu rare kat sini ialah Naan Nutella. Jarang korang boleh jumpa menu ni kat kedai lain.  Menu ni menu tangkap leleh punya..!

Rare..! Nutella Naan…

Malam tu restoran ni ada menyediakan Nasi Mandy Kambing. Memang terbaik menu ni. Kambing dia lembut dan cukup bahan-bahannya. Sedap sungguh!!!

Ramadan Special Buffet

Bersempena dengan Ramadan ini, Restoran Naan Lounge menawarkan pakej buffet, Ramadhan Special Buffet. Ia bertujuan untuk memberikan pelanggan lebih banyak pilihan menu dengan satu bayaran.

Harga Ramadhan Special Buffet:

  • RM44.90 untuk dewasa
  • RM23.00 untuk kanak-kanak

Waktu operasi

Waktu operasi pada hari biasa adalah:

Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad : 11.00 am – 11.30 pm

Jumaat : 2.15 pm – 11.30 pm

Tapi pada bulan Ramadan ini, restoran ini beroperasi dari jam 4.00 pm – 3.00 am. Boleh bersahur sekali kat sini.

Khidmat Katering

Restoran ni juga menerima tempahan katering. Tempahan minima adalah 1000 pax untuk kawasan-kawasan di sekitar negeri Selangor.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi:

03-5882 2910

atau

INSTAGRAM: www.instagram.com/naanlounge
FACEBOOK: www.facebook.com/naanlounge.my

Alamat:
Naan Lounge, 44 Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Waze: Naan Lounge (berdekatan Hospital Shah Alam)

Komen eXplorasa

Dengan adanya Restoran Naan Lounge ni di Shah Alam, orang-orang Shah Alam yang sukakan Naan Cheese ataupun menu-menu berkonsepkan menu Pakistan tak perlu pergi jauh dah. Boleh datang jer ke restoran ni. Gerenti puas hati!

Oh ya.. Restoran ni ada menyediakan kemudahan surau. So korang tak perlu risau kalau datang berbuka puasa kat sini. Boleh solat kat surau yang disediakan.

Baca juga: Restoran 10 gram ayer8 putrajaya

Parkir pun tak ada masalah kat sini. Banyak jer parkir kat sekitar restoran ni. Kalau datang untuk berbuka puasa tak kena bayar pun parkir ni.

So kalau tanya aku kat mana restoran naan cheese best dan sedap lepas ni, memang jawapan aku, Restoran Naan Lounge ni la. Memang recommended…!!!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ