Restoren R&H Cafe (Sate Maharani) Muar Johor

Ahad lepas aku dan team #TeamWork telah menganjurkan satu aktiviti jalan-jalan cari makan ke Bandar Muar Johor. Sebenarnya tujuan utama kami ke sana adalah untuk melawat madrasah An-Nuur untuk melihat bangunan barunya yang sedang dibina. Tujuan lain adalah untuk merasai pengalaman cara rawatan Islam yang merupakan salah satu sunnah nabi iaitu berbekam.

Tempat pertama yang kami singgah pada awal pagi sesampai saja kami di Bandar Muar adalah Restoren R&H Cafe (Sate Maharani). Kami memang merancang untuk sampai di waktu pagi di Bandar Muar supaya sempat kami terjah restoren ataupun tempat makan yang best di Muar. Jika sebelum ini kami menerjah menu negeri Sarawak di Restoren Dapur Sarawak, kali ini menu negeri Johor menjadi sasaran kami.

gambar orang buat sate
Kredit: http://johorkaki.blogspot.com/

Restoren ini dicadangkan oleh Ustaz Noehas, mudir Madrasah An-Nuur yang juga merupakan rakan blogger tuan punya kepada blog noehas.com.

Impressi pertama, restoren ini agak unik. Ini adalah kerana selain daripada ruang makan di di dalam restoren, ada satu lagi ruangan yang disediakan di bahagian belakang restoren. Ruangan ini agak unik kerana ia berkonsepkan taman. Ada pokok-pokok hiasan dan gazebo yang boleh juga digunakan sebagai tempat makan.

Hiasan dinding juga agak unik. Selain daripada gambar-gambar orang kenamaan dan artis yang pernah singgah untuk makan di sini, terdapat juga menu-menu istimewa restoren ini yang digantung sebagai hiasan. Di satu sudut kelihatan sebuah replika motosikal yang digantung.

gambar sultan johor
Sultan Johor juga pernah singgah di sini
(kredit: http://johorkaki.blogspot.com/)

motosikal gantung

Tiba masa untuk memesan makanan untuk saranan. Tiada buku menu yang dihulurkan, Jadi aku tidak dapat memberi gambaran penuh tentang menu yang ada kat sini. Cuma aku sempat melihat kepada menu-menu yang bergantungan. Bukan sahaja hiasannya yang unik, nama-nama menunya juga agak unik. Ada Lontong Champion, Bahtera Kasih Yong Tafu, Tauhu Lentok, Roti Telur Goyang, Sate, Nasi Ambang, Mee Jawa dan lain-lain lagi yang best.

kredit: http://johorkaki.blogspot.com/
kredit: http://johorkaki.blogspot.com/
gambar mee jawa
kredit: http://www.travel.findbulous.info/

Aku seperti biasa akan memilih menu yang berat untuk sarapan. Nasi Ambang menjadi taruhan aku. Anarm memilih Roti Telur Goyang, Eizil dan Eyriqazz memesan Lontong Champion. 3 pinggan sate pelbagai jenis juga dipesan oleh Ustaz Noehas untuk dikongsi.

Nasi Ambang siap dibungkus
Nasi Ambang siap dibungkus
Nasi Ambang
Nasi Ambang

roti telur goyang

gambar lontong restoren R&H Cafe
Lontong Champion

Sate di sini ada pelbagai jenis. Ada sate daging, sate ayam, sate perut lembu dan sate limpa. Yang pasti semuanya sedap. Sate di sini macam juicy sikit. Memang best!. Jangan takut untuk pesan semua jenis sate ini. Ini adalah kerana ia hanya mengira berapa batang sate yang dimakan sahaja. Yang anda tidak makan tidak akan dikenakan apa-apa bayaran.

gambar sate retoren R&H Cafe
Pelbagai jenis sate

Air minuman ada bermacam-macam dan diberi nama dengan nama yang unik juga. Aku memesan Air BumbleBee. Ada Air Asam Boi dan Barli juga di samping air minuman yang lain.

bumblebee
Depan: Air BumbleBee Belakang: Milo dan Air Barli

Memang best makan kat sini. Jika aku berkelapangan untuk ke sini lagi pasti aku akan singgah lagi di restoren ini untuk mencuba menu sarapan yang lain.

Restoren ini memang menjadi tumpuan ramai
Restoren ini memang menjadi tumpuan ramai

Jika anda bertandang ke Muar, restoren ini adalah antara restoren yang anda wajib singgah. Menu-menunya yang pelbagai dan unik pasti membuatkan anda berpuashati. Restoren ini dibuka seawal 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari sahaja.

Medan Selera Bentayan
Medan Selera Bentayan

Untuk mencari restoren ini tidak sukar. Lokasinya bertentangan dengan Medan Selera Bentayan dan Stesen Bas Bandar Muar. Alamatnya adalah seperti berikut:

R&H Cafe (Sate Maharani)
130, Jalan Maharani (bertentangan dengan stesen bas dan Medan Selera Bentayan)
Google Map: http://bit.ly/1p7N6v7

Loading

Related Stories

Discover

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak: KOSPET Lancar...

Jam Tangan Pintar TANK T4 dan TANK M4 - GNSS Dwi-Jalur, Mod Selam dan...

Professor Lin Xiang Xiong Hosts Landmark Art Exhibition and...

Landmark Art Exhibition and Peace Prize Ceremony - “The Vicissitudes of Life” Celebrates the...

THE NEW JBL SENSE LITE – Be Open Minded,...

BL redefines everyday listening with Open Ear innovation for comfort, safety, and immersive sound....

Amazfit Lancar Jam Tangan Pintar T-Rex 3 Pro, Menampilkan...

T-Rex 3 Pro - Dicipta untuk atlet lasak, tersedia dalam dua saiz dan menambah...

CREATE, WORK, AND CONNECT WITH THE ALL-NEW HUAWEI MATEPAD...

Now available in Malaysia, the tablet combines a stunning PaperMatte Display, powerful performance, and...

LAST CHANCE TO PRE-ORDER THE HUAWEI MATEPAD 11.5 PAPERMATTE...

Pre-Order The Huawei Matepad 11.5 Papermatte 2025 - Experience a glare-free PaperMatte Display built...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ