
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di KL kini sudah banyak restoran yang menyajikan masakan tradisi negeri-negeri tertentu. Jika Restoran Mak Uda di TTDI Jaya menyajikan masakan tradisi negeri Terengganu, Restoran Dapur Sarawak yang terletak di jalan Sarikei off Jalan Pahang KL pula menyajikan menu-menu yang berasal dari Negeri Bumi Kenyalang sarawak. Segalanya bermula apabila sifu Food blogger melayu popular Hazman Fadzil mempelawa geng #TeamWork untuk makan tengahari di sini.
Turut hadir bersama adalah sifu WordPress kami tuan punya blog Rencah Kehidupan Seharian. Sifu Yop Man bukan saja memperkenalkan restoran ini malah turut belanja kami sekali. Terima kasih sifu.

Seperti yang dijanjikan kami sampai sekitar jam 12 tengahari. Parkir di sekitar restoran ini agak sukar untuk diperolehi kerana sudah dipenuhi dengan kereta orang yang datang untuk menjamu selera. Sesetengah syarikat waktu makan tengahari adalah bermula pukul 12 tengahari.
Satu lagi faktor yang menjadikan kawasan ini agak sesak adalah kerana ia terletak berhampiran dengan Hospital Tawakkal. Pengunjung hospital juga menggunakan parkir di sini. Aku sendiri hanya menumpang parkir (double park) di depan restoran ini.
Ini adalah pertama kali aku merasa masakan negeri Sarawak. Sebelum ini aku hanya mendengar nama menunya sahaja. Jadi untuk hidangan tengahari itu aku meminta pandangan daripada Bro Hazman. Beliau mencadangkan aku mencuba Mee Kolok Special dahulu sebagai pengenalan aku kepada menu makanan negeri Sarawak. Eizil pula memesan Mee Jawa manakala Hazman sendiri memesan nasi putih dengan Manok atau Ayam Panggang Sarawak.


Rasa Mee Kolok Sarawak memang mengancam. Ia menggunakan mee yang halus seperti meehun. Ia adalah yee mee sebenarnya. Kuahnya pula di campur dengan taugeh. Ia bertambah sedap apabila dicampurkan cili kisar yang disertakan sekali dalam set hidangan tersebut.

Sempat juga aku merasa secubit ayam yang dipesan Hazman. Pun sedap juga. Lain kali jika bertandang lagi ke sini mungkin aku boleh mencuba menu tersebut pula.

Harga menu-menu di sini amat berpatutan. Dan menurut Bro Hazman yang telah beberapa kali bertandang ke sini, semua menu-menu di sini patut dicuba. Malah beliau pernah membuat entri review untuk restoran ini sebelum ini.

Jadi sesiapa yang ingin mencuba resipi Negeri Sarawak, restoran ini memang patut anda terjah. Rasanya memang rasa asli negeri Sarawak disamping harganya yang berpatutan.
Nota kaki: Mee Kolok di restoran ini adalah Mee Kolok yang paling sedap di sekitar KL menurut penggemar menu negeri Sarawak
Yeeahhh….thanks sebab teman gua makan aritu…. ada rezeki kita arrange JJCM lagi yea….roti naan cheese maybe…
hazman aka species1980 recently posted…Hazman vs Food – Kuriya Japanese Restaurant Bangsar Shopping Centre
wokey.. jommm
Bestnya dapat makan Mee Kolok… Dah lama betul tak Keman Mee Kolok ni.. Rindu pula rasanya…
Anuar recently posted…WW : Apabila Baby Naila pakai Gaun Colour Pink
pegi la ke restoren dapur sarawak ni.. blh lepaskan rindu mee kolok
sedpnye tngk miloooo….
Saya Disini recently posted…Resepi Tomyam ACONG
milo jugak yg bro berkenan…
rindunya nak makan mi kolok…… kalau di serawak… pagi tengahari petang malam mi kolok
shah recently posted…Hidangan tengahari. Kacang
best jugak kan mee kolok ni.. sy 1st time makan tuuu
Huhu…bila lah nak try mee kolok ni sekali ekk..tergugat juga nafsu makan ni..hehe
Hafizul recently posted…Dowload Panduan Exam Penolong Pegawai Arkib Gred S27
boleh la bro try sekali kat sini nnti
macam sedap aje nasi die tu haha
Farid Laham recently posted…Lelaki Malas Jaga Muka?
macam best, macam menarik, macam nak kena terjahlah nanti…
Denaihati recently posted…Ketahuilah Betapa Hebatnya Kuasa Doa
Tak pernah lagi rasa milo tabur macam tu..boleh try nanti ni..
Hairul Azni recently posted…Selamat Hari Istimewa, Buat Mak
try ler.. best wooo
dah lama betul tak makan mee kolok ni wehh..
titan recently posted…Teknik Kurus dengan Diet Atkins
mee jawa pun ada juga ya dekat restoran sarawak
onlajer recently posted…Cara Melatih Nafas Menjadi Panjang Untuk membaca Al-Qur’an
ada.. maybe sbb sarawak dan jawa tak jauh lokasinya.. hahaha
SEdap gila nya nampak semua makanannn…. jeless.. perut pun bunyi tengok makanan tengah2 malam ni… huhu
Nadot recently posted…BBQ Musim Bunga di Holyrood Park
heheheh.. lenkali jgn baca tgh2 malam
bg alamat
alamat penuh saya tak pasti. lupa lak nak ambik hr tu. tp lokasinya sebelah hospital tawakkal kat jalan pahang tu. mmg betul2 sebelah.