Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Biasanya jika satu tempat makan yang menjadi payung kepada banyak gerai atau restoren dibawah naungannya kita namakan sebagai food court. Tetapi tahukah anda ada satu lagi tempat makan yang berkonsepkan payung sebegitu tetapi gerai atau restoren yang mengambil bahagian adalah lebih eksklusif dan terpilih dengan niche makanan yang tertentu. Ia dipanggil Food Atrium. Di sini tidak dibenarkan dua restoren menyediakan menu yang sama. Setiap restoren yang mengambil bahagian di sini mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.
Food Republic nama diberi. Dan Aku telah dijemput membuat review untuk Food Atrium ini bersama-sama dengan beberapa orang top food blogger melayu yang lain. Sebanyak empat restoren di situ telah mempersembahkan menu masing-masing untuk di review oleh blogger yang hadir. Ia melibatkan sebanyak 14 menu termasuk menu minuman.
Restoren ataupun food atrium ini terletak di dalam kompleks membeli belah One Utama new wing. Ia terletak di tingkat 3 berdekatan dengan Burger King. Restoren ini jika dilihat daripada luar kelihatan kecil sahaja ruangan tempat makannya. Di bahagian tengah terletak deretan restoren yang mengambil bahagian. Di sebelah kiri dan kanan pula ada disediakan meja makan untuk pelanggan makan di situ.
Dalam hati terdetik, “tak ada lah besar sangat food atrium ini”.. Jadi aku sangkakan review makanan ini dilakukan di ruangan yang agak padat tersebut. Tetapi telahan ku kurang tepat apabila aku dibawa ke bahagian belakang restoren dan dibawa ke ruangan tambahan di belakang sana. Yang menariknya hendak ke bahagian tersebut kita mesti melalui sebuah jambatan. Memang takjub seketika. Tak tahu pula aku yang kat sini ada jambatan sebegitu rupa.
Jom kita tengok apa menu-menu yang dipersembahkan:
Shokuji Bento House (Japanese cuisine)
Teriyaki Chicken Set RM12.80
Salmon Bento set RM16.90
Mango Salad/Kerabu RM6.90
Mango sticky rice RM6.90
Pad Thai RM9.50
Red Ruby RM5
Ayam Penyet Indo Cuisine
Set Ayam Penyet RM10.80
Udang petai berlado RM11.80
Sup Ekor RM11.90
Sotong Penyet RM11.80
Western Cuisine
Spaghetti skillet salmon RM19.90
Grilled Chicken sausage RM14.90
Dessert- Ice Floss- RM7.80 each
Selain daripada harganya yang berpatutan, rasanya yang sedap dan pilihan makanan yang berbagai, tempat makannya yang terasing (bahagian belakang) daripada restoren lain menjadikan restoren ini agak istimewa daripada yang lain. Ia adalah restoren yang wajib anda singgah dan antara tempat makan paling best di Bandar Utama.
Oh ada Jambatan ya kat dalam? Biasa lalu je, tak pernah singgah. Lepas ni kena try, sedap2 makanan..
Nurul recently posted…Char Kuey Teow Terlajak Special
ya ada.. sy pun tak perasan sebelum ke situ..