Cuti sempena Hari Deepavali baru-baru ini, kami sekeluarga memang tak ada perancangan yang khusus untuk sebarang aktiviti. Namun pada pagi itu kami memang bersiap awal untuk bersarapan pagi di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 13.
Agak pelik jugak kerana isteri aku siap menyediakan baju sejuk untuk anak-anak. Sangka ku mesti nanti diorang nak ajak tengok wayang ni. Jadi aku bersiap seadanya saja untuk keluar makan.
seusai sarapan, aku bertanya: “Nak pergi mana lepas ni?”
“Cameron Highland!!!” Balas isteri ku. Pendek saja balasannya.
“Serius ke?” Tanya ku semula.
“Serius la…! Ni semua dah setuju..” ujar isteri ku.
Selepas itu, kereta ku meluncur laju menuju ke destinasi. Cameron Highland. Trip balik hari. Cameron Highland… Mu tunggu kami datang…!
Kami naik ke sana ikut Jalan Tapah. Lebih Kurang 3 jam setengah kami sampai di Lata Iskandar. yang terletak di tepi jalan raya untuk ke puncak Tanah Tinggi Cameron. Kami berhenti sebentar. Lama sudah tak menikmati udara nyaman air terjun. Sempat la Iqbal mengutip batu-batu di kaki air terjun untuk hiasan aquariumnya sambil Iffah dan Ifza bermain-main dengan air yang sejuk dan nyaman.



Sempat la lepak lebih kurang setengah jam di kaki air terjun Lata Iskandar ni. Kami kemudiannya singgah di gerai kraftangan di tepi kiri dan kanan jalan untuk melihat barangan yang dipamer sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.




sesampai sahaja di Tanah Rata hujan mula membasahi bumi. Berselangseli. Kejap renyai dan kejap lebat.
“Cameron Highland menangis menyambut kedatangan kita” gurau aku kepada anak-anak.
Niat untuk menikmati teh panas sambil berteduh menunggu hujan reda terbantut apabila ladang teh ditutup sempena hari Deepavali. Bee Farm yang terletak di pertengahan jalan menuju ke ladang teh tu juga ditutup.
Kami keluar semula dan mencari ladang teh yang lain. Sampai di Ladang Teh Boh Cameron Highland hujan masih lagi belum berhenti. Ramai Bikers yang menumpang berteduh di gerai berhampiran pintu masuk menjadikan susasana di situ agak meriah.
Sangka ku bolehlah minum teh panas di situ kerana ladang teh yang ni di buka untuk orang ramai memandangkan suasana yang agak meriah di situ.Rupanya aku tersilap lagi. Ladang teh di sini juga tutup. Orang ramai lepak di sini adalah terdiri daripada bikers yang menumpang berteduh dari hujan.
Tapi kami berhenti juga di sini untuk menikmati pemandangan ladang teh yang cantik. Sempatlah bergambar sekeping dua.

Kami teruskan lagi perjalanan ke puncak. Di pertengahan jalan ternampak papan tanda ladang strawberry di sebelah kanan. Lantas tangan pantas memutar stering ke arah ladang tersebut.

Terdapat beberapa ladang strawberry yang membenarkan pelawat memetik sendiri buah tersebut. Kami memilih Ladang Strawberry Opah. Seronok anak-anak dapat memetik sendiri starwberry yang sedang masak merah.




Strawberry tersebut kami makan di tempat itu juga. Tempat ini menyediakan tempat untuk berehat ala cafe untuk makan hasil kutipan strawberry dan juga makanan lain yang disediakan di situ. Menikmati strawberry dimakan bersama Coklat panas memang terbaik. Best sangat!


Kawasan ladang strawberry ini amat sesuai bagi pelawat untuk berehat sejenak sebelum meneruskan lagi perjalanan ke puncak Cameron Highland. Di sini terdapat surau yang selesa untuk bersolat.
Hari beransur senja. Kami beredar dari ladang strawberry Opah lebih kurang pukul 5.30. Persinggahan seterusnya adalah Pasar Malam. Hajat untuk berjalan sambil membeli di pasar malam tersebut memang terbatas dek hujan yang agak lebat. Sempat pusing-pusing sekali lalu je. Selesai membeli sovenir dan makananan untuk mengisi perut kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur.


Jagung Bakar, Jagung Rebus, Cendawan Goreng dan makanan lain yang dibeli tadi kami habiskan di dalam kereta sambil bergerak pulang. Kali ini kami menggunakan Jalan Simpang Pulai memandangkan jalan ke Tapah agak berbahaya kerana jalannya yang sempit dan licin dek kerana hujan lebat.


Agak penat juga trip kali ni kerana ia adalah trip balik hari. Namun seronok dan puas hati la untuk trip yang dirancang secara spontan. Yang paling penting anak-anak gembira dan cuti terisi dengan aktiviti yang sihat.
ambik gambar dgn menggunakan ninetolgy aku ni "not bad" jugak kalau cahaya ok.. kalau malam fail la. Tak gitu Hisyamudin Fadzil
menarik ni kalau spontan. Dah lama rasanya aku tak ke Cameron Highlands.. kalau genting highlands dah selalu sangat.. hehehee
KiD recently posted…Minyak Shell Percuma dengan Bonuslink
hahahaha… genting ek..? hahahaha
dah berbelas2 tahun tak ke Cameron Highlands. Seronok juga ye kalau dapat bawak family jalan ke sana. Strawberi tu pun nampak menggiurkan. Hehe. Kalau orang Jepun diorang suka makan strawberi cecah dengan susu pekat. 😀
Oja Samid recently posted…Cara Hilangkan Parut Jerawat
fuuuh lama tu oja samid tak pergi ke sana. semua dah berubah agaknya
Bestnyer….. seronok tengok anak2 Sohoque..enjoy… hidup ini singkat.. kena bahagiakan yang tercinta… kan…
ya lorrr.. all the while asyik kerja aje.. banyak mana je masa diperuntukkan untuk anak-anak
Terbaik..mmg klu spontan lg seronok..sbb ikut rasa hati je nk pegi mane..mmg best..nice review..bole buat guide ni bile pegi cameron nnt..
terima kasih kerana sudi singgah ya.. 😉
pehh..leh tahan gak mahalnya jagung tu yek.
titan recently posted…Cara nak pilih nama untuk buat Name Tag baru. Kenapa ramai yang salah buat selama ini?