Sign in / Join
teh plantation

Cameron Highland Menangis Menyambut Ketibaan Kami

Cuti sempena Hari Deepavali baru-baru ini, kami sekeluarga memang tak ada perancangan yang khusus untuk sebarang aktiviti. Namun pada pagi itu kami memang bersiap awal untuk bersarapan pagi di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang Seksyen 13.

Agak pelik jugak kerana isteri aku siap menyediakan baju sejuk untuk anak-anak. Sangka ku mesti nanti diorang nak ajak tengok wayang ni. Jadi aku bersiap seadanya saja untuk keluar makan.

seusai sarapan, aku bertanya: “Nak pergi mana lepas ni?”

“Cameron Highland!!!” Balas isteri ku. Pendek saja balasannya.

“Serius ke?” Tanya ku semula.

“Serius la…! Ni semua dah setuju..” ujar isteri ku.

Selepas itu, kereta ku meluncur laju menuju ke destinasi. Cameron Highland. Trip balik hari. Cameron Highland… Mu tunggu kami datang…!

Kami naik ke sana ikut Jalan Tapah. Lebih Kurang 3 jam setengah kami sampai di Lata Iskandar. yang terletak di tepi jalan raya untuk ke puncak Tanah Tinggi Cameron. Kami berhenti sebentar. Lama sudah tak menikmati udara nyaman air terjun. Sempat la Iqbal mengutip batu-batu di kaki air terjun untuk hiasan aquariumnya sambil Iffah dan Ifza bermain-main dengan air yang sejuk dan nyaman.

waterfall

air terjun lata iskandar

persekitaran yang sungguh nyaman

persekitaran yang sungguh nyaman

air jernih

airnya sangat jernih

Sempat la lepak lebih kurang setengah jam di kaki air terjun Lata Iskandar ni. Kami kemudiannya singgah di gerai kraftangan di tepi kiri dan kanan jalan untuk melihat barangan yang dipamer sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highland.

kraftangan

gerai kraftangan di tepi jalan di Lata Iskandar

souvenirs

kraftangan berasaskan rotan

herba

Hasil hutan – Tongkat Ali ada dijual di sini

lotus

pertama kali memakan biji Bunga Teratai yang turut dijual di sini

sesampai sahaja di Tanah Rata hujan mula membasahi bumi. Berselangseli. Kejap renyai dan kejap lebat.

“Cameron Highland menangis menyambut kedatangan kita” gurau aku kepada anak-anak.

Niat untuk menikmati teh panas sambil berteduh menunggu hujan reda terbantut apabila ladang teh ditutup sempena hari Deepavali. Bee Farm yang terletak di pertengahan jalan menuju ke ladang teh tu juga ditutup.

Kami keluar semula dan mencari ladang teh yang lain. Sampai di Ladang Teh Boh Cameron Highland hujan masih lagi belum berhenti. Ramai Bikers yang menumpang berteduh di gerai berhampiran pintu masuk menjadikan susasana di situ agak meriah.

Sangka ku bolehlah minum teh panas di situ kerana ladang teh yang ni di buka untuk orang ramai memandangkan suasana yang agak meriah di situ.Rupanya aku tersilap lagi. Ladang teh di sini juga tutup. Orang ramai lepak di sini adalah terdiri daripada bikers yang menumpang berteduh dari hujan.

Tapi kami berhenti juga di sini untuk menikmati pemandangan ladang teh yang cantik. Sempatlah bergambar sekeping dua.

teh plantation

ladang teh cameron highland

Kami teruskan lagi perjalanan ke puncak. Di pertengahan jalan ternampak papan tanda ladang strawberry di sebelah kanan. Lantas tangan pantas memutar stering ke arah ladang tersebut.

kebun strawberri

Ladang Strawberry Opah

Terdapat beberapa ladang strawberry yang membenarkan pelawat memetik sendiri buah tersebut. Kami memilih Ladang Strawberry Opah. Seronok anak-anak dapat memetik sendiri starwberry yang sedang masak merah.

Ladang Strawberry

Ladang Strawberry

ifza

Ifza pun dah pandai petik strawberri

petik buah strawberry

Seronok Iffah dapat petik sendiri buah strawberry

strawberri

menunggu untuk dipetik

Strawberry tersebut kami makan di tempat itu juga. Tempat ini menyediakan tempat untuk berehat ala cafe untuk makan hasil kutipan strawberry dan juga makanan lain yang disediakan di situ. Menikmati strawberry dimakan bersama Coklat panas memang terbaik. Best sangat!

cafe ladang strawberry

Cafe untuk berehat sambil alas perut

buah anggur

cafe beratapkan naungan pokok anggur

Kawasan ladang strawberry ini amat sesuai bagi pelawat untuk berehat sejenak sebelum meneruskan lagi perjalanan ke puncak Cameron Highland. Di sini terdapat surau yang selesa untuk bersolat.

Hari beransur senja. Kami beredar dari ladang strawberry Opah lebih kurang pukul 5.30. Persinggahan seterusnya adalah Pasar Malam. Hajat untuk berjalan sambil membeli di pasar malam tersebut memang terbatas dek hujan yang agak lebat. Sempat pusing-pusing sekali lalu je. Selesai membeli sovenir dan makananan untuk mengisi perut kami pun bertolak pulang ke Kuala Lumpur.

pasar malam brinchang

suasana hujan di pasar malam Cameron Highland

gerai jagung

Memang best rasa jagung-jagung di sini. Lemak manis

Jagung Bakar, Jagung Rebus, Cendawan Goreng dan makanan lain yang dibeli tadi kami habiskan di dalam kereta sambil bergerak pulang. Kali ini kami menggunakan Jalan Simpang Pulai memandangkan jalan ke Tapah agak berbahaya kerana jalannya yang sempit dan licin dek kerana hujan lebat.

grilled corn

jagung bakar kesukaan aku

fried mushroom

Cendawan Goreng

Agak penat juga trip kali ni kerana ia adalah trip balik hari. Namun seronok dan puas hati la untuk trip yang dirancang secara spontan. Yang paling penting anak-anak gembira dan cuti terisi dengan aktiviti yang sihat.


3,618 total views, 2 views today

11 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: