Lukisan Hidup Di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam

19
2638

Banyak lagi rupanya tempat – tempat menarik dan restoren – restoren best serta sedap di Shah Alam. eXplorasa je yang belum sempat explore

Baru-baru ini kami sempat singgah di Seksyen 7 Shah Alam. Ada satu tempat yang unik di situ. Lokasinya tak jauh daripada pasaraya pakaian Jakel. Lebih tepat, ia terletak di belakang bangunan lot-lot kedai yang menjual pakaian muslimah seperti Pearl Haya dan sebagainya.

Tingkap
Tingkap

Tempat ini dinamakan Laman Seni. Ia lebih kurang sama konsepnya dengan yang terdapat di Kampung Cina Kuala Terengganu yang pernah eXplorasa ceritakan dulu. Di sini lukisan hidup ataupun lukisan 3D dilakarkan di dinding untuk tatapan pelawat.

Perang Dunia ke 2
Perang Dunia ke 2

Jika dilihat secara live tak ada la nampak hidup sangat. Tapi bila grafiti-grafiti tersebut diadaptasikan di dalam foto, memang ia nampak seperti hidup. Ia seperti berhubung dengan model yang bergaya mengikut temanya.

Vandalisme
Vandalisme

Memang kreatif hasil seni yang dilakarkan di dinding-dinding bangunan di sini. Ia sekaligus menjadikan kawasan di situ indah dan meriah dengan pelawat yang datang untuk bergambar.

Masa kami ke sini pada hari tersebut, ia memang agak meriah dengan pelajar-pelajar UiTM yang baru menamatkan pengajian di universiti itu. Dengan jubah majlis konvokesyen, mereka ke situ untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.

tandas
Toilet

Bagus juga idea ini. Selalunya kita lihat pelajar yang sedang menyertai pesta konvokesyen akan bergambar di padang, perpustakaan, taman dan sebagainya. Pelajar UiTM seksyen 7 ini beruntung kerana mereka boleh membuat sedikit kelainan dengan bergambar bersama lukisan hidup di sini.

Kami sempat bergambar bersama hampir kesemua lukisan 3D tersebut. Anak-anak aku memang pandai bergaya mengikut tema lukisan. Semua gaya adalah hasil idea mereka. Aku hanya mengambil gambar.

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

Tangan Hantu
Tangan Hantu

Apabila gambar dimasukkan ke dalam pendrive dan dilihat menerusi skrin komputer, memang ternyata hasilnya amat memuaskan hati. Unik dan cantik!

Tempat ini boleh menjadi tarikan kepada pelawat-pelawat yang bertandang ke sini. Kawasan sekitarnya juga banyak tarikan lain seperti restoran-restoran yang sedap dan best untuk dicuba seperti Restoran Burger Bakar Abang Burn dan lain-lain lagi.

Klik untuk pilihan hotel-hotel Shah Alam

Mandi
Mandi

Jika anda ingin menikmati lukisan 3D yang nampak seakan hidup, anda bolehlah melapangkan masa dan datang ke sini membawa keluarga untuk bersantai.

Anda boleh datang di waktu petang. Habiskan masa dengan bergambar di sini. Apabila tiba malam hari, anda bolehlah ke kawsan sekitar untuk mencuba menu-menu menarik di restoran-restoran pilihan anda di sekitar kawasan tersebut.

Frame
Frame

Laman Seni, satu lagi tempat menarik yang harus anda lawati di Shah Alam Selangor.

Di bawah adalah gambar-gambar yang kami sempat ambil:


Loading

19 COMMENTS

Leave a Reply to Ikhwan Fahmi Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge