Kembara #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS ke New Zealand – Day 3 | Whakapapa Village – Mt Ruapehu – The Base

2
1549

Hurmmm.. Dah masuk hari ke 4. Kejap jer rasa.

Hari ni rileks jer. Tak banyak ittenarary. Pergi Whakapapa Skifield di Mt Ruapehu dan singgah di Whakappa Village jer. Lepas tu terus bertolak balik ke Auckland melalui Hamilton. Maknanya kali ni kami tak ikut jalan yang kami datang ke Taupo semalam.

Courtney Motel Taupo, tempat penginapan satu malam di Taupo

Sebabnya Whakapapa village dan mount Ruapehu tu terletak di sebelah sana. So lebih dekat untuk terus melalui Hamilton daripada berpatah balik untuk menggunakan jalan semalam.

Pukul 9.00 pagi kami dah siap semua. Dah siap bersarapan dan tapau makanan untuk makan dalam kereta nanti. Sebabnya kami tak tau kat mana kami akan berhenti makan tengahari nanti. So dengan tapau sandwich dan buah epal ni sekurang-kurangnya dapat la buat alas perut kalau ia berdendang lagu keroncong nanti.

Aku ok jer. Kalau dah perut lapar semua aku sebat. Hahaha. Janji kenyang…!

Mengikut perancangan kami akan berkonvoi dengan En Suhaimi Ikhlas Tours untuk ke Whakapapa. Sementara menunggu diorang ready, sempat la kami bergambar depan Tasik Taupo. Signboard #ilovetaupo tu unik, membantu menyerlahkan gambar kat situ.

Bertolak ke Whakapapa

9.30 pagi. Semua dah ready. Kami terus membontoti Estima yang dipandu oleh En Suhaimi menuju ke destinasi pertama, Whakapapa Village. Mendaki Ke atas lagi (dengan Estima) ada skiing based. Kat area sinilah pengembaraan frodo berakhir dalam movie lord of the ring apabila dia berjaya mencampakkan cincin sauron ke lembah Mount of Doom.

Kiranya lengkaplah sudah pengembaraan aku untuk melihat sebahagian besar lokasi pengambaran lord of the ring dan the hobbits. Terpaku sejenak aku merenung ke luar jendela estima sambil membayangkan adegan frodo dengan segala beban mental menggagahkan dirinya untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawabnya sebagai the choosen one utk memusnahkan cincin sauron sekaligus menamatkan percubaan sauron untuk kembali berkuasa di Middle Earth.

Cuma sedikit kecewa kerana kami tidak dapat keluar lama-lama daripada Estima kerana cuaca masa tu hujan salji. Mengikut catatan daripada alat penyukat suhu, suhu masa adalah 0 darjah celcius.

So kami hanya berhenti di luar skiing based Mt Ruapehu untuk menikmati salji. Memang aku keluar sekejap jer untuk bergambar. Lepas tu terus bergegas masuk ke perut Estima semula meninggalkan diorang tu bermain salji kat luar.

Takper lah. Bagi peluang kat diorang main salji puas-puas, getus hati aku. Aku pun dah 2 kali bermain salji sebelum ini. Pertama kali aku mengecapi pengalaman bermain dengan salji yang memutih adalah di Gunung Titlis, Switzerland. Kali kedua dapat rezeki merasa salji sewaktu di Balkan.

Bukannya apa, kat luar tu apa pun aku tak boleh buat. Dah la basah dan sejuk. Pemandangan pun agak terhad. Kamera aku pun aku takut nak keluarkan. Takut basah kuyup pulak nanti. Baru beli wooo. Belajar teknik fotografi pun belum khatam lagi.

Hurrmmm.. sekejap pun aku rasa setengah jugak kami kat situ sebelum bergerak turun. Di pertengahan jalan kami berhenti di Pusat Maklumat (Info Centre) kat Whakapapa Village tu.

Sempat la aku grab beberapa brochures dan pamplets untuk rujukan entri aku dan sebagai panduan untuk trip kedua nanti. InsyaAllah.. memang aku nak datang lagi jika diberi kesempatan masa dan wang ringgit.

Arca dalam Info Center

Kat situ jugak ada toilet dan kedai souvenirs. Banyak jugak barangan menarik untuk dibawa balik. Daripada snow cap hinggalah ke snow jacket. Cantik-cantik semuanya. Aku tak beli dah souvenir kat situ walaupun berkenan giller dengan snow cap kat situ. Sebabnya aku dah sambar satu snow cap kat Agrodome Fram tempohari. Buat apa beli snow cap banyak-banyak. Kat Malaysia nanti bukan ada salji pun. Hahaha..

Singgah The Base

Selesai semua, kami mula bertolak ke Auckland. Shehan drive. Jalan ke Auckland melalui Hamilton ni agak bengkang bengkok. Berliku juga perjalanan. Cuma aku tak terasa adventure ni sebab selamat melelapkan mata. Hahaha.

Terjaga pun apabila kami berhenti untuk buang air sebelum sampai Hamilton. Selesai semua urusan kami sambung kembali perjalanan ke Auckland. Kali ni stering Estima bertukar tangan. Giliran aku pulak pandu.

Haaa dah tiba masa perut diisi. Lagu keroncong sudah dimainkan. Semua dah mengadu lapar. Apa lagi. Sandwich dikeluarkan. 3 keping sandwich sardin double aku habiskan. Barulah lega perut. Lepas alas pulak dengan sebiji epal rangup… Fuuuh sedap..!

Rancangan kami nak berhenti di masjid Hamilton apabila sampai di sana terpaksa dibatalkan akibat semua dah mengadu lapar. Kami terus menuju ke satu kawasan membeli belah, The Base. Kat situ ada restoran Nandos.

Late lunch kami ditaja oleh En Suhaimi Ikhlas Tours

3 jam 20 minit daripada Whakapapa Village ke The Base Hamilton termasuk berhenti untuk buang air tadi.

Oh ya. Kat New Zealand ni restoran Nandos kebanyakannya adalah halal. Terima kasih En Suhaimi kerana sudi belanja kami makan tengahari. Kenyang perut kami. Hehehe.

Selesai makan kami dan En Suhaimi berpecah. En Suhaimi balik dahulu. Kami masih di situ untuk melihat kedai-kedai sekitar situ kot-kot ada barangan souvenirs yang berbaloi dibawa pulang.

Aku tak beli apa-apa pun. Bajet terhad. Hahaha. Tengok Ben jer borong baju untuk anak-anak.

Balik ke Auckland

Daripada The Base kami terus menuju ke Auckland. Tak der singgah mana-mana lagi dah. Sebabnya target nak sampai auckland sebelum pukul 7 malam. Kalau lewat, pejabat motel tempat kami bakal menginap nanti dah tutup. Ini akan menyulitkan urusan untuk check in dan sebagainya.

Dalam 2 jam perjalanan, kami sampai di Auckland. Jalan dah mula jem. Mungkin sebab masa tu waktu orang balik kerja.

Avondale Motor Park

Selesai urusan check in di pejabat motel, kami terus ke rumah kami. Penginapan kami pada malam ini adalah Avondale Motorpark Motel. Kat sini ada bermacam jenis penginapan. Ada flat, cabin, standard cabin, khemah dan sebagainya.

penginapan jenis cabin

Tempat untuk pelancong parkir caravan juga ada disediakan di sini.

Selesai angkut barang masuk cabin, kami berehat lepak-lepak sambil menghabiskan stok maggi dan Brahims.

Hurmmm.. esok last day dah.. Huwaaa…!

Loading

2 COMMENTS

Leave a Reply to sohoque Cancel reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge