Bermula daripada kelmarin, hashtag #DTopSecret mula kelihatan di media sosial seperti FB, Instagram dan Twitter. Hashtag ini mula menjadi viral sedikit demi sedikit apabila ada rakan-rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari yang menaikkan status berhashtag tersebut mula membuat sharing status-status tersebut di media sosial masing-masing.
Hashtag misteri #DtopSecret
Apa benda #DtopSecret ni? Hahaha… Saya pun tak tahu sebenarnya. Domino’s memang menutup mulut tentang rahsia hashtag ini sehingga tarikh 16 Oktober 2015. Pada tarikh tersebut barulah semua akan dapat mengetahui apakah maksud hashtag tersebut.

Cuma sementara tarikh tersebut menjelma, kami blogger-bogger yang terlibat di dalam kempen ini diberi tugasan untuk mewar-warkan tentang hashtag yang penuh misteri ini. Caranya ialah dengan menyebarkan maklumat menerusi media sosial dan blog kami.
Tempahan secara di talian (online)
Bersempena kempen hashtag misteri ini juga, Domino’s Pizza telah melancarkan laman sesawang barunya. Dengan susun atur yang lebih kemas dan menarik, diharap laman sesawang ini dapat membantu menyenangkan pelanggan dalam membuat tempahan secara online.
Supaya orang ramai dapat merasai sendiri pengalaman menempah pizza dominos secara online, pihak Domino’s Pizza telah menawarkan kupon diskaun dengan kod: AD62.
Sebarang tempahan pizza Domino’s secara online dan menggunakan kupon diskaun ini akan melayakkan mereka mendapat diskaun sebanyak 50% daripada harga pizza yang ditempah. Menarik bukan?
Yang paling menariknya, kupon ini boleh digunakan sebanyak mana yang pelanggan mahu untuk menempah pizza (hanya pizza) secara online. Tawaran ini akan tamat pada 16 Oktober 2015.
Perkongsian di laman media sosial dan mendapat hadiah
Pelanggan yang menempah pizza secara online dengan menggunakan kupon diskaun yang diberi digalakkan untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial masing-masing dengan turut menyertakan hashtag misteri #DTopSecret.
Pelanggan yang membuat Perkongsian yang menarik yang berjaya menarik hati pihak Domino’s Pizza akan dijemput menikmati pengalaman “money can’t buy” yang sangat istimewa bersama Domino’s Pizza. Haaa menarik kan?
Cara menempah pizza menggunakan kupon diskaun
Saya pun turut teruja untuk menempah sendiri pizza untuk makan malam saya bersama keluarga pada malam tadi. Pengalaman yang cukup menarik bagi saya dengan laman sesawang yang sungguh interaktif.
Saya kongsikan cara-cara menempah pizza dominos secara di talian menggunakan kupon diskaun 50%:
1. Tuju ke laman seswang Domino’s Pizza Malaysia: www.dominos.com.my
2. Cari login area. Daftarlah nama login anda sama menggunakan emel ataupun yang lebih mudah menggunakan akaun FB sahaja macam yang saya buat malam tadi. Lebih mudah kerana kita tak perlu lagi memasukkan data-data yang diminta. semuanya dah ada di profile FB.

3. Ikut arahan lagi sehingga berjumpa page untuk memasukkan butiran peribadi anda. Di sini saya hanya isikan alamat penghantaran. Butiran lain telah tersedia ada mengikut maklumat yang kita daftar sebagai pengguna FB.
Page untuk pegisian alamat penghantaran ini agak unik kerana ia tidak meminta untuk diisi alamat penuh. Hanya isikan seperti ayng diminta sahaja. Ini adalah kerana berdasarkan maklumat yang diberi, sistem akan menentukan outlet mana yang paling dekat dengan alamat penghantaran kita.
4. Balik ke Main Page dan cari ruangan GOT COUPON. Masukkan kod AD62 untuk melayakkan korang dapat 50% potongan untuk setiap pembelian korang secara online di Domino’s. Pilih menu pizza yang kita suka berserta dengan topping dan lain-lain lagi jika mahu. tetapi hanya pizza sahaja yang layak mendapat diskaun tersebut.

5. Setelah membuat pilihan menu, jangan lupa klik add to cart.
6. Jangan lupa semak semula menu yang telah kita order dan harganya.

6. Kemudian nyatakan pembayaran samada dengan kad debit, kad kredit ataupun COD.
7. Tunggulah penghantar Domino’s Pizza sampai di depan pintu rumah korang.
Penghantaran pizza
Mengikut terma, outlet Domino’s Pizza yang terletak paling dekat dengan tempat kediaman pelanggan yang menempah, perlu menghantar pesanan dalam masa 30 minit.



Jika tempoh penghantaran berlanjutan daripada masa yang telah ditetapkan itu, maka Domino’s Pizza akan memberikan satu voucher Domino’s Pizza secara percuma kepada pelanggan yang menempah. Semalam diorang terlewat 10 minit daripada yang sepatutnya. Jadi saya telah dapat satu voucher percuma. Hehehehe.
Komen eXplorasa
Memang sangat jimat dengan kempen ini. Apa tidaknya diskaun separuh daripada harga sebenar. Memang untung!. Masa ni la nak lepaskan gian rasa bermacam jenis pizza yang ada kat Domino’s Pizza tu.
Domino’s Pizza memang bijak mengambil hati pelangganya disamping memperkenalkan laman sesawang barunya dengan menggalakkan pelanggan membuat tempahan secara online. Tawaran diskaun 50% ternyata mendekatkan lagi pelanggan dengan Domino’s Pizza bilamana pelanggan merasa dihargai dan dengan sukarela mencuba tempahan online.
Cuma mungkin disebabkan tiada garis panduan langkah-langkah yang lengkap untuk membuat tempahan, percubaan kali pertama agak kelam kabut. Harap pelanggan tidak cepat berputus asa. Come on la… rugi kalau cepat berputus asa. Sebab akan terlepas peluang untuk dapat diskaun 50% nanti.
Pada saya kempen ini memang terbaik! Jadi korang jangan lupa cuba buat tempahan pizza secara online. Ingat, gunakan Kod Diskaun AD62. Ini ialah kod yang dikhaskan untuk group saya (Kelab Blogger Ben Ashaari) untuk menentukan berapa ramai pelanggan dan rakan-rakan diluar sana menerima sebaran maklumat daripada kami.
Juga jangan lupa kongsikan sebarang pendapat tentang pengalaman korang mencuba tempahan online ini di halaman social korang (Facebook, Instagram, Twitter) dengan menyertakan hashtag #DTopSecret. Perkongsian yang paling menarik akan dipilih dan akan melayakkan anda merasai pengalaman menarik bersama Domino’s Pizza pada 16 Oktober 2015 nanti.
Jom order pizza, alami penjimatan sebanyak 50%, kongsikan di media sosial dan menang! Jom bersama-sama membantu kami merungkai misteri #DTopSecret…
Terbaik lah abam hoqqqqq
jom lanje abam hoq
perggghhh abg hoqqq makannnn tak ajakkk hahahahahaha..ok laju laju tekan website nak order smntara promo niiii
Pinky Momma recently posted…Domino’s Pizza: Potongan 50% sehingga 16 October dan memenangi Jemputan ke Majlis #DTopSecret
jom odaa!!!