Steamboat Ala Restoran Sushi Di Sazori Shabu Zone And Grill

Restoran steamboat

Steamboat… Pasti ramai yang menggemari makanan ini. Makanan yang mempunyai bermacam lauk-pauk mentah yang dimasak sendiri dengan meletakkannya di dalam sup yang mendidih di meja makan.

Lebih mengujakan lagi apabila sesetengah restoran steamboat juga menyediakan tempat memanggang lauk pauk mentah tadi. Ada pilihan untuk pelanggan samada untuk memakan lauk pauk dengan cara merebus dalam sup ataupun dengan cara memanggang. Ataupun kedua-duanya.

Restoran Shabu Zone and Grill

restoran steamboat paling best petaling jaya
Restoran Steamboat Sazori Shabu Zone and Grill

Restoran Sazori Shabu Zone And Grill adalah satu lagi restoran steamboat yang boleh anda cuba selain daripada restoran steamboat yang biasa kita dengar seperti Restoran D’kayangan, Pak John Steamboat and BBQ.

Hiasan dinding restoran Sazori Shabu Zone and Grill
Hiasan dinding restoran Sazori Shabu Zone and Grill
Meja yang dilengkapi dengan dapur
Meja yang dilengkapi dengan dapur

Cuma keistimewaan dan kelainan restoran ini ialah ia menyediakan conveyor yang sentiasa bergerak untuk memudahkan pelanggan memilih lebih daripada 60 jenis lauk pauk yang terdapat di sini. Ia seperti yang anda dapati di restoran Sushi. Lauk pauk mentah ini boleh terus direbus atau dipanggang di atas dapur yang tersedia di meja makan.

bekas conveyor yang bergerak
Lauk pauk mentah di dalam bekas hijau yang mengandungi sayur-sayuran

Jadi pelanggan tidak perlu bergerak keluar daripada tempat duduk semata-mata untuk mengambil lauk pauk pilihan. Pilih sahaja lauk pauk yang sentiasa bergerak di tepi meja mengikut kod warnanya.

Conveyor bergerak
Conveyor bergerak

Pengunaan conveyor bergerak ini juga menjamin kebersihan restoran kerana lauk pauk yang dipilih tidak akan tumpah ataupun terjatuh di merata tempat.

Restoran ini mengkategorikan bahan mentah yang diletakkan di dalam bekas di atas conveyor bergerak dengan bekas-bekas yang berlainan warna. Warna biru dikhaskan untuk makanan laut, warna oren untuk daging, manakala warna hijau pula untuk sayur-sayuran.

mee untuk steamboat
Aneka jenis mee
Baby Octopus
Baby Octopus
daging lembu
Kepingan Daging Lembu
grilled beef
Daging sedang dipanggang
Ikan
Ikan
Sayur Kangkung
Sayur Kangkung
Makanan laut
Makanan laut
Pelbagai lauk pauk yang dipilih
Pelbagai lauk pauk yang dipilih

Sup

Restoran ini menawarkan 4 jenis sup untuk pilihan pelanggan. Ada Sup Ayam, Sup Daging, Sup Tom Yam dan Sup Ponzu. Bagi yang tidak biasa dengan Sup Ponzu, ia adalah sup yang diperbuat daripada kicap Jepun. Rasanya seimbang dengan campuran rasa masin, masam dan manis.

sup soya
Sup Ponzu
tom yam
Sup seafood tom yam

Pilihlah seberapa banyak lauk pauk mentah yang anda suka untuk dimasak di dalam sup pilihan anda. Anda juga boleh memanggang bahan mentah tersebut mengikut citarasa anda. Cuma anda diberikan 120 minit sahaja untuk satu sesi makan di restoran ini.

Sos

Makan steamboat tidak sah jika tidak disertai dengan sosnya yang akan menambahkan rasa enak steamboat.

sos
Pelbagai jenis sos

Restoran ini ada menyediakan 6 jenis sos yang di hasilkan dengan resipi yang tersendiri. Sos-sos yang dimaksudkan adalah:

  • Sazori Specialty Sauce
  • Roasted Sesame Sauce
  • Homemade Peanut Sauce
  • Sweet Sauce
  • Homemade Chili Sauce
  • Homemade BBQ Sauce
Pelbagai jenis sos
Pelbagai jenis sos

Pilihlah sos untuk makanan yang direbus ataupun yang dipanggang mengikut citarasa anda.

Harga

Harga yang ditetapkan di restoran ini adalah mengikut pakej yang dipilih. Untuk pakej biasa, harga yang ditawarkan adalah RM31.90 sahaja untuk seorang. Untuk pakej ini tambahan lauk mentah daging lembu dan daging kambing untuk digrill.

harga steamboat sazori shabu zone and grill
harga pakej

Pakej kedua pula ditetapkan pada harga RM38.00 satu kepala dimana anda akan mendapat tambahan lauk mentah seperti daging lembu, ham ayam, Baby Octopus dan Gyoza ayam.

Harga pakej yang amat berpatutan dengan pilihan lauk pauk yang banyak.

Video Ebook Belajar Membuat Aneka Roti Canai dan Murtabak

Dessert

Sebagai pencuci mulut, anda boleh mendapatkan aiskrim pelbagai perisa yang turut disediakan di sini.

gambar aiskrim
Aiskrim pelbagai perisa (kredit: Mahamahu.com)

Lokasi

Restoran ini terletak di Bandar Sunway. Tidak jauh daripada Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid.

Berikut adalah alamat restoran ini:

RESTORAN SAZORI ZONE AND GRILL
Alamat : B-G-3A, Block B, No 1,
Jalan PJS 8/15, Arena Mentari,
46150 Petaling Jaya, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/shabuzone
Twitter : https://twitter.com/Shabuzone
Tel : 03-5887 2843

Peta Lokasi

Waktu beroperasi

Berikut adalah waktu operasi restoran ini:
Isnin – Khamis : 12:00tgh – 3:00ptg, 5:30ptg – 10:00mlm
Jumaat – Ahad : 12:00tgh – 11:00mlm

Komen eXplorasa:

Dengan harga yang berpatutan, restoran ini boleh dimasukkan ke dalam senarai restoran steamboat yang patut anda cuba. Pilihan lauk pauk mentah yang banyak dan pelbagai, sup dan sos yang berlainan jenis, dan keenakan rasanya meletakkan restoran ini sebagai restoran yang akan anda kunjungi lagi setelah pertama kali mencuba!

Jom ke Sazori Shabu Zone and Grill!

Restoran Sazori Shabu Zone and Grill
Review oleh eXplorasa pada .
Rating: 4.2

Loading

Related Stories

Discover

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ