Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s

barisan produk Yeos di pasaraya
barisan produk Yeos di pasaraya

Aku rasa semua orang kat Malaysia ni kenal ataupun biasa mendengar jenama Yeo’s. Bagi diri aku Yeo’s ni dah menjadi sebahagian daripada hidup aku. Ia semacam sudah menjadi pilihan semulajadi ku.

Sebenarnya Yeo’s bukan setakat menjadi minuman kegemaranku malah ia menjadi salah satu diet harianku. Terutama 2 perisa yang boleh dikatakan perisa wajib yang aku akan beli sewaktu singgah di stesen minyak selepas menghantar anak-anak aku ke sekolah. Air kotak ataupun tin berperisa soya pasti aku beli. Biasanya aku minum sampai memandu ke tempat kerja.

pembekal tenaga di pagi hari
pembekal tenaga di pagi hari

Air soya Yeo’s ini dapat memberi tenaga kepada aku sementara aku mencari restoren untuk sarapan yang lebih berat. Ia boleh bertindak seperti pangalas perut yang berkeroncong di pagi hari. Selain daripada khasiat soya yang diketahui umum, rasanya yang sedap menjadikannya minuman yang tidak jemu untuk diminum setiap pagi.

Di waktu petang pula aku biasanya akan mencari minuman Yeo’s berperisa Teh Bunga. Ia boleh diminum sebagai minum petang bersama-sama sedikit kuih muih. Teh Bunga ini diformulakan dengan secukup rasa. Aku suka air ini kerana rasanya tidak terlampau manis. Jadi sedikit sebanyak ia dapat membantu aku mengamalkan diet yang sihat dengan menghindari pengambilan gula yang berlebihan.

teh bunga kekwa

Minuman berperisa Teh Bunga ini juga sesuai dimunum selepas melakukan aktiviti senaman. Ia berupaya menghilangkan dahaga dan menggantikan air yang hilang daripada badan dengan segera.

Ada satu lagi perisa minuman Yeo’s yang boleh membantu dalam mengamalkan diet yang sihat. Perisa ini perisa yang agak baru dikeluarkan oleh Yeo’s. Ia adalah minuman berperisa Yogurt. Aku memang suka minuman yogurt berperisa anggur.

perisa yogurt anggur
perisa yogurt anggur

Minuman yogurt berperisa anggur ini amat sesuai diminum di waktu malam ataupun di waktu pagi. Seperti yang kita sedia maklum, yogurt berkhasiat dalam menjaga kesihatan dalaman badan kita khususnya usus.

Minuman yogurt ini amat enak. Rasanya yang lemak manis ini memang menjadi pilihan ramai penggemar minuman Yeo’s. Kanak-kanak pun kebanyakannya menyukai minuman yogurt ini.

Secara keseluruhannya, air minuman Yeo’s ini terutama minuman berperisa yang aku sebut di atas memang dpat membantu aku dalam mengamalkan diet yang sihat. Gaya hidup yang sihat amat penting aku terapkan ke dalam rutin seharian hidup aku terutama tatkala umur ku yang semakin menghampiri 4 series ini. Nasib baik ada Yeo’s. Terima kasih Yeo’s!!!

Oh ya. Yeo’s adalah penaja rasmi dan penaja bersama Majlis Sepetang bersama Blogger nanti. Oleh itu, mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ