Bangkit dari lena pagi ni agak lewat.. Nyenyak sungguh tidur malam tadi. Mungkin sebab penat membuat aktiviti seharian semalamnya. Badan dah mula rasa sakit-sakit. Best.., Walaupun badan tidak sekuat masa zaman persekolahan dulu. Ditambah pulak dengan kecederaan akibat kemalangan yang menimpa.
Makin terasa sakit makin aku bersemangat nak teruskan cabaran. Teringat semangat latihan ragbi dulu. Lagi badan rasa sakit lagi bersemangat ingin meneruskan latihan. Ada satu perasaan agak ganjil yang timbul. Rasa bangga kerana mampu meneruskan latihan yang coach bagi. Rasa poyo ini lebih mencengkam jika kita tergolong dalam beberapa orang sahaja yang mampu meneruskan latihan. Hehehe..
Mengikut tentatif pukul 7 pagi semua dah kena berkumpul kat padang permainan sebelah Sembunyi Spa (frust sebab tak sempat mencuba spa ni.. Grrrr). Tapi kami sampai agak lambat disebabkan bangun lambat dan berjalan lenggang kangkung.
Sampai jer kat sana terus kami dikenakan hukuman. Lari dan pumping. Aku dah agak dah akan kena hukuman gini. Hahaha. Dan yang paling lambat aku lah. Macam yang aku cerita kat entri hari pertama aku sebelum ni, aku ni mana la boleh nak lari laju-laju.. tercabut kaki aku karang haaa. siapa nak bertanggungjawab?
Jungle Tracking
Pagi ni ada Jungle Tracking. Aku tak risau sangat pasal jungle Tracking ni. Sebabnya sebelum ni aku dah beberapa kali sertai jungle Tracking dan mendaki gunung. Yang terakhir adalah pada tahun lepas. Kami (Kelab Blogger Ashaari) ber’jungle tracking’ dan mendaki Gunung Pelangi di Sungai Lembing. Setahun sebelum tu kami sertai jungle Tracking di Taman Negara di Pahang. Yang kalau diikutkan lebih mencabar..!
Sebelum mulakan acara jungle Tracking ataupun jungle trail, kami warming up dulu dengan beberapa permainan. Game pertama adalah mencari bola dengan mata ditutup. Seorang wakil pasukan masuk ke gelanggang. Mata ditutup dan dia dikehendaki mencari dan mendapatkan bola seberapa banyak yang boleh dan memasukkan ke dalam bakul yang disediakan.
Rakan-rakan memberi panduan kanan, kiri, depan dan belakang di luar gelanggang. Kali ni pasukan aku Bauddies Blogger menang besar. Sungguh cekap budak Mimin ni beraksi. Aku syak dia ada mata satu lagi kat dahi. Sebab tu dia laju jer bergerak walaupun mata ditutup.
Yang manisnya, game ini juga menentukan pasukan mana yang kena bawak ‘Mila’ bersama dalam sesi jungle tracking nanti. Hahaha. So yang kalah X-Team, maka secara rasminya Mila bertukar tangan. Lega.. Gila apa pikul Mila untuk bawak jungle tracking. Cukuplah azab bawak Mila masa Night Walk semalam.
Nasib baik team kami ada abam sado sorang, Si Fazrol ni. Haaa.. dialah yang tukang usung Mila ni. Hahahah..
Kemudian ada game Rope Crossing. Seorang dari kami meniti tali yang hujung sebelah sana dan sini di pegang oleh ahli kumpulan yang lain. Nampak senang game ni. Tapi ia memerlukan teknik jugak untuk tahan tali yang dipijak supaya tak sentuh bumi.
Nasib baik yang meniti tali tu si Qaseh tu. Dia cekeding jer. Kalau kena Fazrol ataupun aku yang naik.. Haaa azab jugak aku rasa..!
Kemudian ada jugak game panjat tayar. Sekali lagi. Game yang nampak susah tapi jenuh jugak nak buat. Ada jugak game kena angkat rakan untuk melepasi bulatan tayar. Rakan yang terpilih untuk diangkat dak Ujang tu. Nampak jer gitu, berat jugak wooo..! Aku syak berat dosa tu.. Hehehe..
Yang paling best game terakhir pagi ni, I Can’t But We Can.. semua 10 orang daripada kami diwajibkan memanjat melepasi dinding. Macamana nak panjat kena fikir sesama. Masa ni la baru tau yang Mila tu ada gunanya. Boleh buat tempat berpijak.
So semua dah berjaya lepas dengan menggunakan Mila sebagai batu loncatan. Kecuali orang yang terakhir. Sebabnya Mila terpaksa diangkat sekali melepasi dinding tu. Kat sini kesadoan Daus menjadi penyelamat. Dia berjaya melompat sambil disambut oleh Ujang, Fazrol dan Lan.
Jeng.. Jeng.. Jeng..!!! Pengembaraan bermula.. Kami memulakan jungle tracking. Track tidaklah sesukar mana. Ada beberapa halangan yang dicipta khas di pertengahan jungle tracking seperti merangkak di bawah kawat berduri, melompat diantara tayar, memanjat tong yang disusun, bergantung pada tali untuk melepasi anak sungai, melepasi rangkaian tali yang berselirat dan lain-lain.
Jungle Trail ini jaraknya 2.8km dan ia memakan masa selama satu setengah jam dengan perjalanan yang slow and steady dengan 15 minit masa rehat di tengah perjalanan.
Alhamdulillah. Hutan yang kami masuk ni langsung tak ada pacat. Leceh wooo kalu ada pacat. Pengalaman aku jungle tracking kat Tanah Aina Raub tempohari sangat menginsafkan. Hutan situ pacatnya sampai leher. hahaha.. Elok jer bukak baju nak mandi, ternampak pacat bunting hisap darah kau kat tepi leher. Hahahah.
Cuma kat sini pacat digantikan dengan makhluk penghisap darah yang lain. Ya.. kat sini banyak nyamuk. Nasib baik kitorang pakai losyen anti nyamuk. Apa entah namanya. Lupa dah aku.. Hahaha. So nyamuk memang tak kacau. Maka selamatlah lah kami tanpa sebarang pertumpahan darah di tangan nyamuk durjana..
Jungle Trail ni memang seronok. Sebabnya halangannya pelbagai dan jaraknya tidak jauh. Namun pengalamannya mampu diterjemahkan kepada semangat individu dan berpasukan. So ia amat sesuai untuk aktiviti team building.
Selesai jugle tracking, maka selesailah aktiviti team building yang direka khas untuk kami oleh Sarjan Idris dan team Cyberview. Aktiviti ini akan disesuaikan mengikut umur peserta. Kalau peserta di kalangan umur yang agak tua, aktiviti yang lebih ringan akan diterapkan.
Ia juga bergantung kepada objektif apa yang peserta maukan daripada team building tersebut. Dari situ barulah aktiviti yang sesuai dengan matlamat mereka diselaraskan.
Dengan peluh dan kekotoran itu juga kami masuk ke Verandah Restaurant untuk menjamu selera. Hahaha.. Perut dah berbunyi. Dari pagi tadi kot tak makan apa-apa.
Lepas late breakfast kami balik ke bilik membersihkan diri dan berkemas untuk check out. Serius aku tak puas hati. Sekejap sangat. Bilik yang luas dan cantik tu pun tak semoat aku na menikmati. Aktiviti penuh selama dua hari. Balik tidur jer kat bilik. Terasa rugi pulak. Memang kena datang lagi check in kat sini ni.. Hurmmm..!
Majlis penutup
Kami berkumpul lagi di Verandah Restaurant untuk acara penutup dan pembahagian sijil oleh pihak Cyberview Resort & Spa.
Sesiapa yang berminat nak tahu apa lagi yang ada kat sini boleh hubungi pihak resort untuk maklumat lanjut. Untuk makluman ringkas, ni adalah antara aktiviti yang disediakan di sini:
- Telematch Games
- Water Games
- Team Building Games
- Obstacle Course (10 Elements)
- Water Confidence
- Jungle Tracking / Jungle Trail
- Night Tracking
- Motivation Camp
Korang boleh datang dan jumpa sendiri dengan Sarjan Idris atau cari Recreation Department untuk berbincang. Maklumat lanjut seperti details di bawah.
Cyberview Resort & Spa
www.cyberviewresort.com
Tel: 03-8312 7000
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @CyberviewResort