Hujung Minggu Yang Best Di Best Western i-City Hotel

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan ramai di Shah Alam adalah i-City. Taman Tema yang cantik dengan gemerlapan cahaya ini masih lagi menjadi pilihan orang ramai untuk dikunjungi terutama di hujung minggu dan musim cuti sekolah. Dengan adanya beberapa hotel yang berdekatan ianya memudahkan pemgunjung untuk membuat keputusan untuk bermalam di sana. Salah satu hotel yang ada betul-betul di dalam kawasan taman tema i-city adalah Best Western i-City Hotel.

Rumah Hantu.. Ada berani..?
Replika Kungfu Panda

Tambahan pula sekarang adanya pusat membeli belah yang baru dibuka iaitu i-City Central. Ini telah menjadi nilai tambah kepada i-City untuk orang ramai mengunjungi kawasan ini.

Untuk pengunjung daripada luar Lembah Kelang, tempat untuk bermalam pastinya menjadi satu perkara yang utama untuk difikirkan. Lagipun untuk mengecapi keindahan i-City yang bermandikan cahaya, ia perlu dikunjungi di waktu malam. Mahu tak mahu, memang kena cari tempat menginap. Hotel adalah antara pilihan tempat menginap yang dicadangkan .

Best Western i-City Hotel (BWH)

Kini pengunjung i-City tidak lagi perlu risau memikirkan tentang tempat penginapan. Mereka boleh terus mendaftar masuk di BWH ini.

Apa yang bestnya lagi ialah hotel ini memang terletak dalam i-City itu sendiri. Maknanya, bila malam menjelma nanti, korang hanya perlu keluar daripada hotel jer. Korang dah pun berada dalam i-City. Mainlah sepuas hati dalam tu. Dah penat nanti boleh balik hotel dan berehat. Haaa best kan?

Aku dan keluarga sempat bermalam di hotel ni hujung minggu yang lepas. Kami menginap di bilik bersambung (connecting room). Satu bilik lengkap dengan double queen bed manakala bilik satu lagi ada 2 katil single. Ada pintu yang menyambungkan antara 2 bilik. So walaupun di dalam mode percutian dan tinggal di satu hotel, aku dan isteri masih ada privacy tanpa gangguan anak-anak.

bilik single untuk Iffah dan Ifza

Dapat pulak bilik kat tingkat 16 dan mengadap i-City. Pemandangan daripada bilik pun dah cukup meriah dan cantik dengan limpahan cahaya. Ia memang menggamit hati untuk turun dan turut serta untuk menikmati ratusan permainan yang ada di sana.

rbsh

Promo Best Western i-City Hotel

Kebetulan sekarang ni BWH sedang mengadakan promosi disamping memperkenalkan beberapa pengalaman terbaru di hotelnya. Antaranya:

QR Code

Canggih..! First time jumpa hotel guna apps untuk scan QR Code untuk buat tempahan makanan secara online. Alhamdulillah aku dapat mencuba cara baru ni. Teruja la jugak.. Hehehe.

Ya.. Korang boleh order makanan untuk dihantar ke bilik hanya dengan menggunakan telefon pintar korang. Yang bestnya lagi, dengan order secara online ni korang layak mendapat diskaun 20% daripada jumlah yang korang order. Jimat..!

Cara order guna QR Code:

  1. Scan QR Code dengan menggunakan telefon pintar korang. Korang akan nampak satu QR Code yang tertampal di dinding berdekatan dengan meja tulis. Scan code yang tertera kat situ.
  2. Seterusnya secara otomatik korang akan dibawa ke laman web yang yang memaparkan menu-menu untuk dipilih
  3. Buat pilihan menu korang dan hantar (place order)
  4. Tunggu. Makanan akan sampai ke bilik korang dalam masa 20-30 minit.
Korang boleh order daripada pilihan menu-menu ini yang akan tertera di skrin telefon korang

Senang bukan? Tak perlu keluar bilik. Tak perlu order melalui telefon. Sambil baring-baring atas katil jer boleh pilih menu dan order makanan.

Oh ya. Masa Abam Hoq order guna QR Code baru ni ada sikit hiccup. Tapi kes ni sangat terpencil. Sebabnya pengunjung lain tak ada masalah pun. Mungkin sebab applikasi QR Code yang Abam guna tu ada masalah kot.

Tapi tak per lah. Abam Berjaya jugak order. Dan yang paling penting makanannya sangat best..! Terutama Nasi Goreng dia tu… Terbaik..!

Hi Tea Buffet di Best Western i-City Hotel

Sekarang juga tengah ada promosi untuk makan tengahari secara buffet di The View Café yang terletak di tingkat 5 BWH ini. Dengan harga RM45 (untuk dewasa) korang ada banyak pilihan untuk menu makan tengahari. Yang pasti menu-menu yang disediakan sedap-sedap belaka. Pilihlah yang paling ‘kena’ dengan tekak korang.

Makan cara hidangan buffet ni best sebabnya kita boleh cuba pelbagai menu yang disediakan. Ambil jer dengan kuantiti yang sedikit dahulu untuk tujuan merasa adakah menu tersebut sesuai dengan selera kita.

Kalau best, barulah tambah lagi nanti. Cuma, nasihat Abam ambillah sekadar yang patut. Jangan disebabkan korang boleh makan sesuka hati dengan satu kadar bayaran tu, korang ambik jer sesuka hati korang. Last-last tak habis makan. Membazir jer.

Ingat membazir amalan syaitan.. Haaa..!

Oh ya, anak-anak pasti tidak merasa bosan walaupun terpaksa menunggu ibubapa mereka makan lama-lama. Sebabnya di Hi Tea Buffet ni pihak BWH ada menyediakan aktiviti buat kanak-kanak yang turut disertai oleh badut. JAdi anak-anak boleh lah menyertai aktiviti dan permainan tersebut. Seronok..!

Signature Menu Baru Best Western i-City Hotel

Sepanjang 2 hari kami menghabiskan percutian pendek hujung minggu kami, kami sempat merasa signature menu yang agak baru diperkenalkan oleh BWH.

Kalau tanya Abam apa istimewanya menu-menu signature yang baru ini, pasti satu perkataan yang Abam akan ucapkan… Rare!

Ya, menu-menu signature ini pada Abam sangat rare kerana ianya tiada di tempat lain. Jadi kalau cuba menu-menu ni, korang kena datang ke BWH.

Abam senaraikan menu-menu signature yang korang boleh cuba nanti:

Beef Cencalok
Satay Burger
Coffee Lamb
Tuna Miso
Salmon Noodles

Antara semua menu-menu tersebut, yang paling Abam suka ialah Cencalok Beef. Daging perap Cencalok beb.. Mana yang jumpa kat tempat lain. Portion agak banyak dan mengenyangkan.

Cuma menu akan menjadi lagi dahsyat jika pihak BWH dapat menambah nilai sedikit kepada menu ini. Contohnya ia akan menjadi bertambah menyelerakan jika ditambah sedikit kuah. Cadangan Abam ialah Sup Kosong. Sebab kalau tambah kuah kari misalnya, takut ia merubah rasa dan konsep menu tersebut.

Kalau tak ada kuah pun ok, tapi menu tersebut menjadi terlalu kering. JAdi agak kurang laju untuk ditelan. Cadangan ini telah pun Abam sampaikan kepada pihak café. Jadi bergantung kepada merekalah untuk menerima atau tidak cadangan ini.

Baca:
Ramadhan Buffet di Best Western i-City Hotel Shah Alam 2019
Ramadhan Buffet di Best Western i-City Hotel Shah Alam 2018

Percutian Pendek Hujung Minggu Yang Awesome

Ini bukan pertama kali kami ke i-City ni. Cuma kedatangan kami ke i-City ni sebelum ni, kami tak bermalam di sini. Sebabnya rumah kami pun kat Shah Alam. Jadi buat apa membazirkan duit bermalam kat hotel.. Ye tak?

Tapi percayalah. Bermalam di BWH ni memang memberi kepuasan secara total kepada kunjungan kami ke i-City kali ini. Hotel bertaraf 3 bintang ini memang berbaloi untuk bermalam.

Dengan harga yang berpatutan, korang dapat menikmati pengalaman yang aku ceritakan kat atas tu. I-City pulak boleh korang jelajahi tanpa perlu fikirkan untuk balik ke rumah kerana ‘rumah’ korang dah memang dalam i-City.

So, korang kalau korang ke i-City, memang aku recommend BWH ni..!!!

Best Western i-City Shah Alam 
Address: A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia 
Phone:+603 5521 9000 | Fax:+603 5521 2028
Email: enquiry@bestwestern-icity.my

Untuk ikuti perkembangan terkini BWH, korang boleh ikuti mereka di:

Facebook : Best Western I City

Instagram : BwICity

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ