Banyak restoran yang menyediakan menu berkonsepkan western kat Lembah Kelang ni. Cuma tak semuanya memberikan kepuasan sebenar dari segi rasa dan harga serta layanan kepada kepada pengunjung.
Ada beberapa restoran makanan barat yang aku pernah cuba dan telah menjadi favorite aku. Cuma kali ini aku mencari restoran western yang baru untuk aku cuba. Ya lah, takkan nak pergi restoran yang sama jer.
Nak share pengalaman dengan korang pun tak best kalau asyik makan kat restoran yang sama jer. Ya tak..?
Old School Steakhouse (OSSH)
So minggu lepas aku telah dicadangkan untuk pergi menikmati makanan western kat Old School Steakhouse yang terletak di Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Sebelum ni pun aku banyak mendengar review dan komen bagus-bagus tentang restoran ni. Sebab tu lah bila nama restoran ni dicadangkan, aku terus setuju untuk datang.
Kami dari Shah Alam, memang tak ada masalah untuk mencari restoran ini. Taip jer Old School Steakhouse di applikasi Waze. Lepas tu ikut jer direction Waze. Korang akan dibawa betul-betul di depan pintu masuk restoran ini yang terletak di Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail.
Kami sampai dalam pukul 6.30 petang di restoran ini pada petang Sabtu yang lepas untuk dinner sekeluarga.
Parkir memang tidak menjadi masalah pada hari tersebut. Kami dapat parkir yang hampir dengan restoran OSSH. Mungkin hari tu hari minggu. Tu yang dapat parkir dengan senang. Tapi kalau hari biasanya pun aku rasa parkir tak ada lah susah sangat. Korang akan dapat parkir, Cuma dekat atau jauh jer dengan restoran.
Aku suka hiasan dalaman restoran ni. Di tepi sebelah kanan di letakkan meja dan kerusi atau lebih tepat, sofa yang besar warna merah yang nampak sedikit eksklusif. Manakala di barisan tengah restoran diatur kerusi dan meja untuk pengunjung yang datang dalam kuantiti yang lebih besar. Di sebelah kirinya pula terdapat meja single, sesuai untuk pasangan ataupun keluarga kecil.
Kami memilih meja di sebelah kanan yang bersofa tu. Best sikit makan sambil bersandar santai
Menu-menu yang kami order
Untuk yang macam kami ni, yang pertama kali makan kat sini, mesti nak kena tanya suggestion daripada staff restoran dulu. Sebab kami pun tak ada idea menu apa yang sedap kat sini.
Adik manis yang ambil order ni memang tak menghampakan. Bila ditanya tentang menu apa yang best patut kami order, beliau pantas memberi cadangan kepada kami. Siap dengan penerangan. Layanan begini sudah pasti memberi nilai tambah kepada restoran.
Jadi terjodohlah kami dengan menu-menu ini pada malam itu:
Set Dinner Special – Set A
Seperti biasa, aku biarkan isteri buat pilihan terlebih dahulu. Aku ni sejenis yang lambat sikit untuk buat keputusan. Sementara beliau pilih sempat la aku belek-belek menu yang lain.
Isteri aku memilih Set A juga daripada Set Dinner Special. Set ni adalah set dengan Lobster sebagai course utama. Ia juga disertai oleh Sup Lobster Bisque, kentang dan Chocolate Brownie with Vanilla Ice Cream.
Untuk peminat lobster, elok benarlah pilih menu ni. Seekor lobster yang agak besar sudah mampu untuk puaskan hati korang.
Dan rasanya, marveless…! Sedap..! Puas hati siapa yang order menu ni.
Set Dinner Special – Set C
Untuk aku, aku memilih menu ini sebagai percubaan di kunjungan yang pertama ini. Menu ini juga adalah menu daripada Set Dinner Special yang sedang dipromosikan.
Aku pilih Set C. Saja tak nak sama dengan isteri. Nanti boleh tukar-tukar rasa. Aku memilih cara masakan medium well untuk lebih juicy tapi tidak terlalumentah.
Sewaktu menu sampai tu, aku dah tak sabar nak rasa nak mencuba. Hirisan pertama singgah di mulut. Yesszaaa..! Sedap..! Daging Ribeyenya lembut, senang dihiris. Dengan rasa steak sebenar, set ini memang best..!
Set menu ni didatangkan dengan Ribeye Steak sebagai course utamanya. Ia disertai dengan Sup Lobster Bisque dan Chocolate Brownie Vanilla Ice Cream.
Rack of Lamb
Iffah pilih menu ni. Sebab dia nak lamb.
Menu ni disajikan dengan beberapa kepingan daging kambing dengan sedikit sayur brocolli dan jagung serta kentang.
Aku sempat juga rasa sekeping Rack og Lamb ni. Sebab portionnya agak banyak. Iffah tak habis makan. Sedap juga menu ni..! Siapa yang suka lamb boleh la order menu ni.
Fish and Chip
Ini menu untuk Ifza. Sebabnya utama order menu ni adalah kerana menu ni ada Fries. Dia makan French Fries ni. Daging dan kambing dia tak makan.
Fish tu kami nak bagi dia cuba. Seperti yang diduga, dia makan sikit jer. Selebihnya kami tapau bawa balik. Memang tak boleh nak habiskan kat situ. Perut memasing dah penuh sangat!.
Introduction Menu
Oh ya lupa nak bagitau, sebelum order siap disediakan, kami dihidangkan dengan menu-menu ini terlebih dahulu. So, tak der lah kami tertunggu-tunggu.
Dessert
Kami memilih Banana Split untuk dessert
Komen eXplorasa
Terbaik..! Boleh dikatakan ini adalah antara restoran western yang terbaik pernah aku kunjungi.
Terbaik daripada segenap sudut. Hiasan dalaman, Servis yang cepat, layanan mesra, Suasana restoran yang tenang, dan sememangnya menu-menunya yang terbaik dari segi rasa dan harga.
Ya, dengan rasa yang sedap macam tu harga yang tertera sangat berbaloi. Aku pasti akan datang lagi ke sini.
Untuk korang yang mencari restoran western untuk diterjah, aku tanpa ragu-ragu mencadangkan restoran ni untuk orang cuba…!
Untuk mengikuti perkembangan dan promosi terbaru Restoran Old School Steakhouse ni, korang boleh ikuti dan follow mereka di:
Facebook: https://www.facebook.com/oldschoolsteakhouse/
Instagram: https://www.instagram.com/old_school_steakhouse/
Baca juga: idea berborak dengan pasangan
Steak terbaik ye? Insha Allah kalau ada kesempatan dan cukup bajet, boleh try ke sana.
Bebas recently posted…Free Market yang Free?