Hari ke 4 kami dalam kembara Eropah bersama Flyworld Travel. Hari ni kami berangkat ke Paris, satu lagi kota besar dunia yang aku impikan untuk sampai.

Hari ni banyak masa dihabiskan dalam bas. Untuk ke Paris, kembara ini memilih jalan air untuk ke sana. Kami menaiki feri di pelabuhan Dovers. Perjalanan ke Paris dengan feri mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Port Dovers
Di pelabuhan Dovers ini kami melalui imigresen yang menandakan pintu masuk ke negara Perancis. Haaa.. Ni satu pesan aku… Kalau korang mengembara ke negara yang memerlukan pemeriksaan passport oleh immigresen tips ni penting..!
Di setiap immigresen yang dilalui hati-hati dengan tabiat bermain dengan telefon bimbit korang. Kebanyakan immigresen tidak membenarkan pengambilan sebarang foto di dalam kawasan pemeriksaan immigresen. Seeloknya korang bersabar dengan tidak melihat telefon bimbit korang sehinggalah melepasi pemeriksaan immigresen.
Aku “terkena” di imegresen kat Dovers ni. Seperti biasa aku menjalankan tugas sebagai Blogger dan Social Media Influencer. Gambar yang menarik yang disnap kat luar tadi perlu aku muat naik ke dalam Instagram dan Facebook (korang boleh follow IG dan FB aku tu untuk ikuti aktiviti aku sebagai blogger) aku dengan kadar segera sementara ada talian internet. Jika tidak ianya seakan basi nanti. Dah tak jadi live update. Ini memang tanggungjawab aku.
Rupa-rupanyanya kelakuan aku diperhatikan oleh salah seorang petugas immigresen yang sedang mengecop passport. Sampai giliran aku, selepas passport dicop aku diarahkan supaya menunggu di satu sudut sehingga rakan kembara yang lain selesai urusan passport.
Aku rileks jer. Sebab pengalaman aku sewaktu diperiksa di immigresen Jeddah dulu lebih “teruk” aku kena.
Cuma aku tertanya-tanya apa kesalahan aku pada kali ini. Selesai semua rakan kembara melepasi immigresen aku disoal siasat. Mereka syak aku menganbil gambar sewaktu sedang beratur tadi. Ya masa tu aku sibuk muat naik gambar.
Aku jelaskan hal sebenar. Diorang cek iPhone aku. Diorang tengok gambar terakhir dalam galeri phone aku. Lepas diorang puas hati diorang mintak maaf dan benarkan aku lalu. Aku ok jer. Diorang tak biadap pun. siap minta maaf lagi. Aku syak sebab diorang nampak cahaya keimanan terpancar daripada wajah kudus aku. Keh keh keh.
Inilah gambar yang aku sibuk upload tu:
Kami naik feri komersil sebenarnya. Kat atas feri memang tak terasa langsung naik feri. Mungkin sebab saiznya yg besar. Satu lagi kat atas feri tu ada sofa, kafe dan ruangan rehat seperti bukan dalam feri. Memang tak terasa feri bergerak. Tau-tau dah ada tengah laut.

Kecuali kalau kita ke dek di luar untuk mengambil angin ataupun merokok. Kat situ korang boleh melihat pemandangan laut luas. Biasanya ada burung camar laut yang akan bertenggek kat dek ini untuk mereka mendapatkan makanan. Kali ni kurang pulak burung tu datang. Aku terpaksa tunggu. Akhirnya datang juga seekor. Bolehla snap gambar.



Ok tips naik feri ni… kalau korang ke Paris menaiki feri melalui Pelabuhan Dovers ni, aku syorkan korang pastikan jalan keluar masa sampai nanti. Sebab ia ada beberapa pintu keluar dan kena menaiki tangga. Kalau korang konfius kat sini memang lelah la korang dapat nanti duk pusing-pusing cari jalan keluar. So pastikan dulu masa duk dalam feri sebelum sampai tu. Cari Calais…

Feri sampai di Pelabuhan Calais lebih awal daripada perancangan. Sebabnya kami bertolak awal daripada hotel di London tadi. Kami antara orang terawal yang naik feri pada pagi tu. Jika tidak lama juga prosesnya sebab orang dah mula ramai beratur untuk naik feri..

Menuju ke Kota Paris
Bab perancangan masa ni Flyworld Travel memang mahir. Memang aku angkat tabik spring!. Sebabnya Tour Leadernya memang orang yang berlesen dan berpengalaman luas tentang kembara Europe ni. Diorang memang pakar dalam bab-bab nak bajet masa.
Dari Port Calais nak ke Paris kami sempat singgah di perhentian yang disediakan untuk makan, solat dan urusan ke tandas. Macam RnR kita la kalau kat Malaysia. Bezanya kat sini sangat terjaga kebersihannya…



Mengikut jadual kami tiba di paris pada pukul 7 malam dan terus check in hotel. Tapi oleh kerana kami terkehadapan daripada jadual perancangan, kami ada masa lebih kurang 1 jam untuk melihat dari jauh Eiffel Tower. Tengok jer dulu untuk dapatkan feel. Besok baru akan betul-betul ke Eiffel Tower.
Sempat la aku ambil gambar lompat “comel” kat sini. Hehehe.




Kami tiba di hotel untuk berteduh pada malam ini pada pukul 7 malam. Hotel pilihan kami adalah Forest Hill Hotel. . Ok la hotel ni. Tengah bandar.



Selesai sudah urusan pendaftaran hotel dan simpan beg. Aku dan Tour Leader bersama bos Flyworld Travel keluar ke Restoran Turki kat depan hotel utk mengisj perut yang dah mula mendendangkan irama heavy metal (sebab lapar sangat la tu.. hahahah)

Sedap kebab kat sini. Harga dalam lingkungan €13 – €18. Portionnya banyak. Boleh makan 2 orang. Terima kasih bos Flyworld, puan Ida kerana sudi belanja. Moga bertambah rezeki sebab belanja anak yatim ni. Hahaha.




Hari ke 4 berakhir dengan perut yang kenyang dan mimpi indah untuk ke Eiffel Tower besok pagi.
huh kembang molek hidung kat eifel tower tuh
Hahaha kembang hidung sbb bangga sampai eiffel tower tu. Village people kaaan
melampaunya makanan tu… lapar pulak aku tgk…
kuatnya ko perli.. hahaha