Menu Authentic Melayu Yang Lazat di Restoran Hot Pindang Kitchen

Tempat makan di shah alam

Shah Alam memang terkenal dengan tempat makan yang sedap. Dari restoran makanan laut yang sedap sehinggalah ke menu nusantara seperti Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam dan lain-lain lagi.

Antara tempat-tempat yang menjadi tumpuan lambakan restoran-restoran ini ialah di Seksyen 7, seksyen 13 dan kawasan-kawasan sekitarnya. Mungkin kerana tempat-tempat ini terdapat pusat pengajian tinggi seperti UiTM dan MSU menjadikan ia tumpuan pelajar pusat pengajian tinggi dan orang ramai untuk keluar makan bersama rakan dan keluarga.

Restoran Hot pindang kitchen

buku menu

Salah satu tempat makan yang sedap di Shah Alam ialah Restoran Hot Pindang Kitchen. Restoran ini menyajikan menu-menu asli melayu yang terpilih.

Melihat menu-menu yang tertera di dalam buku menunya sahaja sudah membangkitkan selera apatah lagi apabila ia dihidangkan di depan mata.

Susun atur

Perkara pertama sekali yang menarik perhatian saya apabila melangkah masuk ke dalam premis ini ialah susun atur meja makannya dan hiasan dalamannya yang agak menarik. Ia jelas menyerlahkan lagi suasana bersih restoran ini yang sememangnya mendapat rating A dari segi kebersihan.

rating A
rating A

Dinding-dindingnya dihiasi dengan lukisan yang menarik. Terus terang saya katakan, lukisan ini banyak membantu menaikkan seri pada ruang dalaman kedai ini.

hiasan dinding yang unik

lukisan dinding

Menu di restoran ini

Singgang Ikan Tenggiri

singgang ikan tenggiri edit

Nasi Ayam

nasi ayam edit 2

Ayam Penyet

ayam penyet

Sayur Campur

sayur campur edit

Sotong Goreng Tepung

udang celup tepung

Asam Pedas Ikan Pari

asam pedas ikan pari

Daging Salai Masak Lemak

daging salai masak lemak

Sambal Udang Petai

sambal udang petai

Minuman

antara jus-jus yang disediakan di sini
antara jus-jus yang disediakan di sini

Info lanjut

Alamat:

Hot Pindang Kitchen
Restoran dan Katering
No 11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11,
Seksyen 10, Shah Alam Selangor.
(berdekatan dengan Pak Mal Nasi Ayam dan Restoran Hatini)
No Tel: 03-5523 1259 / 012-204 3773

Facebook: Hot Pindang Kitchen
Instagram: HotPindangKitchenRestoran

Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam
Tutup: Hariraya Aidilfitri dan Aidiladha

Parkir

Kebiasaannya bagi restoran macam ni parkirnya agak terhad. Namun tidak bagi restoran ini. Mungkin kerana premisnya terletak di dalam kawasan perumahan seksyen 10, parkir di sekitar restoran ini tidak menjadi masalah kepada pengunjung, terutama di waktu malam.

Lokasi

Peta lokasi dari Google Map

Komen explorasa

Untuk yang menggemari masakan authentic melayu, anda boleh masukkan restoran ini ke dalam senarai restoran pilihan anda. Kebersihan, layanan baik dan cepat, serta rasa menu yang sedap menyebabkan saya tanpa ragu menyarankan anda mencuba makan tengahri ataupun makan malam di restoran ini.

antara bloggers yang hadir bersama keluarga masing-masing pada hari itu
antara bloggers yang hadir bersama keluarga masing-masing pada hari itu

Rating

Restoran Hot Pindang Kitchen
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ