Restoran Putera Ayu Tempat Menikmati Pelbagai Menu Sotong Yang Enak

signboard restoran puteri ayu
Restoran Puteri Ayu

Restoran Putera Ayu Padang Jawa Shah Alam

Mencari restoran makanan laut di sekitar Shah Alam tidak sesusah mencari restoran steamboat halal. Banyak restoran yang menyajikan menu masakan makanan laut. Cuma yang perlu diberi perhatian ialah yang mana satu di antara restoran makanan laut tersebut mempunyai rasa yang betul-betul menepati citarasa kita. Kalau boleh kita mahukan restoran makanan laut yang paling best dan sedap di Shah Alam.

Sempena pengambaraan rancangan Menu Kita yang bakal disiarkan di RTM sedikit masa lagi, eXplorasa turut bersama-sama menjelajah ke restoran-restoran pilihan untuk memberi sokongan kepada RTM. Kali ini, untuk siri ke 5 rancangan ini, kami ke Restoran Putera Ayu yang terletak di Padang Jawa Shah Alam. Siri ke 5 ini akan dihoskan oleh Chef Selebriti Brian Chen dengan food blogger jemputan Mahadi daripada mahamahu.com.

Brian dan Mahadi
Brian dan Mahadi di pengambaran rancangan Menu Kita

Unik

Apa yang menarik tentang restoran yang diusahakan oleh keluarga melayu yang berasal daripada negeri Terengganu ini ialah namanya yang unik. Kenapa nama restoran ini Putera Ayu?. Jika Putera sepatutnya kacak ataupun hensem. Tetapi kenapa ada tambahan Ayu di belakangnya?

Persoalan ini dijelaskan oleh pemilik restoran itu sendiri semasa soal jawab yang turut dimuatkan di dalam rancangan Menu Kita nanti. Pemilihan nama Putera menurut Puan Wan Kamshiah adalah kerana beliau mempunyai 4 orang anak lelaki. Manakala perkataan Ayu tersebut merujuk kepada satu-satunya anak perempuan beliau. Maka gabungan empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan tersebut nama Putera Ayu terilham.

Menu Restoran ini

Menu restoran ini berasaskan makanan makanan laut. Ada banyak makanan laut yang anda boleh pilih jika bertandang ke sini. Namun untuk persinggahan kami pada kali ini, kami lebih menumpukan kepada pelbagai menu yang berasaskan sotong.

1. Sotong Masak Petai

petai masak dengan sotong
Sotong Masak Petai

Perrghhh… memang terbaik. Dalam banyak-banyak menu sotong yang dihidangkan saya memilih menu ini. Rasanya memang secukup rasa ditambah lagi dengan rasa petai, menu ini membuka selera saya untuk mencuba menu-menu yang lain.

2. Sotong Bakar Berempah

sotong bakar
Sotong Bakar Berempah

Menu ini pun saya suka. Rempah yang disertakan sekali dengan sotong yang dibakar juga sedap.

3. Sotong Masak Kam Heong

sotong masak ala masakan cina
Sotong Masak Kam Heong

Menu ini adalah menu masakan Cina. Tetapi telah diubahsuai sedikit bersesuaian dengan selera orang melayu. Ia dimasak dengan campuran sotong, udang kering dan daun kari. Memang ada kelainan pada rasanya.

4. Sotong Goreng Celup Tepung

sotong celup tepung
Sotong Goreng Celup Tepung

Sotong yang dipilih untuk menu ini bersaiz sederhana. Ini untuk mengelakkan sotong menjadi agak keras jika sotong saiz besar yang dipilih. Tepung yang menyaluti sotong agak tebal menjadikan menu ini enak untuk dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu saja.

5. Ketam Masak Butter

ketam masak mentega
Ketam Masak Butter

Menu ini dimasak khas oleh chef restoran ini untuk crew pada hari itu. Ia adalah salah satu menu yang menjadi pilihan pengunjung di sini. Ketam yang digunakan adalah ketam nipah. Isinya yang tidak lembik dan mudah hancur memang mengasyikkan bila dimakan.

Penyepit disediakan untuk memecahkan sepit ketam nipah yang keras. Di dalam sepit tersebut ada isi ketam yang besar dan sedap.

hidangan di restoran putera ayu
hidangan yang dikhaskan untuk kami

Parkir

car park
parkir yang agak luas

Parkir ada disediakan di restoran ini. Jadi anda tidak perlu risau akan kenderaan anda yang terpaksa di parkir di tepi jalanraya.

Surau dan Tandas

gambar surau
suraunya agak selesa

Restoran ini ada menyediakan surau yang selesa siap dengan penghawa dingin. Jadi pengunjung tidak perlu risau tentang tempat untuk solat jika datang ke sini.

Tandas yang bersih pun ada di belakang restoran ini.

Info lain tentang restoran ini

Laman Web: Restoran Putera Ayu

Facebook: Restoran Putera Ayu

Waktu Operasi: 5 petang – 1 pagi (Isnin cuti)

No Telefon: 013-231 8867

Lokasi

Komen eXplorasa

Restoran ini menyajikan menu masakan melayu berasaskan makanan laut. Rempah yang digunakan adalah rahsia hasil adunan pemilik restoran ini sendiri menjadikan menu-menunya sedap dan enak sesuai dengan selera melayu saya.

Resipi rahsia ini dijaga dan diawasi sendiri oleh Puan Wan Kamshiah ataupun anaknya selaku pengurus restoran tersebut untuk menjaga kualiti rasa agar tidak berubah. Ini juga untuk mengelakkan kualiti rasa yang menurun jika berlaku pertukaran tukang masak di sini. Satu langkah yang sungguh bijak!

Sotong dan makanan laut yang lain dipilih dan dibeli daripada pasar Kuala Selangor yang memang terkenal dengan bahan makanan laut yang segar. Sebab itulah menu-menu sotong yang dihidangkan kepada kami memang enak dan terasa kesegarannya.

Saya mencadangkan kepada sesiapa yang mencari restoran masakan makanan laut atau seafood ala masakan melayu, anda boleh masukkan restoran ini ke dalam senarai restoran yang harus anda lawati dalam masa terdekat. Pasti ianya tidak mengecewakan anda. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang restoran ini adalah antara restoran makanan laut yang paling best dan sedap di sekitar Shah Alam.

Rating

Restoran Putera Ayu Padang Jawa Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI nova 14 SERIES AND HUAWEI FREEBUDS 7i NOW...

Experience next-level creativity and sound with the all-new HUAWEI nova 14 Series and HUAWEI...

OMS Energy Technologies Inc. Meterai Kontrak Rakan Kongsi Perkhidmatan...

Meluaskan Kehadiran dan Tawaran Perkhidmatan dalam Pasaran Pertumbuhan Strategik. MALAYSIA, OKTOBER 30, 2025 - OMS...

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak: KOSPET Lancar...

Jam Tangan Pintar TANK T4 dan TANK M4 - GNSS Dwi-Jalur, Mod Selam dan...

Professor Lin Xiang Xiong Hosts Landmark Art Exhibition and...

Landmark Art Exhibition and Peace Prize Ceremony - “The Vicissitudes of Life” Celebrates the...

THE NEW JBL SENSE LITE – Be Open Minded,...

BL redefines everyday listening with Open Ear innovation for comfort, safety, and immersive sound....

Amazfit Lancar Jam Tangan Pintar T-Rex 3 Pro, Menampilkan...

T-Rex 3 Pro - Dicipta untuk atlet lasak, tersedia dalam dua saiz dan menambah...

Comments

    • kalau nak rasa makanan laut yang best dan fresh, boleh terjah ke sini. bgtau tokey dia dapat tahu restoran tu drp eXplorasa. mana tau dpt diskaun.. heheheh

  1. Wah, menarik sungguh perkongsian ini! Sebagai pencinta makanan laut, especially sotong, saya rasahttps://explorasa.my/2015/03/restoran-putera-ayu-tempat-menikmati-pelbagai-menu-sotong-yang-enak/ memang wajib dicuba. Gambar-gambar dalam entri ni pun memang buat terliur! Menu yang pelbagai dan unik seperti sotong bakar dan sotong goreng tepung tu nampak sangat menyelerakan.

    Terima kasih kerana berkongsi tempat makan best macam ni. InsyaAllah, akan masukkan dalam senarai lokasi makan-makan bila ke kawasan tu nanti. Harap ada lagi review makanan menarik selepas ini!
    Fatema akther recently posted…HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” (2025) NOW AVAILABLE IN MALAYSIAMy Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ