Cara Mengenalpasti Madu Asli Atau Campuran

MADU

Madu di Malaysia amnya dan dalam komuniti melayu khasnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak zaman berzaman ianya digunakan secara meluas untuk pelbagai keperluan samada bagi merawat penyakit, kosmetik, awet muda, dan kesihatan dalaman. Malah orang-orang tua kita juga menggunakan madu bagi merawat dan mengurangkan kesakitan melecur.

madu dalam alquran
AlQuran sendiri ada menceritakan perihal madu ini

Manfaat dan kepentingan madu umumnya sudah diketahui ramai dan tidak perlu dibincangkan lagi. Madu agak mudah untuk dibeli di zaman sekarang kerana penjualannya yang agak meluas seperti di pasar tani sepertiPasar Tani Shah Alam, kedai-kedai runcit dan dari orang persendirian.

packaging madu
madu yang dijual di pasar tani

Madu Asli atau campuran?

Ramai yang memilih madu yang telah dikilangkan dan mempunyai “brand” . Tidak kurang juga yang memilih untuk membeli madu yang dijual oleh peniaga-peniaga kecil. Isunya, adakah madu yang dijual di kaki lima atau di tepi-tepi jalan ini betul-betul tulen atau memang ianya madu yang tulen cuma telah dicampur air atau bahan lain bagi mendapatkan keuntungan yang lebih..?

Amat sukar bagi kita sebagai pengguna untuk mengenalpasti ketulenan madu ini secara pandangan kasar. Secara peribadi, apabila saya membeli madu saya hanya redha jika madu tersebut tulen atau tidak. Dan saya lebih suka membeli madu yang dijual di pasar-pasar tani daripada membeli di pasaraya besar.

Cara mengenalpasti madu asli atau campuran

Walaubagaimanapun, disini saya ingin berkongsi cara ataupun tips mudah dan ringkas (walaupun tidak semestinya tepat) bagi mengenalpasti ketulenan madu samada ianya madu asli atau campuran.

madu atas kuku
cara atau tips untuk mengenal samada madu itu asli ataupun madu campura dengan bahan lain

Pertama, titiskan sedikit madu ke atas kuku seperti gambar. Pastikan titis madu tersebut tidak meleleh. Ini kerana madu tulen mempunyai elikatan yang tersendiri. Jika titisan itu meleleh, berkemungkinan madu tersebut telah dicampur dangan bahan lain bagi tujuan menambah kuantiti atau lain-lain tujuan.

madu likat
titip madu ke atas kertas tisu
titis madu
setitik madu di atas kertas tisu

Kedua, titiskan sedikit madu ke atas kertas tisu. Jika dalam masa yang singkat, ianya diserap oleh kertas tisu, ia juga menberi tanda ada kemungkinan ianya bukan madu tulen atau ia adalah madu yang telah dicampur dengan bahan lain. Madu tulen tidak akan diserap kertas dalam masa yang singkat. Walaubagaimanapun, jika dibiarkan bagi tempoh yang agak lama, ianya menunjukan kesan yang sama tetapi tidak secara keseluruhannya diserap seperti gambar dibawah ini.

tisu serap madu
madu asli tidak mudah diserap oleh kertas tisu

Berdasarkan ujikaji mudah diatas, berkemungkinan besar madu yang saya beli di Pusat Rekreasi Sungai Tua Ulu Yam Selangor yang saya sedang uji ini adalah tulen.

Loading

Related Stories

Discover

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Gunung Datuk Negeri Sembilan – Penat Lelah Pantas Berbaloi...

Gunung Datuk, terletak di Negeri Sembilan, adalah salah satu destinasi pendakian yang popular di...

Masjid Kristal Kuala Terengganu: Keindahan Seni Bina Islam

Masjid Kristal, juga dikenali sebagai "Masjid Tengku Tengah Zaharah," merupakan salah satu mercu tanda...

Banjaran Titiwangsa | Harta Karun Alam Semulajadi Tulang Belakang...

Banjaran Titiwangsa, sebuah rangkaian bukit dan gunung yang mengukir lanskap Semenanjung Malaysia, adalah antara...

Gunung Kinabalu – Bukan Sekadar Puncak Hendak Ditawan

Gunung Kinabalu, yang terletak di Negeri Sabah, Malaysia bukan sekadar sebuah gunung tetapi ia...

Comments

    • ya. ada banyak cara lain. selain drp itu, biarkan madu tersebut. tgk semut datang hurung ke tak. madu asli semut tak datang hurung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ