Aktiviti waktu cuti panjang
Cuti panjang Tahun Baru Cina ni tiba-tiba terasa rindukan muzik alam.. Dah lama rasanya tak layan bunyi air, bunyi unggas rimba. Periksa khemah, masih ok.. Periksa pula pisau ‘survival’, pun masih lengkap.. Mancis dan ‘fuel tablet’ ada lagi.. Cukup lah tu keperluan..  lain-lain barang, bukan satu kewajipan.
So..boleh gerak.. Ke mana? Sungai Tua, Ulu Yam Selangor.. Lokasinya agak senang untuk dituju. Yang pertama kali datang pun boleh jumpa. Banyak papan tanda disediakan sepanjang jalan.
Cara ke Sungai Tua, Ulu Yam
Jika anda dari Selayang/Rawang, belok kiri selepas Pasar Borong Selayang. Dari situ, anda boleh jumpa papan tanda menuju ke sana.
Sebelum sampai ke sana, anda akan melalui Empangan Batu di sebelah kiri jalan (jika dari Selayang). Bagi yang rasa nak layan suasana tasik Empangan Batu ni boleh la singgah di 2 lokasi yang disediakan untuk pengunjung di empangan tersebut.
Dari Empangan Batu ini, anda akan mengharungi jalan agak bengkang bengkok dan jalan sempit.
Sebelum sampai di pusat rekreasi Sungai Tua ni ada juga tempat rekreasi yang dimajukan oleh orang perseorangan iaitu Nur Lembah Bestari. Tempat rekreasi ini turut menyediakan tempat penginapan dengan harga serendah RM80 untuk 1 malam.
Selepas beberapa minit memandu, anda akan Nampak tanda ini di sebelah kanan. Maknanya, dah sampai la tu.. Walaubagaimanapun, pusat rekreasi ini yang merupakan antara tempat pelancongan dan rekreasi yang paling menarik di negeri Selangor, mempunyai 2 pintu masuk utama.
Yang ni pintu pertama, bagi yang ingin mencuba jambatan gantung, boleh pandu terus sedikit dan masuk melalui pintu 2. Tapi, jika anda hendakkan lebih cabaran, boleh sahaja parking di pintu pertama dan berjalan menyusuri sungai sehingga ke jambatan gantung. Laluan telah tersedia, tidak terlalu mencabar.. Bagi tempat pendakian, telah disediakan tangga simen.
Kebanyakan pengunjung yang datang hanya one day trip sahaja. Jadi, aktiviti utama adalah mandi manda di sungai yang jernih ini. Airnya tidak terlalu dalam dan amat sesuai untuk seisi keluarga mandi manda.
Kemudahan yang disediakan di sini
Wakaf-wakaf disediakan bagi pengunjung berehat dan berkumpul. Kemudahan surau, tandas dan tempat persalinan juga disediakan. Kawasan tebing sungai yang lapang memudahkan pengunjung untuk membentangkan tukar dan khemah. Terdapat juga beberapa lokasi yang menyediakan tempat ‘BBQ’. Pendek kata memang sesuai sangat lah bagi aktiviti keluarga.
Bagi yang suka jungle tracking, ada bahagian korang..laluan disediakan bagi menikmati keindahan flora dan fauna. Laluan agak senang dan agak tidak mengelirukan. Yang penting, ikut jer anak sungai tu dan biasala kat hutan ni, jangan memandai dan tunjuk pandai.
Berkhemah
Aku mengambil keputusan untuk lari dari hiruk pikuk pengunjung (sikit saja jauhnya..) pasang khemah dan apa lagi..masa untuk makan!! ehh..sebelum tu, kita buat dapur segera dahulu.
Cara membuat dapur dan sediakan makanan sewaktu berkhemah
1. cari tin minuman yang mudah dipotong. Seeloknya beli tin air minuman. Airnya diminum untuk hilangkan dahala. Tinnya digunakan untuk membuat dapur untuk penyediaan makanan.
2. Potong tin air minuman kepada 2 bahagian
3. Buatkan tungku daripada batu-batu yang banyak terdapat di sekeliling. Pastikan ia sesuai untuk diletakkan bekas untuk memasak.
4. masukan hexamine solid fuel tablet, dan nyalakan api.
5. siap
Seharian di sini melayan hijau rimba, nyamuk, bunyi air, unggas yang entah apa nama dan yang paling riuh bunyi gelak ketawa kanank-kanak main air.
Dalam riuh rendah itu aku sempat juga terlelap. Sedar dari tidur terasa perut lapar. Masak megi, bancuh air kopilagi. Menjelang petang, aku pulang.
Harga tiket Pusat Rekreasi Sungai Tua, Ulu Yam
Sebelum terlupa.. ni ongkosnya:
Dewasa : RM 1.00
Kanak-kanak : RM0.50,
Parkir: percuma
Tapak perkhemahan: percuma
Pusat rekreasi persendirian Sungai Tua
Tapi jangan terkeliru.. di pintu pertama tadi ada juga pemilik persendirian yang menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat rekreasi persendirian. Bayaran masuk ke situ adalah RM4.00 untuk satu kereta.. Hanya parkir sahaja dikenakan bayaran..
Di dalamnya ada disediakan ATV dengan bayaran RM30 untuk kegunaan selama 15 minit, RM50 untuk setengah jam.
entri macam tergantung sebab tak ada bgtau apa yag ada di dalam pusat rekreasi sungai dua tu. Puaka Gondol, sila bgtau soljar senja supaya buat entri sambungan apa yang menarik di pusat rekreasi sungai tua cepat!!!!
Tak pernah lagi pergi masuk sampai ke dalam. Hanya lalu di luar aje..Nur Lembah Pangsun tu memang fames jadi tempat kem motivasi dan ape bagai…..
Sani Sini Sana recently posted…Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana
ok jugak kalau bawak family berkhemah kat sini.bg diorg rasa mcmana survivor
aikk..
takkan makan sardin aje..
ayam penyet takde kerr..
ohcikgu recently posted…Jenis Cuti Guru Sekolah LAYAK memohon dan tidak jejaskan PENCEN.
hahahah.. sardin jer senang..
kalau nak memancing ikan x paya bayar rm 80 kan ?
tak perlu bayar tuan..
Menariknya tempat.. Boleh try pergi nanti.. 🙂
Ni pula percutian bajet tetapi menarik di area Selangor yang saya kunjungi hari tu..
http://miaqaisarah.com/2015/04/28/ajlaa-village-resort-yang-best/
boleh try pergi bro.. bawak family pun ok
kalau untuk aktiviti atv sejam berapa ya? sebab kami dalam 10 orang
kalau tak silap RM30 utk 15 minit. RM50 untuk 30 minit