Restoran yang menyediakan menu masakan negara timur tengah ataupun negara Arab berkembang pesat masakini. Di mana-mana sahaja ada restoran jenis ini. Malah di bandar kelahiran saya Kuala Terengganu pun sudah banyak restoran jenis ini.
Restoran Mozer’s Bukit Jelutong

Mozer’s, sebuah restoran yang menyediakan menu masakan daripada negara Syria. Sudah lama saya merancang untuk membawa keluarga makan malam di sini. Tetapi belum kesampaian.
Sehinggalah eXplorasa dijemput untuk membuat food review di restoran ini baru-baru ini. Jemputan diperolehi melalui food blogger Hazman Fadzil sempena pra-review sebelum review sebenar untuk rancangan Menu Kita yang akan disiarkan di rangkaian RTM sedikit masa lagi.
Turut pada hari tersebut adalah lifestyle blogger yang juga merupakan ahli aktif kelab Alza, cik lily putih.
Parkir
Tiada masalah parkir di kawasan ini memandangkan restoran ini terletak di kawasan perumahan yang agak elit di Bukit Jelutong. Jadi anda boleh parkir kenderaan anda di depan restoran ini jika kotak parkir masih kosong.
Menu Tradisi Syria
Meskipun ini adalah pra-review makanan dan restoran ini sendiri, namun menu yang dicadangkan kepada kami agak banyak dan menyeluruh.
Jom kita tengok menu-menu yang dihidangkan untuk kami pada hari itu:
Hommous with Lamb

Shawarma Chicken Salad

Main Course
Nasi arab yang menggunakan beras bersaiz besar ini lembut dan enak. Rasanya menjadi lebih sedap apabila dimakan bersama Lamb Shank Kawajh. Memang terbaik!


Mixed Grill Mozer’s
Menu ini memang saya suka terutama daging kebab selain daripada daging lembu, ayam dan kambing yang disertakan bersama. Ini ialah menu pilihan saya jika saya berkunjug lagi ke restoran ini.

Fatayer
Fatayer adalah salah satu “main course” tradisi orang Syria. Ia boleh dimakan dengan roti yang akan didatangkan bersama menu ini. Terdapat 3 jenis Fatayer disediakan di restoran ini:
Grilled Chicken Salad

Spaghetti Seafood

Jika anda inginkan menu lain selain daripada yang di atas, anda boleh juga memilih menu berikut:
Pumpkin Soup
Sup Buah Labu ini boleh dipadankan dengan roti yang turut disertakan sekali di dalam menu ini.

Churros
Untuk menu yang ringan sedikit anda boleh mencuba menu ini.

Raspberry Amerretti Crunch Cake
Kek yang dihidangkan sekali dengan aiskrim ini sesuai untuk dijadikan dessert selepas menikmati main course.

Minuman
Turkish Coffee
Kopi Turki ini diadun mengikut citarasa negara Turki. Boleh dicuba untuk menikmati kelainan rasanya berbanding dengan kopi tempatan.

Jus

Demikianlah menu-menu yang sempat kami cuba. Kepada anda yang ingin mencuba menu negara Syria, anda bolehlah membawa keluarga atau rakan-rakan ke restoran ini.
Info Restoran Mozer’s Bukit Jelutong
Lokasi
Alamat
12G, D’Bayu, Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam , Selangor
Waktu Operasi
11.30 pagi – 10 malam
Komen eXplorasa
Selama ini saya banyak mencuba restoran nasi arab seperti Restoran Aroma Hijrah dan Restoran Marhaba. Tetapi restoran tersebut membawa konsep dan menu daripada negara Yaman. Restoran ini membawakan menu dari negara Syria. Jadi memang ada kelainan sedikit dari segi rasanya.
kawsan terletaknya restoran ini tidak sesak dengan kenderaan kerana ia terletak di dalam kawasan perumahan Bukit Jelutong. Kepada yang tak biasa dengan kawasan ini, menggunakan GPS, Waze ataupun Google Map adalah pilihan terbaik. Untuk Google Maps anda boleh gunakan peta lokasi yang telah saya berikan di atas.
Secara keseluruhan, restoran ini menepati citarasa saya walaupun tidak semua menu yang saya suka.
Restoran ini yang saya anggap sebagai antara restoran nasi arab yang paling best di Shah Alam bolehlah anda masukkan ke dalam senarai restoran yang bakal disinggah.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
dah lama nak cuba restoran ni.. selalu lalu depan, tapi tak tersinggah. sehinggalah pada suatu hari….
dah lama nak cuba restoran ni.. selalu lalu depan, tapi tak tersinggah. sehinggalah pada suatu hari….
Lepas nie boleh la nak bawak family atau client lepak datang makan kat sini pulak yea…..
hazman aka species1980 recently posted…Menikmati menu bihun goreng itik panggang di Hotel Aloft KL SENTRAL
hahhaha.. sekali sekala boley la..
Grill chicken salad tu nampak sedap la bro, lagi lagi tang “sos” dia tuh, perghhh
eBook Bisnes Online recently posted…Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Juru Taip
memang best… mixed grill pun best!
tiba-tiba perutku berasa lapar
imran recently posted…Kenapa tak nak berubah kalau nak kewangan kukuh?
hehehehe… jom ngeteh
Tak sangka syria pun ada masakan seafood, biasa arabian ni famous daging je
Adi recently posted…Yamaha Bakal Melancarkan Yamaha YZF-R25 / R3 Minggu Depan?
yg seafood tu maybe dah campur ngan menu sini kot.. maybe dia buat variety.. hehehe
dari timur tengah selalu kaya dengan rempah yang khas baunya
islam di dadaku recently posted…Kakek Ini Merangkak selama 60 tahun ke Mesjid Shalat Berjamaah Karena Cacat (Masihkan Anda malas Berjamaah di MEsjid?)
ya.. dan rasanya ternyata berlainan dengan menu di tempat kita
fuhh..
jadi lapar pulak aku malam nih..
demm la..
titan recently posted…5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.
hehehehe
sedap juga, kami makan fatayer , churros dan chicken kebab, kalau nak tukar selera boleh lah makan kat sini, ada kelainan , bosan makan yang sama jer.
ya la kannn.. sesekali tukar selera best!!!
kalau kantin sekolah ada hidangan macam ni kan bestt..
ohcikgu recently posted…Jenis Cuti Guru Sekolah LAYAK memohon dan tidak jejaskan PENCEN.
hahahah.. best jugak kalau kat kantin sekolah ada hidangan macam ni. harga mesti murah sbb kantin sekolah.
Temptingnye..nasi tu terlioq btul..heehe
nur zayyani liman recently posted…Letih Bekerja Sampai Tak Cukup Tidur Tapi Masih Sihat Dan Bertenaga..Ini Caranya..
boleh terjah restoran ni di bukit jelutong. menu negara syria ni
Wah, wah, makanan timur tengah memang favourite Mek ila. Tengok gambar-gambarnya saje sudah buat diri lapar walaupun baru lepas makan, hihi
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Promosi Shaklee April 2015 Yang Sangat Fantastic~
hihihi.. biasanya nasi arab byk resipi drp negra yaman. yg ni resipi syiria.