
Unik
Biasanya kita makan dengan menggunakan sudu kan? Tahukah anda bahawa ada satu restoran di luar sana yang menghidangkan hidangan menu-menunya di dalam sudu besar? Ini bermakna ia tidak menggunakan pinggan seperti restoran biasanya. Ia diganti dengan sudu yang besar.
Restoran yang dimaksudkan ialah Restoran Big Spoon yang terletak di Setiawalk Puchong. Unik…! Sungguh unik restoran ini. Pertama kali aku ke sini dan terus aku jatuh hati dengan keunikannya yang tersendiri. Bolehlah kalau nak masukkan restoran ini di dalam senarai antara restoran paling best dan sedap di Puchong.

Restoran ini juga tiada buku menu. Untuk melihat menu anda boleh pergi ke satu skrin eletronik yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk. Anda boleh sentuh dan pilih menu-menu yang anda inginkan.

Jangan risau. Anda tidak akan terlupa menu-menu yang anda telah pilih. Ini adalah kerana setakat ini restoran ini masih belum punya banyak menu. Mereka menumpukan kepada menu-menu yang sedia ada dahulu untuk diperkenalkan kepada pelanggan.
Jemputan Food review
eXplorasa telah mendapat jemputan untuk sesi food review di restoran ini baru-baru ini. Bersama-sama eXplorasa adalah Top Food Blogger Melayu, Top Lifestyle Blogger dan Chef Blogger.
Aku yang datang dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke Setiawalk Puchong ni. Pertama kali sampai ke sini. Tak sangka Setiawalk ni pun meriah. Ada banyak tempat makan. Sesuai untuk melepak bersama keluarga ataupun rakan-rakan.
Parkir
Aku terpaksa berjalan agak jauh kerana tersilap kawasan parkir. Restoran Big Spoon terletak di Blok D. Manakala aku memilih parkir di blok F. Jadi anda perlu tengok betul-betul blok restoran yang anda hendak pergi sebelum memilih parkir kereta anda.
Hiasan dalaman

Restoran ini mempunyai hiasan dalaman yang sederhana. Kerusi dan meja makan ditempah khas untuk disesuaikan dengan konsepnya yang berunsurkan elemen bamboo dan kayu. Keluasan restoran yang tidak terlalu besar mungkin akan menyebabkan restoran ini sedikit sesak jika pelanggan menyerbu pada masa yang sama.
Menu Big Spoon

Tidak banyak menu yang disediakan oleh restoran ini setakat ini. Namun menu yang ada sudah cukup untuk pelanggan mencuba keunikan rasa menu-menu yang terdapat di sini.
Kuantiti makanan yang dihidangkan di dalam sudu agak kurang berbanding dengan restoran biasa yang menghidangkan makanan di dalam pinggan biasa. Namun pada pandangan aku ianya ada kebaikannya. Antara kebaikannya adalah pelanggan boleh merasa ke semua menu yang terdapat di situ.
Jika satu-satu hidangan itu banyak kuantitinya, pasti pelanggan akan kekenyangan dahulu sebelum dapat merasa semua manu.
Jika satu-satu menu yang dihidangkan tidak mencukupi anda boleh minta tambah menu tersebut. Jangan risau tentang harga kerana harga untuk satu sudu hidangan tersebut murah.
Antara menu-menu yang di sediakan di restoran ini adalah:
Strawberry Buttercream Prawns

Menu ini terdiri daripada Udang goreng yang disalut buttercream. Ia dihidangkan bersama dengan strawberry. Rasanya masam-masam manis.
Chicken Cold Noodle RM1.90

Menu ini pula terdiri daripada Cold Noodle (mee sejuk) dan dicampur bersama dengan ayam yang dicarik-carik. Rasanya memang sedap terutama apabila dimakan dengan sos istimewanya.
Dumpling in house Special Sauce RM3.90

Menu ini juga ada sos istimewanya. Memang lazat bila dicicah dengan sos yang disediakan.
Tofu Rice RM1.90

Bagi yang meminati nasi, menu ini sesuai untuk anda. Gaulkan lauk dengan nasi sehingga sekata. Awas. Tofu tersebut agak panas didalamnya jika terus dimakan selepas dihidangkan.
Spring Onion Pancake RM1.90

Lempeng ini digoreng garing. Ia menjadi lebih sedap jika dicicah dengan sosnya.
Sweet Soup RM3.90

Ini tapai sebenarnya. Ia disediakan sebagai sup dan dihidangkan sewaktu masih panas. Aku memang suka pemanis mulut yang satu ini.
Sos dan pencicah

Minyak bijan, pepper corn, kicap, dan minyak cili. Inilah sos-sos istimewa yang membangkitkan lagi selera pelanggan.
Air minuman

Untuk minuman, anda boleh memilih beberapa minuman berperisa yang ada di restoran ini.
Yogurt Drink RM6.00
Pear With Rock Sugar RM4.00
Info tentang Big Spoon
Waktu operasi : 11am – 10pm
Alamat: D-7-G, Block D, SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, 47160 Selangor
(located directly opposite Subway, nearby Tokyo Kitchen)
Facebook: myBigSpoon
Lokasi:
Cawangan lain:
Outlet di Aeon BIG Subang Jaya
Selamat menjamu selera di restoran ini, antara restoran yang paling best dan sedap di Puchong, Selangor.
Rating
Review oleh eXplorasa pada .
Rating:
Whoaa….. menarik sungguh pulak apabila menu dihidangkan dengan sudu besar macam nie…. harga pun murah jadi dah boleh budget apa yang kita makan tu nanti… hehehehe
hazman aka species1980 recently posted…Restoran Waroeng Penyet jadi pilihan pengunjung Citta Mall Ara Damansara
hehehehe… nak sedap cicah ngan sos dia.. baru la terangkat
memang besar sudunya…!!!!
wah, macam mainan gergasi je, umpama main masak masak
Dr Fattah recently posted…Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan
hahahha.. itulah uniknya restoran big spoon ini
cukup ke..nampak mcm sikit jer…haha
jaymiee recently posted…Katakan tidak kepada skim cepat kaya.
tak cukup boleh tambah bro. RM1.90 jer sati sudu tu
Wau uniknye restoran..mmg rare
nur zayyani liman recently posted…4 Fakta Menarik Vitalea Iron Formula
hahaha.. mmg unik dan rare
pehh..
macam lapar semula dah nih.
haha..
titan recently posted…Komisen ke 38 dari Ashadee.com
hahahaha…
menarik sangat konsepnya. menu pun not bad, rasa nak cuba..hehe
Oja Samid recently posted…Cara Mudah dan Berkesan Hilangkan Parut dengan Cepat
harga pun tak mahal.. hehehe
Penat la pencuci pinggan nak kena basuh sudu-sudu besar hohoho
Siti travelog recently posted…Apa nak makan di Turki? Islama Kofte
hahahaha.. sudu besar macam pinggan jugak ni… so tak penat sgt kot.. hahaha
nampak sedap saja, kalau di Alamanda Putrajaya ada Little Wok. Makan pakai kuali kecil. Biasalah, kreativiti peniaga. 🙂
suhiminain recently posted…Menulis Blog Dan 10 Sebab Popular Memulakannya
tu la.. kreativiti inilah yang menjadikan sesuatu restoran itu mendapat perhatian pengunjung selain drp rasanya yang enak, harga yang berpatutan dan servis yang bagus
Tak dapat bayangkan betapa bestnya makan dalam sudu ni..boleh sekali makan je la ni kan..kalau nk lagi boleh tambah..elok makan ckit2 dlu kan..:-P
Noriza Rahman recently posted…Kenali Tahap Kesihatan Melalui Kedudukan Jerawat
hahaha.. kalau makan satu sudu ni memng tak kenyang la.. kena tambah.. rasa semua menua dia.. lgun kalau tambah pun harga dia tak mahal..
(sorry) tumpang tanya, restoren nie halal ke ..
saya yakin halal. tetapi stkt ini ia belum mendapat sijil halal daripada JAKIM kalau tak silap
Telan selagi boleh…halal harom blkg crita…rice wine?
restoran ini asalnya dr korea. diorg ni x tahu translate dgn betul. rice wine itu sebenarnya adalah tapai manis. kami dah tanya dan tegur sebab silap guna traslation tu..
rice wine….sah tak halal. baca bismillah telan. hahahaha
bukan wine la tu der.. tu beras cam tapai jer
rasenye rice wine tu tapai
yup tapai tu.. sy dah sahkan dengan owner. benda ni lah yang banyak disalah ertikan oleh sesetengah orang
soalan berulang. halal ke restoran ni?
masa saya pergi tempohari sijil halal jakim belum ada tuan. tp restoran tidak menyediakan alkohol dan babi