Sambutan Tahun Baru Cina
Chinese New Year ataupun Tahun Baru Cina datang lagi. Ia merupakan salah satu perayaan yang utama di Malaysia dan pada hari ini seluruh Malaysia akan bercuti meraikannya.
Apa yang bagusnya tentang sambutan Tahun Baru Cina ini ialah ia disambut beramai-ramai dengan kaum keluarga dan rakan taulan. Mereka akan berkumpul di rumah ataupun di restoran pilihan untuk upacara Yee Sang. Segala kesalahan dan kesibukan kerja selama setahun dilupakan. Ini akan dapat mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga dan rakan-rakan.
Menyedari hakikat kepentingan hubungan kekeluargaan inilah Hotel Grand Bluewave Shah Alam (GBWHSA) turut memainkan peranan dengan menyediakan set-set menu Yee Sang dan restoran untuk kaum keluarga dan rakan taulan khususnya mereka yang berbangsa Cina datang dan menyambut Tahun Baru Cina di Restoran Cina Tung Yuen yang terletak di tingkat 1 hotel ini.
Menu-menu Tahun Kambing
Untuk tahun Kambing ini, GBWHSA telah menyediakan set-set HALAL menu CNY Auspicious Yee Sang dan CNY Golden Prosperity. Terbahagi kepada 5 set menu, ia disediakan khas oleh Pakar Chinese Cuisine iaitu Chef Patrick. Menu-menu Tahun Baru Cina ini boleh didapati dari 19 Januari sehingga 6 Mac 2015. Menu-menu ini akan disediakan pada setiap hari di waktu makan tengahri di antara pukul 11.30 pagi sehingga 2.30 petang dan juga sewaktu makan malam dari jam 6.00 petang hingga 10.30 malam.
Menu CNY Auspicious Yee Sang
Ini adalah hidangan warisan konvensional pada tahun lunar. Ia disertai dengan acara menggaul dan melambungkan bersama-sama menu yang tersedia untuk satu lagi tahun yang bernasib baik yang penuh dengan  kekayaan dan kesihatan yang baik. Terdapat 4 pilihan menu Yee Sang yang disediakan:
- Yee SangTuna dan Abalone
- Yee Sang Ikan Salmon dan Kerang Pasifik
- Yee Sang Ikan Salmon
- Yee Sang untuk Vegetarian.
Harga untuk set menu Yee Sang ini bermula dari serendah RM38.00 ke RM330.00. Menu ini sesuai untuk pesanan minima 2 orang.
Set Menu CNY Golden Prosperity
Set menu ini dikhaskan untuk keluarga ataupun syarikat berkumpul bersama-sama. Ia boleh juga dipilih untuk perjumpaan bersama rakan-rakan biasa ataupun rakan-rakan perniagaan. Harga bermula dengan RM888.00 (set 1: 7 course), RM1,128.00 (set 2: 7 course), RM1,288.00 (set 3: 8 course dengan Shanghai Pancake), RM1,388.00 (Set 4: 9 course), RM2,888.00 (set 5: 8 Course).
Set-set menu ini tersedia untuk makan tengahari ataupun makan malam untuk 10 orang semeja. Ia hendaklah ditempah awal.
Tempahan
Pelanggan digalakkan membuat tempahan 5 hari lebih awal dengan menghubungi nombor-nombor berikut:
Tempahan melalui telefon: 03-5511 8811 ext 2619
Telemarketing: 03-5511 8811 ext: 2723, 2724, 2725.
Semua harga yang dinyatakan di atas tertakluk kepada 6% cukai kerajaan.
Untuk pengetahuan, Restoran Cina Tung Yuen GBWHSA mempunyai sijil HALAL yang telah dikeluarkan oleh JAKIM dan JAIS.
Peta Lokasi Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Rating
Review oleh eXplorasa pada .
Rating:
sempat lagi kalau saper2 nak ber "yee sang" di restoran tung yuen hotel grand bluewave shah alam. jangan risau, restoran ada sijil halal jakim dan jais