Sambut Ulangtahun Perkahwinan di Hotel Grand Lexis Port Dickson

Pada 25 Mei yang lalu aku berkesempatan bercuti ke Port Dickson. Kami telah memilih Hotel Grand Lexis, salah sebuah hotel yang paling best di Port Dickson untuk penginapan kami. Terima kasih kepada Agoda kerana menaja percutian kami kali ini yang aku tempah melalui Visa Wednesday.
Percutian kali ini bukannya percutian biasa. Ia juga adalah percutian sempena dengan sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 12. Alhamdulillah segala suka duka dan ujian telah kami lalui bersama. Aku memang berterima kasih kepada isteri tercinta kerana dapat bersabar dengan karenah aku setakat ini. Maklum la aku ni bukannya suami yang perfect. Banyak kekurangan aku yang ditampung oleh isteri.
Grand Lexis yang ada taman dan kolam renang di tepi rumah dan di dalam pagar perkarangan bilik sengaja aku pilih. Ini adalah kerana anak-anak aku ni memang sangat teruja dengan kolam ni. So biarlah diorang ni dapat main air puas-puas.

Aku pun tak risau akan keselamatan mereka kerana memang kolam renang tu terletak tepi sliding door sahaja dan boleh nampak dari dalam rumah atau bilik.
Lagipun masa diorang main air tu boleh la aku memperuntukkan “masa berharga” bersama isteri. Bukan selalu dapat suasana romantik begini tanpa gangguan diorang.
Hotel ini memang seperti yang aku jangkakan. Ruang biliknya besar. Dua katil bersaiz king terletak di bahagian hujung bilik sebelah menyebelah. Ada sofa untuk berehat. Ada juga disediakan bahagian dapur untuk kami menyediakan makanan untuk habuan perut. Walaubagaimanapun bahagian dapur ini tidak disediakan tempat untuk memasak dengan menggunakan api. Mungkin ini adalah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh hotel ini.
Lokasi hotel ini hanyalah 2 kilometer daripada pekan Lukut. Banyak kedai makan dan restoran yang best-best di sekitarnya jika anda memilih untuk tidak makan di cafe hotel.
Kami sempat bersarapan di hotel ini pada keesokan paginya. Pelbagai makanan yang disediakan sebagai menu sarapan. Boleh pilih untuk makan di tempat berhawa dingin ataupun di tempat terbuka.
Selesai sarapan sempat juga kitorang berjalan-jalan untuk menikmati susana pantai kononnya. Tapi lupakan saja niat anda jika ianya sama dengan niat kami itu. Ada la sedikit pantai yang boleh di lihat. Tapi tidak cantiklah cantik seperti Pantai Baru Buruk yang mendamaikan ini.
Sebelum check out sempat juga Iqbal dan Iffah mencuba aktiviti memanah yang ada disediakan disitu. Ada bayaran yang dikenakan. RM15 untuk 15 anak panah kalau tak silap aku.
Aktiviti-aktiviti lain yang turut disediakan untuk pengunjung oleh pihak hotel adalah aktiviti bola sepak pantai, bola tampar, menunggang basikal dan basikal tiga roda, memancing dan skuba.
Jadi untuk sesiapa yang inginkan kedamaian untuk berehat bersama keluarga bebas daripada kesibukan kota, hotel ini memang sesuai untuk anda. Berstatus 5 bintang, susun atur di dalam bilik (villa) amat kemas dan mendamaikan jiwa. Berharga RM670 untuk semalaman, keselesaan dan kepuasan yang bakal anda perolehi memang berbaloi.
Kadar sewa Hotel Grand Lexis dan hotel-hotel lain di sekitar Port Dickson

Teringin jugak nak ke sana.. dah lama dok idam..
maybe boleh dijadikan tmpt anniversary ke 5 kami awal thn depan.. hehe
Myra Jay recently posted…Restoran Chuchuk Chucuk Satay Celup
insyaAllah. sy doakan agar impian Myra Jay terkabul. Ameen.
Siap ada kolam renang persendirian untuk anak2 bermain..memang bagus untuk percutian keluarga..
Hijab Terkini recently posted…Hijabterkini.com Dengan Wajah Baru
ya.. memang puas hati bermalam kat sini
Nampak selesa dan bersih bilik yang bro ambik ni..
Siap ada kemudahan kolam renang lagi..
Hairul Azni recently posted…Hijabterkini.com – Tempat Beli Shawl Secara Online
memang mantap bilik villa ni bro
Perghh, terbaik hotel ni..Lepas ni boleh la bro datang bawak bini bro no 2 pula…
eyriqazz recently posted…Murah Rezeki Berkongsi Rezeki
apa..? bro nak bawak bini no 2 kat sini.. ok jer.. no hal.. huhuhu
memang best giler, akak duduk yang di atas laut, sangat luas dan mendamaikan
sweetkurma recently posted…Penjelasan Terakhir Engku Emran
pergghhh.. yg tu lg best..!
Salam, bestnye..nnt boleh g ni..Thanks 4 the info…
Noraizan recently posted…Berpuasa Semasa Menyusukan Anak
mmg best. kalau nak best lg check in kat grand lexis kat tgh laut tu. lg best!!!
dah berapa kali ulang tahun dah nih. hoho
titan recently posted…Hypergear Beg Murah untuk Traveler.
alhamdulillah.. ulangtahun ke doblasss…!
macam best giker,wajib stay sini bila gi penang.
Aishah Ahmad recently posted…Minuman Kesihatan Untuk Pesakit Diabetes
tp ni kat port dickson dik
AA dah lama ngidam nk stay kat Grand Lexis tp agak mahal kot harga tu.nantila bila dah berkemampuan baru berani nak tempah…kene rajin menabung ni
AISHAH AHMAD recently posted…Blog yang AA suka
kalau rancang dari awal boleh juga nak rasa duduk hotel mahal sekali sekala.. hehehehe.
seronok anak2 ini ,berendam mesti tak ingat dunia.
umminani recently posted…Cruise Tasik Putrajaya
hahahah.. mmg best. satu hari tak naik. duk berendam jer