Sambut Ulangtahun Perkahwinan di Hotel Grand Lexis Port Dickson

Hotel Grand Lexis Port Dickson

Hotel Grand Lexis Port Dickson

Pada 25 Mei yang lalu aku berkesempatan bercuti ke Port Dickson. Kami telah memilih Hotel Grand Lexis, salah sebuah hotel yang paling best di Port Dickson untuk penginapan kami. Terima kasih kepada Agoda kerana menaja percutian kami kali ini yang aku tempah melalui Visa Wednesday.

Percutian kali ini bukannya percutian biasa. Ia juga adalah percutian sempena dengan sambutan ulangtahun perkahwinan kami yang ke 12. Alhamdulillah segala suka duka dan ujian telah kami lalui bersama. Aku memang berterima kasih kepada isteri tercinta kerana dapat bersabar dengan karenah aku setakat ini. Maklum la aku ni bukannya suami yang perfect. Banyak kekurangan aku yang ditampung oleh isteri.

Grand Lexis yang ada taman dan kolam renang di tepi rumah dan di dalam pagar perkarangan bilik sengaja aku pilih. Ini adalah kerana anak-anak aku ni memang sangat teruja dengan kolam ni. So biarlah diorang ni dapat main air puas-puas.

Kedamaian taman mini dan kolam renang di sebelah bilik

Kedamaian taman mini dan kolam renang di sebelah bilik

mandi-kolam

 

ukiran katak di tepi kolam renang

ukiran katak di tepi kolam renang

pemandangan kolam renang daripada tingkap bilik air

pemandangan kolam renang daripada tingkap bilik air

Aku pun tak risau akan keselamatan mereka kerana memang kolam renang tu terletak tepi sliding door sahaja dan boleh nampak dari dalam rumah atau bilik.

Lagipun masa diorang main air tu boleh la aku memperuntukkan “masa berharga” bersama isteri. Bukan selalu dapat suasana romantik begini tanpa gangguan diorang.

Hotel ini memang seperti yang aku jangkakan. Ruang biliknya besar. Dua katil bersaiz king terletak di bahagian hujung bilik sebelah menyebelah. Ada sofa untuk berehat. Ada juga disediakan bahagian dapur untuk kami menyediakan makanan untuk habuan perut. Walaubagaimanapun bahagian dapur ini tidak disediakan tempat untuk memasak dengan menggunakan api. Mungkin ini adalah langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh hotel ini.

Bahagian dapur yang serba ringkas

Bahagian dapur yang serba ringkas

ruang untuk menulis

ruang untuk menulis

Lokasi hotel ini hanyalah 2 kilometer daripada pekan Lukut. Banyak kedai makan dan restoran yang best-best di sekitarnya jika anda memilih untuk tidak makan di cafe hotel.

Kami sempat bersarapan di hotel ini pada keesokan paginya. Pelbagai makanan yang disediakan sebagai menu sarapan. Boleh pilih untuk makan di tempat berhawa dingin ataupun di tempat terbuka.

Sofa dalam bilik

Sofa dalam bilik

ruang bilik tidur yang luas

ruang bilik tidur yang luas

TV

TV

Selesai sarapan sempat juga kitorang berjalan-jalan untuk menikmati susana pantai kononnya. Tapi lupakan saja niat anda jika ianya sama dengan niat kami itu. Ada la sedikit pantai yang boleh di lihat. Tapi tidak cantiklah cantik seperti Pantai Baru Buruk yang mendamaikan ini.

Sebelum check out sempat juga Iqbal dan Iffah mencuba aktiviti memanah yang ada disediakan disitu. Ada bayaran yang dikenakan. RM15 untuk 15 anak panah kalau tak silap aku.

Aktiviti-aktiviti lain yang turut disediakan untuk pengunjung oleh pihak hotel adalah aktiviti bola sepak pantai, bola tampar, menunggang basikal dan basikal tiga roda, memancing dan skuba.

Jadi untuk sesiapa yang inginkan kedamaian untuk berehat bersama keluarga bebas daripada kesibukan kota, hotel ini memang sesuai untuk anda. Berstatus 5 bintang, susun atur di dalam bilik (villa) amat kemas dan mendamaikan jiwa. Berharga RM670 untuk semalaman, keselesaan dan kepuasan yang bakal anda perolehi memang berbaloi.

Kadar sewa Hotel Grand Lexis dan hotel-hotel lain di sekitar Port Dickson

borang survey akan di emel untuk anda memberi komen tentang hotel oleh pihak Agoda jika anda menempah menggunakan laman Agoda

borang survey akan di emel untuk anda memberi komen tentang hotel oleh pihak Agoda jika anda menempah menggunakan laman Agoda


26,951 total views, 1 views today

20 Comments

  1. Myra Jay June 11, 2014
    • sohoque June 11, 2014
  2. Hijab Terkini June 12, 2014
    • sohoque June 12, 2014
  3. Hairul Azni June 12, 2014
    • sohoque June 12, 2014
  4. eyriqazz June 16, 2014
    • sohoque June 18, 2014
  5. sweetkurma June 17, 2014
    • sohoque June 18, 2014
  6. Noraizan June 21, 2014
    • sohoque June 21, 2014
  7. titan June 23, 2014
    • sohoque June 24, 2014
  8. Aishah Ahmad July 5, 2014
    • sohoque July 5, 2014
  9. AISHAH AHMAD September 26, 2014
    • sohoque September 26, 2014
  10. umminani April 11, 2016
    • sohoque April 11, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: