Menjamu Selera Di Restoren Sukand’s Food Port Dickson

Restoren Sukand's Food Station
Restoren Sukand’s Food Station

Semasa kami bercuti ke Port Dickson baru-baru ini, kami semacam kekeringan idea di mana hendak menikmati makan tengahari sesampai sahaja kami di bumi berpantai pada tengahari itu. Kami yang telah menempah Hotel Grand Lexis yang sangat best melalui Agoda Visa Wednesday telah mengambil keputusan untuk tidak mendaftar masuk hotel dahulu. Lebih baik kami pergi mengisi perut dulu. Sebabnya anak kami yangg dua orang tu kalau dah jumpa air (swimming pool) kat hotel tu nanti mesti tak ingat dunia. Memang susah la nak ajak makan jawabnya.

Jadi kami mencari restoran untuk makan tengahari terlebih dahulu. Sudah menjadi trend masa kini di saat-saat tak tau nak makan di mana ni, jari jemari akan pantas menaip keyword ” restoren paling best di port dickson “. Lantas di antara keputusan yang tertera di kaca smartphone adalah Restoran Sukand’s Food. Jadi kami pun tanpa berfikir panjang terus mencari restoren tersebut.

pemandangan dalam restoran
pemandangan dalam restoran

Lokasinya tidak lah susah untuk dicari. Jika anda takut tersesat jalan, pasang saja GPS, Google Maps ataupun Waze. Taip nama restoran ini, pasti anda akan di bawa ke hadapan pintu restoran tersebut.

Ia terletak di Waterfront Port Dickson lebih kurang 15 kilometer iaitu lebih kurang 10 minit pemanduan daripada Hotel Grand Lexis yang telah aku tempah. Terletak di sudut hujung bangunan, ia boleh dilihat jelas daripada jalan raya. Manakala di hujung sebelah sana terletaknya cawangan bank Ambank.

Restoran ini pada dasarnya menyediakan menu Nasi Ayam Hainan. Menu ini kemudiannya di olah dengan penambahan untuk menjadikannya lebih tambah nilai dan menjadikan variasi menu berkisarkan Nasi Ayam. Antara menu berasaskan Nasi Ayam ialah Nasi Ayam dengan sos Black Pepper dan Nasi Ayam Cendawan.

kami pilih Nasi Ayam Roasted Chicken with Black Pepper Sauce
kami pilih Nasi Ayam Roasted Chicken with Black Pepper Sauce
Nasi ayam
Nasi ayam
roasted chicken
roasted chicken
sayur tambahan - taugeh
sayur tambahan – taugeh
sos black pepper
sos black pepper

Menu-menu lain ialah Bubur Ayam, Bubur Campur, Mee Sup, Mee Bandung, Asam Laksa, Bakso, Sup Bebola Ikan dan lain-lain.

menu sukand's food station 4

menu sukand's food station 1

menu sukad's food station 2

menu sukand's food 3

Menu sarapan pagi yang terdapat di sini adalah pelbagai menu roti, seperti Roti Bakar, Roti Kukus dan sebagainya. Air minuman juga ada bermacam-macam pilihan.

milo tabur pilihan Iqbal
milo tabur pilihan Iqbal

Selain itu pelbagai masakan ala barat juga ditawarkan kepada pengunjung. Macam-macam ada dari Chicken Chop dan Lamb Chop sehinggalah aneka Pasta dan sebagainya.

Girls Power
Girls Power

Masa aku ke sini tempohari pengunjung agak ramai. Jadi makanan yang dipesan agak lambat sampai ke meja kami. Dan pelayan restoran aku lihat agak kalut mengambil pesanan sehingga ada sedikit miscommunication untuk pesanan kami. Lain menu yang diminta lain menu yang sampai. Tapi kami yang tidak banyak songeh ini, terima saja menu yang sampai. Lagipun menu tersebut masih di dalam kategori Nasi Ayam Hainan. Perut pula tengah berkeriuk lapar. Redha saja lah.

Kaunter bayaran
Kaunter bayaran

Restoran ini yang pernah masuk TV3, ada menyediakan buffet untuk majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Untuk sebarang pertanyaan, boleh la anda tanyakan sendiri kepada tuan punya restoran. Ini alamat dan nombor telefon untuk dihubungi:

Restoran Sukand’s Food
No.62, Jalan Bandar, 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan
014-201 9198

Loading

Previous article
Next article

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ