Sign in / Join

Popia Premium Simpul Kasih Memang Best

Popia Premium Simpul Kasih

Popia Premium Simpul Kasih

Popia Simpul… Tentu ramai yang sudah mengetahui tentang kuih ataupun cookies tradisional ini. Tentu ramai yang sudah merasa dan suka akan kuih ini.

Dipanggil Popia Simpul kerana asal bentuknya seperti popia. Bergulung seperti popia dan bahan untuk membuatnya (kulit) pun sama dengan bahan untuk membuat kulit popia biasa. Cuma perbezaannya ialah ia lebih kecil dan ia disimpul dengan meletakkan intinya ditengah-tengah simpulan tersebut.

Popia Simpul inti "buntal"

Popia Simpul inti “buntal”

Diantara Popia Simpul yang pernah aku makan, ada satu yang aku rasa memang best sangat. Nama Popia ni Popia Premium Simpul Kasih (PPSK). Dah makan satu rasa nak satu lagi. Alih-alih habis satu balang. Memang tak sedar ia dihabiskan tambah-tambah lagi kalau makan sambil menonton.

Closed up

Closed up

Aku pernah tanya pembuatnya mengapa pada namanya ada perkataan PREMIUM. Jawap beliau sebab memang PPSK ini dibuat dengan teliti dan kualitinya memang dijaga dengan betul-betul untuk kepuasan penggunanya.

Proses pengeringan minyak

Diberitahu lagi, PPSK ini selepas digoreng akan dibiarkan selama 2 jam ditempat pengeringan supaya minyak gorengan tadi menitis jatuh sepenuhnya. Sebab itulah jika korang lihat, PPSK ini tiada kesan minyak yang terperap di bawah balang atau bekas simpanannya. Proses ini dibuat bukan dibawah kipas angin atau sebagainya. Ini adalah untuk menjaga kerangupan yang menjadi trademark PPSK.

Popia Simpul Kasih

kualiti popia simpul ii memang dijaga rapi

Inti

Inti PPSK memang seratus peratus dibuat daripada ikan bilis. Ia memang sedikit pun tidak dicampur dengan kerisik kelapa. Ini membuatkan ia tahan lama. Ia boleh disimpan di dalam bekas simpanannya selama 6 bulan tanpa rasa tengik.

Ada beberapa kebaikan ikan bilis yang dijadikan inti PPSK. Diantaranya ialah ikan bilis mengandungi kandungan kalsium. Jadi orang yang menghidap penyakit gout dan yang allergic kepada makanan laut tidak perlu risau. Mereka boleh memakan PPSK tanpa perasaan khuatir. Kalsium ini juga sesuai untuk ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. Jadi orang mengandung pun boleh memakannya di kala selera untuk makanan yang lain tertutup.

Satu lagi keistimewaan PPSK ini ialah intinya memang banyak. Simpulan yang mengandungi inti ikan bilis memang kelihatan buntal dek kerana intinya yang diisi lebih. Memang pembuat PPSK tidak kedekut inti!!! Aku memang tak suka makan popia simpul yang isi sikit. Jadi PPSK ini memang menepati citarasa aku.

Tidak kedekut inti

Tidak kedekut inti

Tak Pedas

Rasanya sedap dan tidak pedas. Jadi pemakannya tidak perlu berselang seli makan PPSK ini sambil meminum air. Kanak-kanak pun boleh makan dengan selamba. PPSK ini memang kegemaran Ifza, anak aku yang berumur 2 tahun.

sesuai untuk semua peringkat umur (kecuali bayi la...)

sesuai untuk semua peringkat umur (kecuali bayi la…)

Rangup

Seperti yang dikatakan tadi, PPSK ini selain daripada rasanya yang sedap ia memang rangup. Ini sudah menjadi trademark PPSK.

rasanya memang amat rangup

rasanya memang amat rangup

Buahtangan

PPSK, selain di letak di dalam balang ataupun tabung plastik, ia juga sesuai dibungkus di dalam plastik dengan bungkusan yang comel. Ia sesuai dibawa ke rumah rakan dan taulan sebagai buahtangan sewaktu kita melawat mereka samada lawatan biasa ataupun lawatan ketika mereka sakit.

Kudapan sewaktu musafir

Ramai yang membawa PPSK ini sebagai kudapan mengiringi perjalanan jauh mereka. Sebagai contoh, ramai yang menyukai PPSK ini membawa ke Mekah sewaktu melakukan ibadat umrah maupun ibadat haji.

Bekal Musafir

Bekal Musafir

Waktu sesuai untuk makan

Bila waktu sesuai untuk makan PPSK?. Jawapan aku ialah pada setiap masa. Tiada masa yang khusus untuk makan PPSK. Samada sambil korang berkerja di pejabat, sambil memandu dan sebagainya, semuanya di atas pilihan korang. Tetapi bagi aku waktu yang paling best untuk menikmati PPSK ini ialah sewaktu menonton TV di rumah. Makan sambil layan Piala Dunia 2014 memang syok. Pekena pulak dengan kopi panas. Memang syok…! Memang tak sedar satu balang tu habis. Cubalah kalau korang tak percaya…!

PPSK ini juga sesuai dijadikan salah satu hidangan untuk hari raya nanti. Boleh dihidangkan bersama kuih raya yang lain. Ia boleh juga dimasukkan bersama cookies yang lain untuk dibuat hamper raya.

Di mana nak dapatkan stok PPSK?

Hahahaha.. Soalan ni paling best. Tentunya korang boleh dapatkannya daripada aku. Isteri aku ada supply PPSK ni. Kalau korang nak, hanya mesej/whatsapp aku (013-9997755) atau emel aku: sohoque@gmail.com. Ataupun kalau rajin isi form kat bahagian contact di blog ini.

Harga PPSK

RM28 untuk packaging 500 gram, diisi di dalam balang plastik. Jika dibeli 2 balang harga akan dikurangkan kepada RM55 (diskaun RM1)

500 gram dijual pada harga RM26 sahaja

500 gram dijual pada harga RM26 sahaja

Penghantaran

Penghantaran akan dibuat secara manual. Aku akan hantar ke rumah ataupun ke tempat kerja korang. Jadi ia hanya terpakai untuk rakan-rakan yang tinggal di Lembah Kelang sahaja.

Kami tidak menghantar melalui pos kerana untuk menjaga kualiti PPSK. Maklum balas yang diterima daripada pelanggan sebelum ini yang kami pos ke alamat mereka, ada di antara PPSK yang sampai kepada mereka pecah dan hancur. Jadi tahun ini kami membuat keputusan untuk tidak menggunakan khidmat pos.

Cuma jika korang ada datang ke KL, boleh la ambil stok daripada kami untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Kepada yang nak order, kena periksa stok daripada kami dahulu. Ini adalah kerana PPSK ini amat laju diborong oleh staf-staf bank tempat isteri aku bertugas.

cepat letakkan order anda!!!

cepat letakkan order anda!!!

Cepat order untuk dijadikan salah satu koleksi kuih raya anda…!

27,214 total views, 48 views today

29 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: