Selepas beberapa kali menikmati menu makanan Indonesia, saya sedikit sebayak semacam sudah jatuh cinta dengan menu dari negara seberang ini. Terdahulu eXplorasa pernah menikmati buffet makan tengahari di Restoran Sari Ratu Prima (SRP) Subang Parade.
Tak lama selepas tu kami bertandang pula ke Restoran Bumbu Desa KLCC yang juga manyajikan menu-menu ala masakan Indonesia yang kebanyakkan menu-menu daripada Sunda. Banyak jugalah menu yang dicuba pada malam tersebut.
Hari sabtu baru-baru ni, sekali lagi kami dijemput ke Restoran SRP. Kali ini kami ke Medan Tuanku menghadiri Majlis Perasmian Cawangan ke 8 Restoran SRP di Malaysia ni. Majlis yang turut disertai dengan food tasting itu berlangsung dengan meriah sekali.
Terasa seperti berada di Sumatera Barat apabila kami para hadirin disajikan dengan tarian Tradisional Minang yang telah dipersembahkan oleh para pelajar Sekolah Indonesia Kuala Lumpur yang cantik-cantik semuanya. Para tetamu juga turut dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu asli minang oleh penyanyi berasal dari Padang, Sumatera Barat.
Restoran Sari Ratu Prima Medan Tuanku Kuala Lumpur
Berdekatan dengan restoran ini, sebenarnya sudah ada cawangan restoran SRP yang terdahulu. Terletak bertentangang dengan bangunan MARA, jaraknya hanya 300 meter sahaja dengan cawangan ke 8 restoran ini. Ini menyebabkan timbul tandantanya dalam fikiran saya yang semat saya ajukan kepada pegawai pemasaran mereka.
Menurut pihak Restoran SRP, Restoran SRP cawangan terbaru ini dibuka untuk menampung permintaan dan kunjungan para pengunjung yang telah memberi sambutan yang amat menggalakkan. Restoran SRP terbaru ini mungkin akan mengurangkan sedikit kuantiti hidangan dengan turut merendahkan harga khas untuk pelanggannya dan untuk menyesuaikan dengan keadaan ekonomi yang agak suram sekarang dengan peningkatan kos sara hidup.
SRP adalah restoran yang berkonsepkan tradisional yang beroperasi menggunakan sistem moden. Restoran ini menyediakan masakan asli Padang yang berasal dari Sumatera Barat. Restoran ini telah mendapat perhatian ramai di kalangan pelanggan terutamanya sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Antara menu yang menjadi daya tarikan adalah Gulai Tunjang, Rendang daging, Ayam Kampung Popular yang di masak stim, Ayam Kampung Goreng Special di masak menggunakan bumbu khas, Gulai Ayam Kampung dan tidak lupa penambah kepada rasa dalam hidangan masakan Padang iaitu Sambal Merah dan Sambal Hijau bersama petai. Sari Ratu Prima juga menyediakan pencuci mulut seperti Es Teler iaitu campuran ais dengan buah-buahan tempatan seperti nangka, kelapa dan avokado.
Setakat ini selain daripada cawangan terbaru ini , Sari Ratu Prima Sdn Bhd telah mempunyai enam cawangan restoran dan satu cawangan medan selera di sekitar Lembah Klang.
Dif Jemputan
Oleh kerana Sari Ratu Prima Sdn Bhd memang mempunyai hubungan langsung dengan pihak di Indonesia, maka untuk merasmian majlis ini Sari Ratu Prima Sdn Bhd telah menjemput Duta Besar Kedutaan  Republik Indonesia, Yang Terhormat Bapak Marsekal TNI (Purn) Herman Prayitno bagi merasmikan pembukaan restoran ini.
Dalam acara ini juga sudah pasti tetamu akan di hidang dengan masakan yang terkenal dari Restoran Sari Ratu Prima dan sebagai pengenalan kepada pelanggan baru untuk merasa masakan asli Padang.
Komen eXplorasa
Langkah yang bijak oleh Sari Ratu Prima Sdn Bhd. Lokasi tersebut iaitu Medan Tuanku memang padat dengan orang ramai. Terutama di hari Sabtu di mana berlangsungnya pasar minggu di Jalan TAR tidak berapa jauh daripada Medan Tuanku ini.
Ramai juga orang-orang Indonesia yang berkerja di Kuala Lumpur bertumpu dan tinggal di kawasan ini. Faktor ini juga memberi kelebihan untuk restoran ini.
Kepada Anda yang gemarkan masakan Nasi Padang ataupun ingin mencuba masakan Sumatera Barat, anda boleh lah bertandang ke sini. Makanan semuanya sedap-sedap belaka. Menu-menunya memang kena dengan selera saya.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
jarak 300 meter jer dgn cawangan lain..memang betul2 tak menang tangan ni.
sampai kena bukak cawangan baru.
penah tengok sebelum ni stesen minyak petronas..lokasi jalan sibuk agaknya, sampai ada dua stesen kat satu tempat.
kiri jalan sebuah, kanan sebuah, saling berhadapan 🙂
Amir recently posted…Cara promote produk di Instagram guna teknik sempoi tapi berbisa
itulah… mmg dekat jer..
cawangan ke 8? alhamdulillah 🙂
Ikhwan recently posted…3 Cara Tentukan Harga Sewa Rumah
🙂