Dah lama saya idamkan masakan berasaskan lobster yang besar dan enak. Namun disebabkan masa yang tidak mengizinkan dan kurang info di mana saya boleh dapatkan lobster seperti yang saya idamkan, niat tersebut tertangguh.
Tapi alhamdulillah. Hajat yang tertangguh tu akhirnya terlaksana apabila kami telah berjaya sampai di satu restoran yang memang menyediakan menu berasaskan lobster di samping menu-menu makanan barat yang lain.
Restoran Steaks & Lobsters Desa Sri Hartamas
Tidak susah untuk mencari restoran ini. Berpandukan Google Maps, kami berjaya sampai ke destinasi restoran ini tanpa menghadapi masalah. Taip sahaja nama restoran ini: “restoran steaks & Losbters”. Daripada suggestion, pilih yang ada alamat Desa Sri Hartamas. Kemudian ikut sahaja direction daripada Google Maps.
Terletak di Desa Sri Hartamas, kawasan sekitar sini memang agak sibuk terutama di waktu berkerja. Nasib baiklah restoran ini hanya dibuka di lewat petang sehingga lewat malam sahaja. Itupun sukar juga untuk mendapatkan parkir.
Susun atur dan hiasan dalaman
Dari jauh sudah ternampak restoran ini. Papan tanda yang terpampang di depan restoran ini memang banyak membantu untuk pelanggan baru seperti kami mengecam lokasi.
Melangkah masuk ke dalam restoran yang yang bersuasana redup ini, mata saya terus terpaku kepada sesuatu yang amat unik pada perkiraan saya. 2 ekor lobster yang masih aktif dan hidup berenang-renang di dalam dua aquarium berasingan yang diletakkan di pintu masuk restoran ini. Lebih unik lagi, lobster tersebut diikat sepitnya dengan bendera dan dipakaikan topi Santa Clause sempena perayaan Krismas pada masa itu. Amat kreatif idea ini.
Meja tersusun dengan rapi. Untuk yang memilih untuk merokok atau Vaping, ada beberapa meja disediakan di luar bahagian belakang restoran ini untuk smokers atau vapors. Pelanggan yang merokok boleh memilih untuk menikmati hidangan di situ.
Restoran ini juga mempunyai ruang makan di tingkat atas untuk menampung pelanggan yang ramai. Jadi pelanggan tidak perlu gusar tentang restoran penuh.
Dinding restoran ini dihias sesuai dengan konsep restoran makanan barat. Yang paling unik dan menarik perhatian saya ialah hiasan seekor lobster yang diperbuat daripada besi. Memang unik.
Menu-menu restoran ini
Appetizer
Ada pelbagai menu pembuka selera di sini. Anda boleh memilih diantara Fried Portobello Mushrooms, Crispy Hot BBQ Chicken Wings, Signature Grilled Baby Lobster ataupun Chili Minced Steak Potato Skins. Mencuba menu-menu pembuka selera yang sedap ini membuatkan timbul rasa tidak sabar untuk mengetahui rasa menu-menu utama.
Oh ya, menu pembuka selera ini dihidangkan dalam kuantiti yang agak banyak. Boleh dinikmati oleh 2 – 3 orang saya rasa. Sebabnya untuk pembuka selera kita biasanya tidak makan banyak.
Menu utama
Sangat mengujakan! Tengok sahaja sudah membuatkan kecur air liur, apatah lagi dapat menikmatinya. Menu utama yang kami cuba pada hari tu ialah terdiri daripada menu yang berasaskan lobster dan steak. Memang sesuai lah dengan nama restoran ini.
Antara menu-menu steak ialah 300gram Wagyu Round Sirloin, Truffle Fromage Ribeye dan juga BOC Ribeye. Yang menariknya menu-menu steak ini boleh dipilih cara masakannya samada anda inginkan yang betul-betul masak ataupun separuh masak. Buatlah keputusan mengikut selera anda.
Lobster
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Menu hidangan yang berasaskan lobster. Lobster segar daripada Amerika dimasak dengan pelbagai menu. Besar-besar lobsternya. Itulah yang menjadikan menu di sini lebih menarik. Sebabnya lobster ini kalau yang bersaiz kecil kurang isinya. Tak puas nak makan.
Antara menu-menu lobster yang sempat menjadi habuan kami ialah Signature Flaming American Lobster, Grilled American Lobster dan Kaffir And Lemongrass Roasted American Lobster. Set Lobster ini turut hadir bersama kentang goreng dan juga salad menjadikan satu hidangan yang lengkap
Selasai menghadap hidangan lobster. Setakat ini saya rasa inilah antara restoran yang menyajikan hidangan lobster paling best di KL
Puas menikmati menu-menu utama, kami dihidangkan pula dengan menu makanan laut iaitu Garlic Herb Lemon Mussels yang di hidang bersama dengan roti lembut sangat sedap dapat rasa bawang putih. ????
Untuk peminat pasta, ada juga menu yang menggandingkan lobster dengan pasta. Cuma menu yang dinamakan Lobster Pesto Pasta ini menggunakan baby lobster. Tengok pun dah mengujakan, apatah lagi mencubanya!
Untuk pilihan pasta lain, ada menu pasta yang bersama mushroom. Ia adalah Truffle Mushroom Pasta. Jumlah mushroom di dalam pasta ini agak menarik hati saya. Kuantitinya agak banyak. Tidak kedekut mushroom. Sangat direkomen untuk penggemar mushroom.
Kepada yang bukan peminat daging, anda tidak perlu risau. Restoran ini juga menyediakan menu-menu yang berasaskan ayam dan ikan. Menu Barramundi Fish And Chips ini sangat sesuai untuk penggemar ikan.
Manakala untuk penggemar ayam anda boleh mencuba Pan-Roasted Duo Stuffed Chicken Mushroom Roulade. Antara lain hidangan ini mengandungi hidangan ayam panggang bersama dengan jalur Portobello, cendawan dan inti keju cheddar.
Hidangan seterusya ini feveret saya. Saya memang menyukai menu yang berasaskan kambing. Cubalah Air Flown New Zealand Lamb Loins. Hidangan daging kambing panggang yang lembut yang didatangkan bersama salad dan kentang goreng serta sos lada hitam. Lebih istimewa lagi hidangan kambing ini dimasak sebaiknya sehinggakan tiada rasa hanyir daging kambing.
Minuman
Mancado
Sangat unik minuman ini. Ia adalah aiskrim vanilla Perancis yang dicampur bersamanya daging itik bakar. Pertama kali saya cuba minuman unik ini. Rasanya pun memang unik. Anda patut mencuba sendiri minuman ini.
Quaker
Ini adalah minuman campuran khas alpukat segar dan mangga. Sangat segar dan sesuai dipadankan dengan menu-menu utama di atas.
Mocha
Minuman perasa mocha ini lebih menarik dan lazat bila dicampurkan dengan aiskrim vanila ini. Sangat menyegarkan dan menarik untuk meneutralkan kembali tekak anda setelah enikmati pelbagai menu tadi.
Info lanjut restoran ini
Alamat:
RESTORAN STEAKS & LOBSTERS
42, Jalan 24/70a,
Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 012-743 7167
Facebook : www.facebook.com/steaksnlobsters
Laman web : www.steaksnlobsters.com
Waktu operasi: 5.30 petang – 12.00 tengah malam. (Hari Selasa tutup)
Lokasi
Untuk yang tidak biasa dengan kawsan Desa Sri Hartamas ini, anda boleh terus menaip nama restoran ini “Steaks & Lobster” dia aplikasi Waze ataupun Google Maps anda. Ia akan membawa anda terus ke depan restoran ini.
Komen eXplorasa
Tak banyak restoran yang menyediakan hidangan lobster dengan pelbagai menu yang menarik dan lazat seperti ini. Jadi kepada penggemar lobster, inilah tempat anda. Daripada hidangan yang menggunakan baby lobster hinggakan kepada lobster besar yang banyak isinya, sesuanya ada di sini dengan menu-menu yang mantap.
Di samping itu, menu berasaskan daging dan kambing juga dimasak dengan begitu sempurna. Saya secara personal amat suka akan restoran ini. Dan akan datang lagi di lain masa ke sini.
Harganya juga adalah standard harga lobster yang boleh didapati di restoran lobster yang lain. Dengan masakan yang sedap dalam kuantiti yang banyak, saya kira harga yang ditawarkan adalah sangat berbaloi-baloi.
Jom makan lobster di restoran Steaks & Lobster Desa Sri Hartamas…! Salah satu restoran lobsters yang best di KL!
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Tak aci tak ajak kita pun makan sekali sedapnya…
hamboih Diva ni… ko nak kena cubit tak?
baca lelaju sebab nampak harga..huhuhu… lagi pulak ternampak orang tengah pegang sepit tu… huhuhu… untung la…
hahahah.. best wooo lobster
tak pandai makan lobster bestnyaaa kalau dapat try..huhuuu
hahaha.. belum makan memang tak pandai.. dah ada dpn mata memang pandai punya lah…
Banyaknya pilihan makanan kat sini! Semuanya nampak sedap dan menggiurkan ..terutama lobster dan wagyu tu perghhhh ‘seksi’ sangat mcm minta digigit² je hehe
Hanim recently posted…Benda Kecil Yang Buat Kamu Bahagia Disaat Orang Sekeliling Menggila!
hahahha.. tapi kualiti masakan memang best kat sini. sy puji
Semua nampak sedappppp
memang sedapppp!!!! kena pergi lagi nanti ni.. nak try menu lain pulak
Hi Sohoque! Great post! The photographs look delicious and it’s tempting for a meat lover like me. I personally love roasted potatoes or mushrooms with my steaks.
Maria recently posted…Quick Update at Mrvapo