
Tak kenal maka tak cinta. Beberapa hari yang lalu eXplorasa ada menerbitkan satu entri berkenaan berbuka puasa di Casa Ombak. Entri itu ditulis hanya berdasarkan bahan rujukan dan ianya dihasilkan untuk sama-sama memeriahkan contest anjuran Casa Ombak.
Memang rasa sedikit tidak selesa dan tidak puas hati apabila menulis tanpa mengalami sendiri apa yang ditulis. Lantas timbul niat di hati untuk ke sana dan merasai sendiri menu masakan buffet ramadhannya.
Menerima jemputan daripada pihak Casa Ombak melalui Denaihati Network tidak sesekali dilepaskan. Tak disangka pula niat menjadi kenyataan dengan cepat.
Lalu pada hari Sabtu baru-baru ini aku telah memenuhi jemputan tersebut. Antara blogger yang turut hadhir ialah rakan perseguruan kelas advance wordpress iaitu Anarm, Kid, dan Eyriqazz serta Kak Hanny. Kak Nora, Nami Namia dan Roshidayu Kerabu Bunga Tanjung pun ada turut serta.
Aku yang datang dari Shah Alam tiba lebih kurang pukul 6 setengah. Nak cari banglo Casa Ombak tidaklah susah walaupun anda tidak biasa dengan kawasan tersebut. Hanya taipkan alamat Casa Ombak “No 22, jalan damai off jalan ampang” di waze. Anda akan dibawa terus ke muka pintu banglo mewah ini. Jika tiada alamat tadi anda boleh search Rahsia Restaurant yang terletak tidak jauh dari situ.
Parkir
Perkara pertama yang aku perhatikan apabila tiba ke sana adalah tempat parkir. Oleh kerana kawasan ini adalah kawasan persendirian maka parkirnya adalah percuma. Hanya tinggalkan kereta anda di tepi jalan di sekitar banglo tadi. Janji anda tidak menghalang kenderaan yang lain.
Suasana
Apabila aku melangkah masuk ke kawasan banglo Casa Ombak, terus mata aku terpaku kepada khemah yang dihias cantik, kemas dan professional yang berlatar belakangkan sebuah banglo mewah berwarna putih. Konsepnya seperti majlis kenduri kahwin. Ia memang berkonsepkan ala garden kerana ianya dibuat di halaman banglo yang dihiasi dengan taman dan pokok-pokok yang terjaga rapi.

Suasana agak tenang. Pengunjung yang datang tidak terlalu ramai hingga boleh menyebabkan keadaan yang bersesak-sesak. Aku suka suasana begini.
Menu
Setelah mengambil tempat duduk bersama blogger yang lain aku mula menerjah meja di mana segala menu di letakkan di situ. Menunya memang ala kampung. Ada Gulai Ikan Masin, Ayam Kurma, Sup ayam, Telur Puyuh, Paru Sambal, Masak Lemak Sayur, ulam-ulaman dan banyak lagi.
Di sudut sebelah sana pula terdapat gerai-gerai masakan segera seperti Char Koay Teow, Laksam, Roti Jala, Roti John dan lain-lain.
Juga terdapat gerai air minuman dan Air Batu Campur. Meja dessert dan buah-buahan di sediakan berdekatan dengan gerai air minuman.
Lokasi
Oleh kerana ianya adalah banglo peribadi lokasinya terkedalam sedikit. Tapi sebenarnya tidak susah pun untuk mencari banglo ini. Kedudukannya adalah di kawasan belakang Hotel DoubleTree.
Kalau nak lagi mudah cari, taip saja alamat penuh dalam aplikasi Waze seperti yang telah disebutkan di atas.
Tempat Solat
Tempat solat terbaik!. Ruangan dalam banglo telah ditukar menjadi surau sementara. Amat bersih. Siap dengan karpet lagi. Siap dengan penghawa dingin lagi. Bersolat di sini memang selesa tanpa bersesak-sesak dengan pengunjung.

Harga
Ini yang paling best. Harganya hanya RM55 nett untuk orang dewasa dan RM27 nett untuk kanak-kanak. Dengan harga ini, buffet ini mungkin antara buffet Ramadhan yang paling murah di KL. Susah aku rasa nak jumpa dalam KL buffet Ramadhan yang semurah ini. Dengan menu-menu dan kemudahan yang disediakan untuk pengunjung, harga ini memang berbaloi.
Jadi memang benarlah apa yang telah aku tulis untuk entri contest itu. Casa Ombak memang berbaloi.



Jadi kepada sesiapa yang nak mencuba berbuka puasa di sini, anda boleh mencuba beriftar secara buffet di Casa Ombak ni. Memang berbaloi.
Hubungi nombor di bawah untuk tempahan:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com
seronoknya dapat berbuka puasa di casa ombak… lauk pauk pun menyelerakan…
tu la.. kaaaan….
sekali lagi aku tanya..
ada cendol takk??
titan recently posted…YSLM dah kena serbu dengan KPDNKK.
utk sekian kalinya aku jawab: ada! hoho
Tengok korang macam enjoy jer….. teringin jugak aku nak pergi cuba sendiri buka pose kat sana….
hazman aka species1980 recently posted…Promosi Buffet Ramadhan 2014 – The Everly Hotel Putrajaya
enjoy gak la.. sbb ramai memember blogger turut hadir. malah aku jumpa offismate aku masa keje kat kemaman 15 tahun dulu pi makan situ.
mmm…nyam2…ada gerai ABC. Kalau saya pergi sana..gerai tu yang saya akan attack…
Nurul recently posted…EasyCafe, Makanan Barat Sedap di Tanjung Malim
hehehehe… lagi best, bahan2 ABC tu blh letak sendiri
Nampak sedap 🙂
Hans recently posted…Makanan Bazar Ramadan Sedap Ke?
memang sedap.. hehehe
bagus artikel ini. lengkap. susunan blog pun kemas. boleh pergi jauh. teruskan penulisan. salam kenal jemput singgah blog ye. 🙂
Anwar Abdullah @ Kaio recently posted…Buffet Ramadhan PICC Cafe Meraikan Anak-anak Yatim Baitul Barokah Wal Mahabbah (VIDEO)
terima kasih tuan kaio. slmt berkenalan