Baru-baru ini aku bersama beberapa orang blogger lagi telah dijemput ke INTI International University & Colleges (INTI) untuk program iftar di sana. Ia sebenarnya adalah program yang dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar daripada School of Hospitality (SOHOS). Ini adalah program yang diatur oleh pihak INTI sebagai sebahagian daripada perkembangan individu dan pembelajaran innovatif mereka di sana.
Kali ini mereka dikehendaki menyediakan majlis makan bertemakan Australian BBQ. Antara menu-menu yang disediakan pada malam itu ialah, Aussie Burger (burger daging kambing ala Australia bersama cheese, nenas dan bett-root sebagai topping), Aussie Tilapia (menu ikan Tilapia panggang disediakan bersama salsa mangga) dan Lamingtons (Kek Sponge Australia yang baluti sos coklat dan dan kelapa).
Ada juga menu tambahan seperti sosej panggang dan jagung.
Memang best! Dah boleh buka restoran dah pelajar ni kalau diikutkan rasa menu yang dimasak hari tu. Burgernya besar-besar. Aku cuba merasa Burger Daging Kambing dan Burger Daging Lembu dengan mengambil keduanya serentak di dalam satu pinggan. Akhirnya sempat makan burger daging kambing je. Burger daging lembu hanya sempat makan separuh je. Perut dah penuh.
Ikan Tilapia panggang nampak macam tidak menarik. Tapi rupanya sedap! Itu adalah kali pertama aku menikmati ikan Tilapia panggang macam tu. Serius, memang sedap!
Aku sempat juga merasa Steak. Memang lembut dagingnya dan sedap…! Begitu juga dengan Sosej panggang dan jagung bakar. Best. Sesekali berbuka puasa dengan makanan barat macam ni ok jugak sebenarnya. Tak ada la asyik pergi buffet ramadhan je.
Sambil para hadirin menikmati menu yang disediakan, ada persembahan live yang dipersembahkan sendiri oleh pelajar SOHOS tersebut. Ada nyanyian dan tarian ala Australia. Kreatif para pelajar ini.
Ini diselangi dengan acara cabutan bertuah. Ok la kan. Mereka yang datang bukan sahaja kekenyangan malah ada yang membawa pulang hadiah pula.
Oh ya, mereka mengenakan bayaran sebanyak RM55 untuk satu kepala. Kira ok la harga tu dengan makanan yang banyak ni. Berbaloi la.
Jika dinilai secara keseluruhan, majlis ini berjaya diadakan dengan jayanya. Tahniah kepada pelajar-pelajar SOHOS INTI. Cuma ada sedikit yang perlu diperbaiki iaitu dari segi servis.
Servis sepatutnya boleh diperbaiki lagi. Sesuatu perlu dibuat untuk mengelakkan hadirin beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Apatah lagi jika majlis dibuat di bulan Ramadhan yang mana hadirin dari kalangan muslim sudah seharian mengikat perut. Pastinya perasaan tidak sabar menghantui diri apabila waktu berbuka puasa sudah tiba.
Apa-apa pun tahniah buat pelajar SOHOS INTI dan juga staf yang memberi sokongan kerana berjaya mengendalikan Majlis berbuka puasa Aussie BBQ.
Hurmmm…. tengok gambar macam tak berapa nak ada je hidangan menu makanan….harap2 penganjur akan lebih baik pada tahun yang mendatang
hazman aka species1980 recently posted…The 4th Annual Grand Iftar with Palestine Community in MALAYSIA
Australian BBQ… diorg concentrate on burger lamb n beef, steak, tilapia, sosej dan jagung. ini student led punya projek. Bukan mcm hotel2 yang yop man pernah attend. for student sy rasa program ni dah agak berjaya. buat kat kolej jer pon..
nampak besar burgernya tu, gambar ikan tilapia bakar tu takde ke …heeee?
hahahaha.. tilapia panggang memang tak sempat nak snap. masuk perut dulu.. tunggu gambar dari eizil. rasanya dia ada snap.. hahahaha
jagung tu macam sedap aje.
titan recently posted…150 sales dari satu produk. Bagaimana saya berjaya dapat hasil begini?
heheheh.. jagung bakar.. ok la…
terliur tengok
Hans recently posted…Hans Comix : Mengamuk
hahahah.. mmg best wooo
School of Sohoq? Dibuka bersama rania?
eyriqazz recently posted…Pengalaman Kedua Shopping di Lazada Malaysia
hehehehhe..
Rindu suasana ketika berada di Adelaide, Australia beberapa tahun dahulu. Makanan Malaysia juga dirindui apabila berada dinegara orang.
akubiomed recently posted…Sabtu day hari operasi membersih sempena Raya
bro dulu belajar kat adelaide ke?
teringat kembali kenangan kolej hehe
Farid Laham recently posted…Tanah Untuk Di Jual Area Keramat Kuala Lumpur
ingat awek lama lettew… heheheh
memang stail burger Ausie besar-besar ke? memang tak larat macam tu kalau nak makan time berbuka. biasanya kita berbuka pun bukan boleh makan banyak sangat kan
azwan recently posted…Ranking FIFA : England Jatuh Teruk !
besar gak la.. aku ambik dua burge kononnya nak habiskan.. burger kedua tu aku tgk jer, tak larat nak habiskan..
Masih tertanya tanya.. apa beza bbq australia dengan bbq yang lain. Hehe
Makan bbq sambil dengar lagu australia ke?
Mazni Azmi recently posted…Tudung Nur Koleksi Helwa Jun 2014 Cantiknyaaa
menu dia ada lain sikit…
jagung tu macam menarik perhatian je….
brp rating boleh bagi….
Melastik Bintang recently posted…Rintihan Palestin
3/5 kot.. tp ok la sbb ni student yg organized. kira tip top dah ni kalau level student. tak leh nak banding dgn restoran kat luar