Flamin’ Spicy Chicken Meal Menu Khas KRR Sempena Ramadhan

Promosi menu sempena Ramadhan di KRR
Promosi menu sempena Ramadhan di KRR

Baru-baru ini eXplorasa dijemput lagi ke event food tasting oleh Kenny Rogers Roasters (KRR). Memang sudah menjadi satu strategy pemasaran KRR yang akan menjemput blogger untuk merasa menu setiap kali menu baru diperkenalkan. Bloggers akan menulis sendiri pengalaman mereka dan menceritakannya di blog masing-masing. Satu strategy pemasaran yang bijak oleh KRR. Terima kasih kepada KRR kerana sekali lagi memberi kepercayaan kepada eXplorasa.

Menu baru KRR kali ini ialah Flamin’ Spicy Chicken Meal. Ia adalah menu khas sempena bulan Ramadhan. Di samping anda mencuba buffet-buffet Ramadhan yang banyak ditawarkan oleh hotel, restoran dan catering seperti Buffet Ramadhan Casa Ombak ini, anda boleh beralih arah mencuba menu yang lebih ringkas seperti yang menu baru KRR ini.

Set ini merangkumi ayam yang agak pedas sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang rata-rata menyukai masakan yang agak pedas. Ia dihidangkan bersama Nasi Tomato dan salad. Muffin Pandan pun turut disediakan di dalam set ini yang berharga RM19.90.

set makanan kenny rogers roasters
set flamin’ spicy chicken meal

Untuk minuman pula anda boleh mencuba air minuman Jewel Treasure dengan tambahan hanya RM8.00.

air strawberry limau kenny rogers roasters
Jewel Treasure

Rasa menu baru KRR ini sedap..! Cukup untuk membuatkan anda yang berpuasa seharian berpuas hati. Ayam yang dimasak dengan rempah khas amat sedap rasanya. Pedasnya memang secukup rasa. Memang terasa nak pesan satu lagi ayam ni untuk diratah begitu saja.

ayam sambal
ayam pedas dan bersambal

Manakala nasinya pula lembut dan amat menyelerakan. Kehadiran Salad di dalam menu ini melengkapkan lagi hidangan set ini.

Nasi yang dihidangkan sekali di dalam set Flamin' Spicy Chicken Meal
Nasi yang dihidangkan sekali di dalam set Flamin’ Spicy Chicken Meal
gambar sayur salad
Salad turut dihidangkan
dessert di kenny rogers rosters
Muffin berperisa pandan sebagai dessert

Kepada yang tidak suka nasi, anda boleh menukarkan menu tadi dengan set Flamin’ Spicy Chicken Spaghetti. Menunya sama. Cuma nasi diteukarkan kepada Spaghetti.

gambar spaghetti
Flamin’ Chicken Spaghetti

Kepada yang tidak sempat nak memasak dirumah untuk sajian berbuka puasa, dan mencari menu selain daripada buffet Ramadhan, mencuba menu baru KRR ini adalah satu idea yang bagus. Ditambah dengan suasana KRR yang berhawa dingin pasti akan membuatkan anda dan keluarga dapat berbuka dengan tenang dan nyaman.

Selamat berbuka puasa dengan Flamin’ Spicy Chicken Meal daripada KRR.

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ