Pabila Ramadhan menjelma, antara yang menjadi sebutan selain daripada ibadat-ibadat khusus yang dilipat gandakan pahalanya adalah buffet ramadhan . Hotel, restoran dan katering antara yang sibuk menawarkan pakej buffet di bulan ramadhan.yang mulia.ini. Casa Ombak, pun tidak ketinggalan untuk mengambil peluang ini.
Kepada yang inginkan kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan taulan pasti mula mencari tempat untuk tempahan Buffet Ramadan. Untuk itu anda boleh mencuba menu dan kelainan suasana berbuka puasa di Casa Ombak.
Casa Ombak dan Ombak Creative
Casa Ombak Sdn Bhd adalah syarikat yang menaungi Ombak Creative, sebuah syarikat pengurusan event.
Ombak Creative mempunyai pengalaman luas di dalam industri pengurusan event iaitu lebih dari sepuluh (10) tahun. Ia berpengalaman dan pakar dalam menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan. Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin membuat tempahan.
Terletak di di Casa Ombak Banglo, Jalan Damai off Jalan Ampang, tempat ini amat sesuai dipilih sebagai destinasi berbuka puasa anda di atas beberapa sebab di bawah.
Kenapa pilih Casa Ombak sebagai destinasi berbuka puasa.
1. Harga buffet ramadhan di Casa Ombak
Harga yang ditawarkan untuk buffet ramadhan di sini adalah amat berpatutan berbanding dengan tempat lain yang mempunyai kualiti dan standard yang sama. Di sini anda hanya membayar RM55.00nett untuk dewasa dan RM27.00nett untuk kanak-kanak yang berumur 5-12 tahun.
2. Menu
Menu utama buffet Ramadhan di sini terdiri dari pelbagai hidangan kampung yang meriah. Casa Ombak juga ada menyediakan sudut gerai masakan segera untuk pengunjung memesan masakan panas.
3. Suasana
Berbuka puasa di sini menjanjikan persekitaran yang damai seperti di kampung. Ia menerapkan konsep ala garden di mana pengunjung boleh menikmati hidangan berbuka puasa dalam suasana santai.
4. Lokasi
Banglo Casa Ombak terletak tidak jauh daripada pusat bandaraya. Ini menyenangkan anda yang berkerja di Bandaraya Kuala Lumpur untuk ke sini terus dari pejabat selepas habis waktu kerja. Alamat penuh Casa Ombak:
Casa Ombak Banglo,
No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang,
Ampang Selangor
5. Tempat Solat
Tempat Solat yang selesa ada disediakan di sini untuk muslimin dan muslimat. Pengunjung tidak perlu risau untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Jadi, pengunjung bolehlah merancang waktu makan dan solat mengikut pilihan masing-masing dengan bijak.
Jom terjah Casa Ombak di bulan Ramadhan ini. Sesekali berbuka di luar seperti di Casa Ombak ini boleh memberi kelainan kepada kita. Ajaklah saudara mara dan rakan taulan untuk bersama-sama berbuka puasa di sini. Pasti menu dan pengalaman yang bakal diperolehi amat berbaloi dengan harga yang dibayar.
Tempahan
Oh ya… tempahan juga dibuka kepada orang ramai dan boleh dibuat untuk individu, berkumpulan dan keluarga atau syarikat.
Kepada yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan oleh Casa Ombak, anda boleh hubungi:
Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page
Website: www.OmbakCreatives.com
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
KIranya harga kat sini memang mampu la kalau bro nak jamu dan taja kengkawan kan…. ehehhehehe
hazman aka species1980 recently posted…Promosi Bufet Ramadhan 2014 – Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur
heheheh… boleh jer kalau yop man mau..
Salam ramadan al mubarak dari saya sekeluarga
*Moga berjaya dalam contest ni…
AUC recently posted…Buffet Ramadhan Casa Ombak
Aameen.. tq bro
hoho..
ada cendol tak kat sana?
titan recently posted…8 Sebab Kenapa Blog Aku TERBAIK berbanding blog lain.
Hoho.. nnti gua tanya penganjur..
Jom ramai-ramai kita berbuka kesana, untung-untung ada diskaun…heee .
semoga sukses untuk kontes ni bro.
Denaihati recently posted…Titian Serasa Ramadhan Bersama Yeos
jooom.. heheheheh
Discount bisa di atur hehe
AkmaOmar recently posted…Buffet Berbuka Puasa The Royale Bintang Kuala Lumpur
ok… jom serbu!!!
Kemas aje entri ni…Semoga berjaya & terima kasih join ya 🙂
AkmaOmar recently posted…Contest Duit Raya Casa Ombak
Menyertai contest anjuran akma omar adalah satu kebanggaan
memang pakej buffet ramadhan oleh casa ombak menarik, tapi sayang tak dapat cuba. jauh dari kawasan. apa-apa pun salam ramadhan bro. semoga sukses dalam kontest ini. 🙂
Mohd Isa recently posted…Buffet Ramadhan Casa Ombak
sy yang dekat ni pon tak dapat cuba gak bro. isteri balik keje lambat. takkan nak biar anak2 berbuka sendiri.. huhuhu
Buffet Ramadhan Casa Ombak memang terbaik. Salam Ramadhan buat anda. Semoga berjaya…. ada peluang nak menang ni.
Kamil Salleh recently posted…Felixia Peluk Agama Islam
semoga berjaya dalam kontest ini…selamat berpuasa!
hero borneo recently posted…Imbasan Entri Blog Sepanjang Minggu (2)
terima kasih bro.. selamat berpuasa utk bro juga
rasa nbak ke sana lagi.. jumpa pelakon… hihihi
KiD recently posted…Adobe Premiere Pro CC 2014
Tempat solat tuh yg penting..makan, makan juga..apa yg wajib perlulah ditunaikan..bagus Casa Ombak nih..
UpProfits recently posted…Buffet Ramadhan atau Baazar Mana jadi Pilihan?
ya betul tu.. selesa tempat solatnya
Asalamu’alaikum wrmbth,
Sekali sekala boleh lah. Hari hari memang berlubang poket
Mazni Azmi recently posted…Hilangkan Kelemumur Cara Memakai Tudung Yang Selesa
wassalam.. ya la.. takkan hari2 kan.. boring gak. heheheh
maklumat yg menarik.. tq atas info..
jemput datang ke blog akak
http://www.yatiadam.com
kak yatiadam recently posted…MAAFKAN DIA
insyaAllah.. terima kasih atas lawatan akak ye..