Resipi Ayam Masak Merah Mr Mama

ayam masak merah simple

Ayam Masak Merah (gambar hiasan)

Masak sendiri

Tidak saya sangka artikel saya Resipi Ayam Masak Kicap Mr Mama yang saya terbitkan di sini mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Sebabnya saya bukanlah pakar masakan. Setakat masak yang simple-simple seperti Ayam Masak Kicap, Ayam Gulai dan resipi ini yang bakal saya kongsikan kejap lagi, boleh la.

Saya masak pun untuk makan sekeluarga saja. Harapan saya sedikit sebanyak dapat meringankan beban isteri yang sudah kepenatan seharian berkerja. Nasib baik la anak-anak saya suka masakan saya.

Lagipun saya puas hati kalau masak sendiri ni sebab saya boleh buat ikut citarasa tekak saya. Lagi satu, kalau masak sendiri ni saya boleh selitkan dengan doa-doa ketika di dapur untuk kebaikan keluarga saya semasa memasak tu.

Saya yakin aura doa yang terkena pada lauk masakan tadi akan dapat menghasilkan sesuatu dengan izin Allah. Kata orang tua-tua air tangan ibubapa ni berkat.

Di waktu cuti sekolah ini saya memang hampir setiap hari memasak untuk anak-anak yang saya tinggalkan di rumah. Oleh kerana saya ni bukan pakar seperti pakar masakan Che Mat Gebu, saya akan gilirkan menu-menu masakan yang saya tau masak tu. Sekurang-kurangnya tak der lah anak-anak bosan makan lauk yang sama. Hehehe.

Ok, pagi tadi sebelum keluar berkerja sempat la buatkan lauk ayam masak merah yang amat simple tapi best. Betul! Anak-anak saya cakap best papa dia masak. Hehehe.

Resipi Ayam Masak Merah

Resipi ini hanya sesuai digunakan oleh orang bujang ataupun orang yang nak masak simple serta ringkas sahaja. Yang suka masak dengan hiasan bagai tu tak sesuai kot dengan resepi yang serba ringkas ni,

Bahan-bahan resipi ini:

  1. Separuh ekor ayam yang dipotong sederhana besar.
  2. 2 sudu besar cili kisar (jika nak kurangkan pedas cukup 1 sudu sahaja. Cuma nanti kurang merah jadinya kuah ayam masak merah yang simple ni)
  3. 2 atau 3 sudu besar bawang (saya dah kisar sekali bawang merah bersama bawang putih siap-siap)
  4. Minyak untuk menggoreng secukupnya
  5. Garam secukup rasa

Cara Memasak:

    • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan cili kisar dan bawang tadi sehingga timbul bau wangi
gambar tumis

tumis bawang dah cili gilis

    • Tunggu beberapa ketika dan masukkan ayam.
    • Gaul tumisan dengan ayam tadi.
ayam dalam kuali

gaulkan ayam dan masukkan garam

  • Tambahkan air untuk jadikan kuah. Jika mahukan kuah yang banyak tambahlah lebih air. Saya selalunya akan lebihkan air sebab anak-anak suka lauk yang berkuah.
  • Masukkan garam
  • Besarkan api dan tunggu seketika
  • Selepas itu kecilkan api dan biarkan ia mendidih perlahan selama 30 minit.
  • Sementara tunggu tu jenguk-jenguk la masakan tu sekali sekala.
  • Kemudian tutup api dapur dan resipi ini siap untuk dihidangkan.

Mudah bukan?. Bahan-bahan resipi ini amat mirip dengan resipi Ayam Masak Kicap. Hanya keluarkan kicap sahaja daripada bahan resipi.

Kepada yang nak cepat, nak yang simple ataupun ringkas dan tak mahu libatkan bahan-bahan yang banyak, bolehlah cuba resipi ini yang saya namakan Ayam Masak Merah Mr Mama ini. Cepat, ringkas dan sedap!

Selamat mencuba resipi ini ya!

p/s: Oh ya… Kalau korang nak resepi kuih, korang boleh terjah entri: Resepi Kuih Keria Gula Melaka ni. Kuih ni viral bebaru ni…

80,370 total views, 3 views today

17 Comments

  1. AUC January 8, 2015
    • sohoque January 9, 2015
  2. Oja Samid January 17, 2015
    • sohoque January 17, 2015
  3. Sani Sini Sana February 2, 2015
    • sohoque February 2, 2015
  4. wildan June 11, 2015
    • sohoque June 12, 2015
  5. kimjongyu July 29, 2015
  6. Siti Rahmah Ibrahim August 10, 2015
    • sohoque August 10, 2015
  7. Azzah Aziz August 24, 2015
    • sohoque August 24, 2015
  8. rahadian September 10, 2015
    • sohoque September 10, 2015
  9. Cynthialorans September 11, 2015
    • sohoque September 11, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: