Kat KL Pun Dah Ada Tempat Makan Durian dan Buah-Buahan Tempatan Tau…!

Antara entri aku yang sering mendapat sambutan apabila tiba musim durian ialah entri Buffet Durian Di SS2 Petaling Jaya. Sehingga banyak kali aku dihujani panggilan telefon untuk bertanyakan tempat tu. Sampaikan kadang-kadang rasa terganggu pulak aku.

Ramai rupanya peminat durian ni. Cuma untuk yang tinggal jauh daripada PJ tak ada pulak tempat yang proper untuk makan durian macam tu. So diorang macam masih tercari-cari tempat untuk melepak sambil makan durian di sekitar KL.

Tapi kini tidak lagi. Orang KL dan kawasan sekitarnya dah tak perlu pergi jauh-jauh untuk menikmati durian. Dah ada tempat makan durian kat KL. Lokasinya pun senang untuk dicari dan dekat dengan Monorail (stesen Bukit Nanas). Malam tadi aku dan beberapa rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari sempat menerjah ke sana sempena pembukaannya.

Tempat makan durian @ MATIC KL

Ya.. Lokasinya adalah di Matic Jalan Ampang KL, di kawasan letak kereta depan Cocoa Boutique.


Yang aku suka kat sini diorang ada sediakan kerusi dan meja yang proper untuk pengunjung. Pilih jer durian yang berkenan di hati, bagi kat diorang untuk diorang kopekkan. Kita tunggu jer kat meja.

Cuma yang aku perhatikan malam tadi, lepas diorang kopek durian tu, isinya diorang akan letak dalam bekas plastik untuk dihidangkan kepada pengunjung.

bekas plastik

Aku kurang minat cara ni. Sebab makan durian dalam bekas lain ni macam tak real sangat. Feel dia kureng.. Aku lebih suka kalau diorang tolong kopekkan dan bawak dengan kulit-kulit sekali ke meja untuk kita ambil isinya daripada paksanya. Itu yang lagi best! Kalau letak dalam bekas lain macam tu rasa macam beli durian tapau jer untuk makan kat rumah.

Tapi malam tadi aku request untuk diorang hidangkan sekali dengan kulit tu dan diorang ikut jer. So, syok giller lah aku malam tadi boleh layan Udang Merah segar daripada paksanya.. Hehehehe.

Diorang juga ada sediakan air kelapa untuk pelanggan yang inginkan minuman untuk basahkan tekak. Air kelapa ni sebenarnya adalah perfect match tatkala makan durian. Ia berfungsi menyejukkan badan yang kepanasan akibat makan durian.

Harga

Harga durian kat sini mengikut harga semasa. Korang pilih durian jenis apa yang korang nak. Diorang akan timbang dan bagitau harga.

Layan durian kat matic jap. Buat sahur terus pun ok ni . #sohoquedotcom #matic #durian #ramadhan2017 #kbba9

A post shared by Ishak Ismail (@sohoque) on

Contohnya malam tadi, Durian Udang Merah (Red Prawn) yang aku makan tu harganya RM40 sekilogram.

Komen eXplorasa

Pada aku, tempat makan durian di Matic KL ni adalah terbaik. Sebabnya lokasinya senang diakses dan dicari. Boleh guna public transport untuk yang tak nak pergi dengan kereta sendiri.

So orang KL senang la nak makan durian sekarang. Datang jer sini. Yang luar KL pun boleh jer datang. Kalau turun ke KL, lepas shopping tu boleh jer singgah.

Cuma kat sini tak macam kat SS2 tu la. Sebabnya kat sana diorang bagi pilihan untuk makan secara harga buffet. Kat sini tak ada option tu. Tapi harga ok la jugak sebab ia mengikut harga pasaran.

Yang bestnya tempat makan durian ni bukan dibuka untuk masa-masa tertentu jer. Malah ia akan dibuka sepanjang tahun di sini. So bebiler jer korang boleh datang sini.

Durian pun sekarang ni ada jer sepanjang masa. Tak kira musim dah. Ada jer terjual. Cuma harga jer yang membezakan di waktu-waktu tertentu.

Yang best lagi, kat sini bukan sahaja fokus kepada durian, buah lain pun akan ada dijual. Contohnya macam mangga, rambutan, duku, manggis dan sebagainya…

Loading

Related Stories

Discover

WORK LIGHTER, TRAIN SMARTER AS HUAWEI INTRODUCES TWO NEW...

Redefining what compact devices can do, from productivity to performance. KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2026...

LAST CHANCE TO SECURE YOUR HUAWEI MATE 80 PRO...

Secure Huawei’s latest flagship with advanced imaging, ultra-durable design and limited-time launch rewards before...

HUAWEI MATE 80 PRO OFFICIALLY LAUNCHES ALONGSIDE ‘SEE, TRULY...

Huawei’s latest Mate flagship returns with powerful imaging capabilities, intelligent performance and a refined...

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Comments

  1. agak mahal tu harganya.. aritu kami makan kat raub dalam rm25-35 sekilo.. tapi kalau hantu durian ni haruslah makan.. memang namanya paksa ye bamhoq? apasal kami panggil pangsa pulak ye? hehehe

    • Haah. Harga mestilah berbeza mengikut kawasan. Kat raub harga gitu. Kalau kat kedah sempadan thailand udang merah rm8 je sekilogram. Tu konsep peraih dan end user.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge