Impian kembara aku
Banyak sebenarnya tempat yang aku nak pergi dalam dunia ni untuk mengembara melihat tempat orang. Antara yang masuk dalam wishlist aku ialah New Zealand.
Dah lama aku usha tempat-tempat yang cantik giller kat sana. Tempat yang paling aku nak sampai ialah Hobbiton Village. Aku memang peminat tegar Lord of the Ring dan The Hobbits.
Kalau korang dah tonton filem The Hobbits ataupun Lord of The Ring, korang mesti perasan satu perkampungan orang yang saiz badannya separuh daripada orang normal yang menghijau dengan padang rumput dan gunung-gunang serta hutan yang cantik. Haaa itulah Hobbiton Village. Set pengambaran dalam filem tu dikekalkan dan dijaga sebagai salah satu tarikan pengunjung di sana.
Impian aku nak sampai sana la. Nak ambil gambar puas-puas keindahan kat sana. Fuuuh dah terbayang aku duk sana. Mesti best…!
Ni antara gambar-gambar yang aku duk tatap dengan geramnya kat galeri google:
InsyaAllah nanti aku sendiri pulak yang berada dalam gambar-gambar tu. Tak sabar nak ambil gambar view kat sini.
Tempat-tempat lain yang menarik korang kena tunggulah entri-entri aku selepas aku balik daripada sana nanti. Takkan aku nak letak gambar google semua kat entri ni. Korang pun boleh search sendiri.
Kini ia bukan lagi impian
Impian aku tu sekarang dah bukan lagi impian tau. Awal bulan september ni aku akan ke sana. Walaupun aku tak boleh jamin 100% lagi yang aku akan sampai ke sana (sebab aku tak tau apa yang akan berlaku in future), tapi kira aku akan sampailah. Kalau tak sampai jugak tu maknanya memang aku tak der rezeki sangat lah tu.
Alhamdulillah.. Aku dan 3 orang lagi bloggers (Ben Ashaari, Shehan dan Shiqeen) terpilih ke sana untuk berkolaborasi dengan penyedia pakej travel di sana, Ikhlas Tours.
Memang teruja dan tak sabar menghitung hari ni. Sebabnya selain daripada tempat ni memang impian aku untuk sampai, pakej yang diberi kali ni agak berlainan.
Kalau sebelum ni aku ke Europe dan Balkan dengan Flyworld Travel, aku hanya ikut ittenarary dan tour leader yang disediakan, dengan Ikhlas Toursni kami hanya diberi Penginapan dan kederaan untuk kami pandu sendiri. Ini satu kelainan pada aku.
Tanpa ittenarary yang padat mengekang pergerakan. Tanpa Tour leader yang mengawal aktiviti, semuanya kami kena buat sendiri. Memang tak sabar nak lalui pengalaman menginap di penginapan di sana, memasak sendiri dan memandu sendiri ke destinasi yang dicadangkan. Pergghhh sangat best…!
Ittenarary Kembara 5 hari New Zealand (North)
Penginapan
Aku pun tak pasti lagi macamana agaknya penginapan yang disediakan oleh Ikhlas Tours pada kami nanti. Tapi aku yakin penginapan tu adalah yang terbaik dan aku boleh masak kat dalamnya.
Ni aku cedok daripada website Ikhlas Tours:
Pengangkutan
Yang ni pun aku pasti. Pengangkutan macamana yang akan disediakan kepada kami nanti. Tapi sebab kami berempat dan kembara kami bukanlah kembara yang memerlukan tinggal dalam caravan, ni adalah antara kenderaan yang sesuai untuk kami:
Butiran terperinci tentang syarat dan bagaimana nak memandu kat sana nanti balik dari sana la aku cerita. Korang follow jer blog ni.
Ikhlas Tours
IKHLAS TOURS ni memang berpengkalan di New Zealand. Ia sedia membantu merancang percutian yang sesuai dengan bajet korang. Ikhlas Tours menyediakan pakej private tour untuk kumpulan kecil antara 4 hingga 20 orang. Ia menawarkan pakej standard dan pakej customise mengikut permintaan, destinasi pilihan dan bajet korang. Korang bebas untuk bercuti secara santai dengan memilih destinasi yang ingin dilawati, dan tidak terikat dengan travel plan yang rigid.
Untuk mengikuti perkembangan semasa dan info-info tentang pakej serta percutian di New Zealand, korang boleh usha info kat website dan media sosial diorang:
Kalau korang berniat nak bercuti di New Zealand dan sedang mencari travel agent ataupun pakej untuk percutian murah dan berpatutan New Zealand, korang boleh hubungi Ikhlas Tours ni. Korang boleh dapatkan pakej terbaik dengan kos yang berpatutan.
Jom bercuti ke New Zealand…!
Tahniah… Seronoknya dapat pergi bercuti secara Percuma..
alhamdulillah… impian hampir jd kenyataan
tahniah bamhoq! tempat idaman ramai orang tu.. ambik gambar byk2 ok!
Terima kasih. Heheheh. Harap diberi peluang bila tiba masanya nanti
Ada blog ke Turkey? Tq
Blom ada. InsyaAllah lepas new zealand saya akan ke istanbul. Stay tune ya…
Tahniah abam….
Tq bambob
TAHNIAH BamHoq…
Tak sabar nak baca citer Kat NZ nanti
.
Wow… Istanbul bakal menyusul ehh… Bawak lah daku ke Istanbul. Hehee
Hehehe sanggup ke tinggal anak dan suami selama 12 hari